Topik 6 - Keselamatan Bayi Dan Kanak Kanak

Pages 11
Views 104
of 11
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
TASKA
Transcript
  PAKK3233 : BIMBINGAN DAN ASUHAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1. POLISI KESELAMATAN DI TASKA Setiap taska perlulah mempunyai polisi yang terperinci bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di taska adalah terkawal. Polisi yang disediakan hendaklah difahami oleh setiap kakitangan dan juga ibu bapa kanak-kanak. Polisi keselamatan bermaksud sesebuah taska telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam memastikan taska mereka berada dalam keadaan selesa dan selamat. Polisi keselamatan yang disediakan hendaklah mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan agensi yang terlibat. Contoh peraturan keselamatan bertulis di prasekolah :   Jadual tutup dan buka pintu   Peraturan menghantar dan menjemput anak   Kanak-kanak hanya boleh dihantar dan dijemput oleh ibu bapa atau penjaga yang seperti tertulis dalam borang pendaftaran   Di galakkan mencarum dalam insurans kelompok sebagai perlindungan KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK (0-4 TAHUN) 1. Polisi keselamatan di TASKA/PERMATA 2. Keselamatan bayi dan kanak-kanak 3. Asas pertolongan cemas dan pencegahan kemalangan 4. SOP dalam pengurusan aspek keselamatan bayi dan kanak-kanak 5. Peranan pendidik 6. Penggunaan TMK dalam pengurusan keselamatan bayi dan kanak-kanak  Ciri-ciri polisi   Peraturan keselamatan perlulah jelas dan berasaskan kepada standard amalan keselamatan dan peraturan pelesenan yang mengambil kira umur dan perkembangan kanak-kanak   Peraturan keselamatan perlulah mengandungi langkah-langkah yang perlu diambil oleh pendidik, pengasuh, pengurus, pembantu dan siapa yang bertanggungjawab.   Peraturan keselamatan perlulah mengambil kira umur setiap kanak-kanak mengikut keperluan mereka dan memastikan keselamatan mereka diawasi dan dilindungi setiap masa dengan rapi oleh pendidik/pengasuh.   Peraturan keselamatan boleh disediakan dalam bentuk senarai semak, garis panduan, laporan dan strategi bagi menghadapi risiko-risiko keselamatan. Polisi juga bertujuan bagi mengelakkan kecederaan kepada kanak-kanak. Antara perkara yang boleh melibatkan kecederaan kepada kanak-kanak yang telah dikenal pasti berlaku di rumah atau pusat-pusat jagaan adalah seperti berikut :   Terjatuh   Terbakar / melecut   Keracunan   Tercekik   Gigitan 2. KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK  Apabila bayi dan kanak-kanak mula bergerak dan berjalan, risiko untuk mengalami kecederaan juga meningkat. Bayi dan kanak-kanak kecil masih belum boleh membezakan di antara perkara yang berbahaya dan tidak berbahaya. Kanak-kanak juga masih belum boleh membezakan antara fantasi dan realiti. Oleh itu, mereka tidak dapat menjangka risiko yang akan berlaku akibat dari perbuatan mereka. oleh itu, peranan pendidik sangat penting dari segi penyediaan persekitaran yang selamat disampang mengawasi keselamatan mereka. Terdapat 2 jenis keselamatan iaitu semasa di dalam taska dan di luar taska.  Keselamatan di dalam taska Bahan/ ruang/ alat Ciri-ciri Pintu   Pasang door guard   Ada kod keselamatan   Pintu kecil bagi mengasingkan ruang yang tidak boleh diakses oleh kanak-kanak Lantai bilik air   Pasang anti slip rubber Perabot   Kuat dan tak mudah tumbang   Sudut dan bucu tidak tajam   Tiada bahan kecil yang longgar dan berkarat   Saiz mengikut ketinggian kanak-kanak Katil bayi   Tilam yang muat dengan katil   Selak yang selamat   Guna tilam yang padat   Bumper pad diikat dengan selamat   Tiada rambu-rambu Mainan kanak-kanak   Saiz sesuai dengan umur   Cat bahan yang tiada toksik   Mengasingkan mainan yang sudah rosak Bahan pembelajaran dan pengajaran   Gunting tidak tajam jenis bulat di hujung   Pensi; warna dan crayon yang tiada toksik Bahan beracun   Simpan penyembur serangga di tempat bertutup elektrik   Soket elektrik bertutup supaya tidak dicungkil oleh jari  Keselamatan di luar taska Kawasan luar taska merupakan ruang yang penting bagi kanak-kanak. Di luar taska kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal dan nature walk. Oleh itu, pendidik atau pengasuh perlu memberi perhatian terhadap keselamatan di luar taska yang merangkumi :   Alat permainan taman : pastikan setiap peralatan selamat dan baik   Permainan pasir dan air : pastikan kanak-kanak tidak makan dan minum pasir atau air yang digunakan   Pagar atau laluan keluar : hendaklah sentiasa ditutup   Longkang dan parit : pastikan semua longkang atau parit ditutup   Takungan air : pastikan tiada takungan air di tempat kanak-kanak bermain   Padang permainan : padang mestilah sentiasa selamat dan rumput hendaklah dipotong 2 minggu sekali.   Pokok berduri dan beracun : dilarang meletakkan pokok berduri dan beracun di kawasan taska untuk elakkan kecederaan 3. ASAS PERTOLONGAN CEMAS DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN Pertolongan cemas merupakan BANTUAN AWAL atau bantuan rawatan yang diberikan kepada seseorang yang tercedera atau sakit secara tiba-tiba sementara menunggu bantuan tiba. Bantuan asas yang diberikan kepada mangsa : # Rawatan luka kecil   Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.   Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.   Balut dengan kain bersih atau pembalut # Mengawal pendarahan   Hentikan pendarahan dengan meletakan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan (Tekanan Tepat).   Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.   Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.   Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x