TEKS UCAPAN Majlis Khatam Al-quran

Pages 3
Views 117
of 3
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
TEKS UCAPAN Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH, SEMPENA MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA SEKOLAH-SEKOLAH j-QAF, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH, PADA 14 NOVEMBER 2009 / 26 ZULKAEDAH 1430H (SABTU), DI DEWAN SAADAH, WISMA MUIS KOTA KINABALU Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkat rahmat dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah j-QAF, Peringkat Negeri Sabah. Setinggi-ting
Transcript
  TEKS UCAPAN Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN,KETUA MENTERI SABAH, SEMPENA MAJLIS KHATAM AL-QURANPERDANA SEKOLAH-SEKOLAH j-QAF, KEMENTERIAN PELAJARANMALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH, PADA 14 NOVEMBER 2009 / 26ZULKAEDAH 1430H (SABTU), DI DEWAN SAADAH, WISMA MUISKOTA KINABALU  Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkat rahmat dan izin-Nya,kita dapat bersama-sama pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah j-QAF,Peringkat Negeri Sabah. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah atas undangan untuk saya hadir dan seterusnya merasmikan majlis yang penuh keberkatan ini.Saya menyambut baik usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran NegeriSabah menganjurkan program ini bagi bagi menyuburkan minat membaca al-Quran yangmendalam dalam kalangan anak-anak. Ia ternyata telah membuahkan hasil seperti yang kitalihat pada hari ini. Tanggungjawab yang besar ini tergalas di bahu para pendidik dan warga pendidikan amnya. Saya percaya, penganjuran majlis ini bukan sekadar untuk meraikan kejayaan anak-anak menamatkan pengajian membaca al-Quran, tetapi apa yang paling penting ialah mesej yanghendak disampaikan dan pengertiannya kepada kita. Penghayatan kepada isi kandunganayat-ayat suci al-Quran juga akan memberi kita inspirasi dan galakan untuk lebih berusahamendekatkan diri kepada Ilahi dan menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan. Inikerana al-Quran banyak mengajak dan menyeru manusia untuk menimba danmemartabatkan ketinggian ilmu dalam kehidupan. Seperti ayat al-Quran yang pertamaditurunkan kepada manusia yang bermaksud ;  “ BACALAH, DENGAN NAMA TUHANMU YANG TELAH MENJADIKAN KALAM. DIATELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEGUMPAL DARAH. BACALAH DAN TUHANMU LAH YANG MAHA PEMURAH, YANG MENGAJAR (MANUSIA) DENGAN  PERANTARAAN KALAM. DIA MENGAJARKAN KEPADA MANUSIA APA YANGTIDAK DIKETAHUINYA”. ( SURAH AL-ALAQ: AYAT 1 HINGGA 5)    Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan teras bagi membentuk bangsa yang cemerlangdan berjaya, yang didasari oleh jati diri dengan ketinggian akhlak dan budi. Insan yang berilmu seperti ini akan dapat menguasai dan menguruskan alam, memanfaatkan segalanikmat kurniaan-Nya untuk kesejahteraan ummah.Seorang ahli psikologi umpamanya, apabila mempunyai pengetahuan dalam bidang agamadan sains lebih membantu kepakarannya untuk memahami tingkah laku masyarakat secaramenyeluruh. Hal yang sama juga berlaku terhadap seorang ahli sains yang pakar dalamsesuatu bidang, tetapi mampu juga menguasai ilmu asas tentang agama dan kemanusiaan.Seterusnya saintis ini akan jauh lebih berjaya kerana kualiti ilmunya.Integrasi ilmu-ilmu ini menyebabkan pandangan ilmuwan Islam amat luas dan berkait rapatantara satu sama lain. Kekuatan inilah yang menyebabkan mereka menjadi modal insanyang berkualiti dan menjadi tunggak kemajuan ilmu dan pembinaan tamadun yang unggul, pada masa lalu. Modal insan cemerlang yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan ialah merekayang mempunyai pengetahuan yang tinggi, berpegang teguh kepada agama, berkemahiran,inovatif, memiliki jati diri, beretika serta mempunyai minda kelas pertama. Mereka ini bukan sahaja penting kepada pembangunan negara, malah memainkan peranan yang penting bagi menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyat serta meningkatkan daya saingnegara di peringkat global.Generasi penerus inilah yang akan memacu kemajuan dan kestabilan politik, ekonomi dansosiobudaya negara pada masa hadapan. Suka saya ingatkan, apabila harapan kerajaan inidifokuskan kepada generasi penerus sudah tentu mereka antaranya ialah anak-anak yang berada di hadapan saya ini, yang akan menjadi pemimpin, pengurus, penggerak  pembangunan dan seterusnya merealisasikan agenda dan wawasan negara dan ummah. Hasrat ini selaras dengan tema Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-Sekolah j-QAFKementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2009 iaitu, “Al-Quran PemangkinModal Insan Cemerlang”. Semoga harapan ini digalas sebagai satu cabaran dan amanahyang perlu dilaksanakan oleh semua pihak. Bagi anak-anak sekalian, jadikanlah“perjuangan” pembacaan dan pembelajaran al-Quran ini sebagai titik tolak untuk mempelopori, menghayati dan mendalami ilmu-ilmunya kerana masih banyak lagi ilmuyang perlu diterokai dan dikuasai dalam kitab suci ini.   Kepada para pendidik, semoga kejayaan dalam melahirkan murid-murid yang berjayamenyertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini, akan mencetus semangat dankesungguhan untuk menghasilkan usaha yang lebih berjaya pada masa-masa akan datang.Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab inidengan penuh dedikasi dan cekap. Akhirnya, saya mendoakan majlis ini akan dilimpahikeberkatan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan MajlisKhatam Al-Quran Perdana Sekolah-sekolah j-QAF Kementerian Pelajaran Malaysia,Peringkat Negeri Sabah Tahun 2009. Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks