Rekabentuk Instruksional Berdasarkan Mod-converted

Pages 7
Views 0
of 7
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  1   Rekabentuk Instruksional Berdasarkan Model ADDIE : Analisis Kajian di Emporia State University Korea Selatan dan Universiti Teknologi Malaysia. Khairuddin bin Nisa Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris khairuddin000240@siswa.upsi.edu.my Abstark Terdapat beberapa model yang digunakan dalam menghasilkan rekabentuk instruksional, antara model yang terawal ialah model ADDIE. Artikel ini akan memfokuskan model ADDIE kerana model ini boleh dikatakan menjadi sumber kepada kemunculan model- model lain seperti model Morrison, Ross dan Kemp, model Seels dan Glasgow, serta model Dick and Carey. Buktinya hampir semua model rekabentuk instruksional mempunyai lima  prinsip utama ADDIE iaitu “ Analyze ”, “ Design ”, “ Develop ”, “ Implement ”, dan “ Evaluate ” (Kruse, 2004, p. 1). Kata kunci : rekabentuk instruksional, model rekabentuk instruksional, model ADDIE 1.   Pengenalan Terdapat banyak model-model rekabentuk instruksional yang dihasilkan dengan strategi tersendiri untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Model-model rekabentuk instruksional ini mestilah direkabentuk berpandukan teori-teori pembelajaran seperti teori  pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Contoh model rekabentuk instruksional yang akan diperbincangkan dalam artikel ini ialah model ADDIE. Terdapat dua kajian yang pernah dilakukan menggunakan model ADDIE ini iaitu kajian yang dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan pada tahun 2006 dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia juga pada tahun 2006. Pada bahagian analisis rekabentuk instruksional model ADDIE, kelebihan-kelebihan  penggunaan model ini akan diperbincangkan. 2.   Sejarah dan Definisi Rekabentuk Instruksional Rekabentuk instruksional mula wujud semasa meletusnya perang dunia ke-2, apabila golongan psikologi membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan digunakan bagi latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas tamat perang, program latihan ini diteruskan oleh  2   ahli psikologi untuk menyelesaikan masalah instruksional dibidang pendidikan seperti Institut American (Reiser, 2001, p. 58). Kegunaan rekabentuk instruksional terus berkembang di dalam bidang pendidikan sehingga kini. Dalam bidang pendidikan, rekabentuk instruksional  boleh didefinisikan sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan tujuan untuk memudahkan pelajar menguasai objektif yang dikehendaki ( Molenda, Reigeluth, & Nelson, 2003; Yusup Hashim, 2006). 3.   Pengenalan Model ADDIE Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering digunakan pakai bagi menghasilkan “courseware” seperti model ADDIE, model Dick & Carey, model Hanafin & Peck, model Knirk & Gustafson, model Robert Gagne, model Kemp, model ASSURE dan model pembelajaran. Dalam artikel ini, fokus utama lebih kepada model ADDIE kerana akan dikaitkan dengan kajian-kajian lepas tentang keberkesanan penggunaan model ADDIE ini. Model ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu (1) analisis, (2) rekabentuk, (3)  pembangunan, (4) implimentasi, dan (5) penilaian. Analisi atau “ Analyze ” bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu “courseware” diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang  perlu ada kepada pelajar sebelum “courseware” itu boleh digunakan? Juga melihat kesesuaian isi kandungan “courseware” kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu “courseware” yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD. Rekabentuk atau “ Design ” pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Contohnya “courseware” tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesian masalah, permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara  pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya. Pembangunan atau “ Develop ” ialah proses menghasikan “courseware” yang telah direkabentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang diperl ukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian “courseware” yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut. Impliment atau “ Implement ” berperanan untuk membuat “pilot test” terhadap “courseware” yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel a tau pelajar telah dipilih bagi menggunakan “courseware” tersebut.    3   Penilaian atau “ Evaluate ” pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu “courseware” selepas ujian “pilot”. Manakala penilaian sumatif  bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah proses  penggunaan “courseware” tersebut selesai digunakan.   4.   Kajian Berkaitan Penggunaan Model ADDIE Seperti yang dinyatakan di peringkat awal terdapat dua kajian yang pernah dilakukan  bagi mengkaji keberkesanan penggunaan model ADDIE iaitu kajian yang dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan pada tahun 2006 dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia juga pada tahun 2006. Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan 4.1   Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan Kajian ini dilakukan ke atas pelajar kejuruteraan mekanikal di sekolah tinggi Korea Selatan. Sekolah tersebut telah membelanjakan sebanyak $350,000 USD bagi melengkapkan kemudahan kelas multimedia. Guru di sekolah berkenaan juga telah memanfaatkan kemudahan kelas multmedia ini dengan mengajar pelajar berkenaan teori kejuruteraan mekanikal menggunakan program “PowerPoint”. Namun pelajar masih tidak menunjukkan minat untuk belajar dengan tidur di dalam kelas, melayari internet atau bersembang semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Youngmin, 2006, pp. 1-11). Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah mempergunakan model ADDIE, di mana  pengkaji akan menganalisis tentang keperluan dan minat pelajar. Kemudian pelajar akan mereka  bahan multimedia berdasarkan minat pelajar. Seterusnya pelajar akan membangunkan  bahan yang telah direka. Pengkaji juga akan bertindak sebagai fasilitator dan memberi motivasi bagi memastikan pelajar mengimplimentasikan aturan pembelajaran yang dirancang. Pengkaji dan pelajar akan bersama-sama membuat penilaian ke atas bahan multimedia yang telah dihasilkan. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati pelajar  bermotivasi untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Contohnya  pelajar tidak lagi tidur di dalam kelas kerana dapat menghasilkan bahan pembelajaran mengikut cara pelajar dengan dibimbing oleh guru (Youngmin, 2006, pp. 12-17).  4   4.2   Kajian oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar Tingkatan 6 yang mengambil Matematik S. Pengkaji cuba membuat perbandingan antara dua kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pertama mempelajari Matematik S melalui “Goal Programming” menggunakan multimedia interaktif (IMM). Kaedah kedua pula mempelajari matematik s melalui “Goal Programming” melalui kaedah tradisional. Multimedia interaktif (IMM) pula akan dibina  berasaskan model ADDIE serta dibina oleh mereka yang mahir dalam bidang ICT dan mahir dalam topik matematik. Dalam kajian ini instrumen yang digunakan tidak akan membezakan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, sebaliknya kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan masing-masing akan menggunakan kaedah multimedia interaktif (IMM) dan kaedah tradisional (kuliah). Dapatan soal selidik yang menggunakan skala Likert mendapati kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan mendapat min yang tinggi dari segi minat untuk belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif dengan min 3.28 berbanding menggunakan  buku teks dengan min 2.45. Pelajar juga menganggap belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif lebih berkesan dengan min 3.73 berbanding menggunakan buku teks dengan min 2.33 sahaja. Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa pelajar akan lebih bermotivasi dan  berkesan menggunakan multimedia interaktif berbanding menggunakan buku teks. Namun  begitu multimedia interaktif yang digunakan di dalam kelas akan lebih berkesan jika guru turut menjadi fasilitator di kelas (Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2006, pp. 85-94). 5.   Analisis Rekabentuk Instruksional Menggunakan Model ADDIE Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia saya dapat membuat dua kesimpulan utama. 5.1   Penggunaan bahan multimedia perlu direkabentuk. Biasanya guru akan merancang penggunaan bahan media di kelas supaya maklumat yang dikehendaki sampai kepada pelajar. Tetapi masih menjadi persoalan, adakah sekadar merancang sudah cukup untuk memastikan maklumat sampai kepada pelajar? Buktinya
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks