rancangan perniagaan 123123

Pages 24
Views 0
of 24
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
    Rancangan Perniagaan Alamat Perniagaan Aziey’s Frozen Enterprise   No. 20, Jalan Emas 12, Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan  No Telefon : 03 - 3180 2785 Di sediakan oleh Siti Nor Azirah binti Mat Yaziz Kuarters Kesihatan Klinik Kesihatan Tanjong Sepat, 42800 Tanjong Sepat, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan  No. Telefon : 013 - 370 1358 Email : aziey14713@gmail.com   1.0   Pengenalan. Industri makanan sejuk-beku (frozen foods) merupakan bidang yang semakin  berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konsep ini semakin menjadi  pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas  juga berkhasiat. Menurut definisi Food and Agriculture Organization (FAO), makanan sejuk atau sejuk dingin membawa maksud makanan yang yang di simpan pada suhu -1 darjah C hingga +10 darjah C. Manakala makanan beku ialah di simpan pada suhu -18 darjah C ke  bawah. Tujuan makanan di simpan dalam suhu ini untuk memastikan makanan terus segar dan tahan lama. Suhu persekitaran makanan dikawal supaya mikroorganisma tidak boleh menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk. Perkembangan penyelidikan dan  pembangunan telah menghasilkan makanan proses dan juga makanan segera boleh di  pasarkan dalam sejuk beku seperti roti canai segera, karipap segera dan berbagai masakan lagi dengan cara ini. Pengusaha makanan sejuk beku perlu mengambil kira gelagat atau  behaviorism pengguna khususnya nenentukan saiz bungkusan, harga pasaran dan persaingan dan juga pusingan penghantaran produk mereka ke permis jualan. Malaysia kaya dengan makanan. Apabila kita keluar ke pasar atau bazar, pasti ada gerai menjual makanan. Keunikan makanan di Malaysia tidak dapat ditandingi di mana-mana negara sekalipun. Antara keunikan makanan di Malaysia adalah kuih-muih tradisonal Melayu. Keunikan rasa dan bentuknya menambat hati sesiapa sahaja yang melihat. Kuih-muih tradisonal Melayu merupakan kuih yang dihasilkan sejak turun-temurun. Pada zaman dahulu, kuih-muih tradisonal ini merupakan santapan yang hanya boleh dirasai oleh golongan atasan sahaja. Kebiasaannya kuih-muih tradional akan dihidangkan ketika sultan sedang berehat, ataupun semasa meraikan sesuatu majlis. Rakyat jelata pula akan merasai keenakan kuih-muih pada hari-hari tertentu sahaja. Berbeza pada zaman kini, kuih-muih yang dihasilkan dapat dirasai oleh setiap lapisan golongan rakyat dan masa. Selain itu rasanya juga  berbeza malah mempunyai bentuk yang tersendiri. Bermula dengan minat pemilik yang mendalam terhadap pembuatan makanan  berbentuk kuih tradisonal kemudian pula disusuli dengan hasilan makanan sejuk-beku (seperti karipap, roti canai, donut, popia, keropok lekor dan lain-lain), pemilik telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang menubuhkan  syarikat Aziey’s Frozen Enterprise yang mana bercadang untuk   mendaftarkan syarikat ini secara rasmi pada Oktober 2018. Premis perniagaan ini yang ditinjau berpotensi terletak di lot kedai kawasan perumahan di Taman Sungai Emas, Sungai Manggis, Banting Selangor. Peluang ini membolehkan kami menambahkan lagi usaha bagi menyediakan pelbagai jenis makanan sejuk-beku untuk jualan. Selain daripada itu pemilik bakal menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah mahupun pejabat. Premis ini dijangka turut dijadikan pusat pembekalan produk makanan sejuk-beku untuk restoran, cafe dan kantin kawasan sekitarnya. 1.1 Latar Belakang Perniagaan.     Nama Syarikat : Aziey’s Frozen Enterprise.      Alamat Syarikat :  No. 20, Jalan Emas 12, Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.    Tempat Operasi :  No. 20, Jalan Emas 12, Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.     Nombor Telefon : Dalam Cadangan.     Nombor Daftar Perniagaan : Oktober 2018 (Dalam Cadangan)    Tarikh Daftar Perniagaan : Oktober 2018 (Dalam Cadangan)    Aktiviti Perniagaan : Menjual kuih-muih traditional melayu sejuk beku.     Pemilikan : Pemilikan tunggal. (100% Bumiputera).    Modal Permulaan : RM 50,000.00  –   RM80,000.00 1.2 Logo Syarikat. 1.3 Moto Syarikat. ‘ Segar, Bersih dan Lazat’   1.4 Visi Syarikat. Untuk menjadikan pernigaan kuih-muih tradisonal sejuk beku sebagai pasaran utama di Malaysia dan mendapat tempat di hati penduduk Malaysia.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks