Soalan Esei 2018

Pages 55
Views 0
of 55
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  BAHAGIAN B : ESEI PENDIDIKAN MORAL SPM  –   BENTUK SOALAN BAHARU 1 INISIATIF CIKGU SURESH A/L VARTARAJOO  –   SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING  1  Yang berikut ialah situasi rakyat Malaysia dalam mengeluarkan pendapat dan kritikan. Berdasarkan pernyataan di atas , huraikan kebaikan sekiranya kita mengeluarkan pendapat dan kritikan mengikut saluran yang betul. [10 markah] Cadangan Jawapan   Nilai rasional. [1]  Nilai bertanggungjawab. [1]  Nilai kebebasan bersuara. [1]  Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. [1] Dapat elakkan insiden mengguris hati mana-mana pihak. [1] Kita harus menghindarkan penyebaran kritikan berunsur fitnah , tohmahan , khabar angin atau desas-desus tanpa berasas yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. [1] Dapat elakkan berlakunya sebarang kekacauan dan perbalahan antara kaum. [1] Kita tidak boleh menghina dan mencaci kebudayaan , adat resam dan cara hidup kaum lain semasa mengeluarkan pandangan. [1] Dapat menyelesaikan segala masalah penduduk setempat secara lebih efektif. [1] Kita boleh kemukakan surat bantahan secara terbuka kepada pihak media massa untuk mengalihkan pandangan pihak berkuasa ke arah masalah kita. [1] Dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. [1] Kita patut elakkan perbuatan mengkritik atau mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hal- hal mengenai kewarganegaraan , kedaulatan raja-raja Melayu , bahasa kebangsaan , hak keistimewaan kaum bumiputera dan sebagainya. [1] Dapat memelihara imej negara. [1] Kita patut berfikiran matang , rasional dan kemudian melahirkan ketidakpuasan hati kita mengikut saluran yang betul demi mempertahankan martabat negara. [1] [maks 10 markah] Situasi A Rakyat boleh membuat kritikan tetapi mestilah berasaskan fakta yang sahih. Situasi B Rakyat boleh menggunakan saluran media massa untuk meluahkan perasaan dan pendapat tetapi dengan bersyarat.  BAHAGIAN B : ESEI PENDIDIKAN MORAL SPM  –   BENTUK SOALAN BAHARU 2 INISIATIF CIKGU SURESH A/L VARTARAJOO  –   SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING  2  Yang berikut ialah projek-projek mega yang dilaksanakan oleh kerajaan. Jelaskan kebaikan projek mega yang dilaksanakan oleh kerajaan ke atas rakyat. [10 markah]  Cadangan Jawapan    Nilai rasional. [1]  Nilai bertanggungjawab. [1]  Nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara. [1]  Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. [1] Mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan.[1] Projek Mega ini memerlukan sumber manusia kelas mahir , separa mahir dan kurang mahir dalam usaha merealisasikan kejayaan perlaksanaannya dan ini akan buka peluang kerja bagi rakyat tempatan.[1]   Meningkatkan taraf hidup.[1] Sumber pendapatan yang diperolehi apabila bekerja di tapak Projek Mega boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk membeli semua barangan yang dapat meningkatkan keselesaan hidup mereka.[1]   Memajukan kemudahan infrastruktur setempat. [1] Pelabur yang masuk melabur dalam Projek Mega mampu membangunkan prasarana di sekitar kawasan Projek Mega seperti sistem jalan raya , kemudahan telekomunikasi yang canggih dan sebagai di mana rakyat berpeluang menikmati faedahnya secara tidak langsung. [1]   Kehidupan rakyat semakin baik. [1] Para pelabur yang melabur perlu kembalikan sejumlah pendapatan mereka kepada kerajaan dalam bentuk cukai di mana kerajaan boleh gunakan sumber pendapatan tersebut bagi menyediakan kemudahan asas kelas pertama bagi rakyat jelata.[1]   Kepakaran dan produktiviti rakyat meningkat. [1] Ramai pekerja tempatan kita akan dihantar oleh para pelabur asing terutamanya untuk mengikut  program latihan dan pembangunan di luar negara dan hal ini dapat melahirkan rakyat Malaysia lebih produktif. [1] [maks 10 markah]   Projek Koridor Utara Projek Koridor Pantai Timur Projek Koridor Selatan  BAHAGIAN B : ESEI PENDIDIKAN MORAL SPM  –   BENTUK SOALAN BAHARU 3 INISIATIF CIKGU SURESH A/L VARTARAJOO  –   SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING   3  Petikan akhbar berikut berkaitan dengan satu kes sedih yang berlaku di negara kita.   Wajarkah tindakan anak warga emas tersebut? Huraikan alasan anda. [10 markah]   Cadangan Jawapan   Tidak wajar. Tiga alasan saya.    Nilai rasional. [1]  Nilai bertanggungjawab. [1]  Nilai kasih sayang terhadap keluarga.[1] Anak warga emas patut tunjukkan perasaan cinta yang mendalam terhadap bapanya yang banyak berjasa. [1]  Anak warga emas patut memastikan kebajikan bapanya terpelihara terutamanya apabila usia bapanya terlanjur dan tidak berdaya secara fizikal.[1] Anak warga emas patut melaksanakan kewajipan terhadap keluarga dengan menjaga bapanya yang sudah tua.[1] Anak warga emas patut menyediakan tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk bapanya bagi membalas jasa dan pengorbanan bapanya itu.[1] Anak warga emas patut memberi layanan secara bersopan kepada bapanya yang susah  payah membesarkannya.[1] Anak warga emas tidak boleh sesekali bersikap kasar terhadap bapanya atau bertindak mencederakan bapanya kerana perkara ini adalah dosa besar dalam konteks agama. [1] [maks 10 markah]  BAHAGIAN B : ESEI PENDIDIKAN MORAL SPM  –   BENTUK SOALAN BAHARU 4 INISIATIF CIKGU SURESH A/L VARTARAJOO  –   SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING   4  Gambar di bawah menunjukkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan , agama dan kepercayaan. Apakah perkara utama yang diperlukan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia? Jelaskan cara anda untuk memelihara dan mengekalkan perkara tersebut. [10 markah]   Cadangan Jawapan   Perpaduan.[1] Cara saya.    Nilai rasional. [1]  Nilai bertanggungjawab. [1]  Nilai toleransi. [1]  Nilai hidup bersama secara aman. [1] Saya akan menyokong dasar-dasar seperti Dasar Pembangunan Nasional , Dasar Kebudayaan  Nasional , Dasar Bahasa Kebangsaan dan sebagainya yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.[1]  Saya percaya semua dasar ini dapat menjadi pemangkin untuk memupuk persefahaman antara kaum.[1]   Saya akan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira keturunan , agama atau status.[1] Saya percaya dengan tindakan ini saya dapat jalinkan hubungan yang baik dan mengelakkan sebarang  pergaduhan serta prasangka antara pelbagai etnik.[1]   Saya akan mengamalkan sikap saling menghormati agama dan kepercayaan setiap bangsa dengan  perasaan ikhlas.[1] Dengan ini saya dapat turut serta memeriahkan suasana perayaan kaum lain dengan kunjungan rumah terbuka. [1]   Saya akan berani menegur sesiapa sahaja yang mempersendakan agama dan budaya masyarakat lain.[1] Saya sedar isu agama adalah isu sensitif yang tidak boleh dipermainkan dan dibahaskan dengan sewenang-wenangnya.[1]   [maks 10 markah]  
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks