SOALAN PROJEK SPM 2019 F4

Pages 4
Views 0
of 4
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
    [Lihat halaman sebelah 3770/2  © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia  TERHAD TERHAD Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak.  LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020 SAINS KOMPUTER 3770/2 Kertas 2Ogos 2019 – Jun 2020 10 Bulan  Sepuluh bulan 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi satu  tema tugasan kerja kursus .2. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan berdasarkan arahan tugasan yang diberikan secara   individu .3. Calon dikehendaki melengkapkan tugasan amali ini mengikut masa yang ditetapkan. Tiada masa tambahan diberikan .  TERHAD 2 3770 /2   [Lihat halaman sebelah 3770/2  © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia  TERHAD 1.0 ARAHAN KEPADA GURU  1.1 Guru hendaklah memuat turun, memberi taklimat dan mengarahkan calon untuk mencari maklumat dan bahan yang berkaitan dengan tugasan. 1.2 Guru hendaklah memastikan calon merancang dan melaksanakan tugasan ini mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu dari 1 Ogos 2019  hingga 30 Jun 2020 . 1.3 Guru hendaklah membimbing, memberi tunjuk ajar dan panduan kepada calon dalam aspek berikut: ( a ) penyediaan jadual kerja, kerangka kerja, kerangka pelaporan, senarai semak dan pelaporan. ( b ) pemilihan maklumat dan bahan yang sesuai dengan pelaksanaan tugasan. ( c ) memberi pandangan atau komen tentang hasil tugasan calon. ( d  ) memberi cadangan untuk penambahbaikan hasil tugasan. 1.4 Guru adalah DILARANG  melakukan perkara-perkara berikut: ( a ) menyediakan jawapan atau contoh jawapan berkaitan dengan tugasan calon. ( b ) membantu atau menolong calon menyempurnakan laporan akhir tugasan. 1.5 Guru hendaklah melaksanakan perkara berikut: ( a ) memastikan hasil tugasan calon yang dikemukakan kepada guru untuk pentaksiran adalah asli atau tulen. ( b ) sekiranya calon memetik penyataan, mengambil data, grafk atau maklumat daripada mana-mana sumber rujukan hendaklah dinyatakan sumber rujukan. 1.6 Guru hendaklah mengumpulkan hasil kerja calon dan disimpan di tempat yang selamat. 1.7 Guru hendaklah menjalankan pentaksiran dan penilaian proses kerja calon sepanjang masa tugasan dilaksanakan. 1.8 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan peralatan asas untuk calon melaksanakan tugasan ini. Eviden calon perlu disimpan di tempat yang selamat.    [Lihat halaman sebelah 3770/2  © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia  TERHAD TERHAD 3 3770/22.0 ARAHAN KEPADA CALON  2.1 Kertas peperiksaan ini mengandungi satu tema tugasan projek. 2.2 Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Sains Komputer wajib melaksanakan kerja projek ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja projek ini dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Sains Komputer. 2.3 Calon diberikan masa selama sepuluh bulan (bermula 1 Ogos 2019 hingga 30 Jun 2020) untuk melaksanakan kerja projek ini. 2.4 Calon hendaklah merujuk dan mematuhi Manual Tugasan Pentaksiran Pusat (Kerja Projek) terkini sepanjang penghasilan eviden kerja projek. 2.5 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek ini secara individu di bawah pengawasan dan bimbingan guru serta tidak ditiru daripada mana-mana pihak. 2.6 Calon hendaklah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan bahan-bahan rujukan lain untuk mencari dan mengumpulkan maklumat. 2.7 Calon dikehendaki menyertakan lakaran reka bentuk antara muka menu sistem, borang dan laporan yang lengkap dan jelas berdasarkan kehendak sistem. 2.8 Calon hendaklah menulis sumber rujukan dengan betul sekiranya mengambil petikan atau grafk daripada sumber-sumber lain.  2.9 Calon hendaklah mengemukakan eviden kepada pentaksir sebelum tamat tempoh mengikut ketetapan Lembaga Peperiksaan: ( a ) Eviden bagi Tingkatan 4 melibatkan Fasa 1 dan Fasa 2: (BLC.F1, BLC.F2, BM1.F1, BMI.F2) ( b ) Eviden bagi Tingkatan 5 melibatkan Fasa 1 dan Fasa 2: (BLC.F3, BLC.F4, BLC.F5, BLC.N, BM1.F3, BMI.F4, BMI.F5, BMI.N) 2.10 Calon hendaklah menghantar dan mendapatkan pengesahan daripada guru pada setiap peringkat eviden dikemukakan. 2.11 Calon dikehendaki memasukkan dan menyimpan semua eviden ke dalam ring fle serta diletakkan di tempat selamat. 2.12 Penskoran kerja projek calon adalah menggunakan Rubrik Penskoran mengikut aspek yang ditetapkan di dalam Manual Tugasan Pentaksiran Pusat (Kerja Projek)  TERHAD 4 3770 /2 3770/2  © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia  TERHADKERTAS 2 [100 markah ] Tema:  Pengurusan Perniagaan Situasi: Pihak pengurusan perniagaan memerlukan satu sistem pengurusan maklumat yang merangkumi proses mengumpul data-data secara tersusun untuk menjana maklumat perniagaan dengan cepat dan tepat. Antara sistem pengurusan maklumat perniagaan yang dapat membantu pihak peniaga dan pengguna ialah: (i) Sistem Pengurusan Tempahan Homestay / Hotel (ii) Sistem Pengurusan Tempahan Teksi / Kereta Sewa (iii) Sistem Pengurusan Pembelian Tiket Wayang / Tiket Pengangkutan Awam (iv) Sistem Pengurusan Jualan Kenderaan Terpakai / Barangan Antik Arahan: Berdasarkan situasi di atas, anda dikehendaki membangunkan mana-mana satu  sistem pengurusan maklumat perniagaan itu. Sistem yang anda bangunkan itu MESTI  mempunyai elemen pengiraan.Sistem yang akan dibangunkan hendaklah boleh dicapai menggunakan pelayar web dari mana-mana komputer dalam rangkaian. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks