Pelaporan Pembacaan Buku

Pages 2
Views 0
of 2
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU (a) Nama:NOR AIN NADIA BINTI MAT NASIR (b) Sektor / Unit/ Organisasi:PISMP JUN 2018 SEJARAH (c) Kumpulan Perkhidmatan:(jika berkaitan)(d)Maklumat Buku Yang Dibaca:Bil.PerkaraCatatan1.Tajuk Buku:Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah-Sekolah Rendah2.Pengarang:Mohd. Hilmi Haji Ismail3.Tahun diterbitkan:20174.Diterbitkan oleh:5.Sinopsis Buku  Yang Dibaca: Buku ini mengandungi masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah di Malaysia. Keteranganmasalah yang berkaitan merangkumi aspek-aspek seperti pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan, sistem latihan guru, persediaan kurikulum, buku teks, peperiksaan dan lain-lain. Riingkasnya buku ini memuatkan dua bidang ilmu yang berkaitan iaitu bahasa dan pendidikan. Buku ini dibahagikan kepada lima bab, termasuk penutup. Bab pertama membicarakan sejarah wujudnya sistem pelajaran di Malaysia, daripada peranan British sehingga wujudnya dasar bahasa kebangsaan. Perbincangan mengenai pembentukan dasar pelajaran kebangsaan seterusnya diikuti oleh perbincangan mengenai sistem peringkat persekolahan di Malaysia, persekolahan peringkat sekolah rendah dan latihan perguruan guru-guru sekolah rendah. Dalam bab kedua dan ketiga, penulis membicarakan tentang cara-cara dan pendekatan mata pelajaran bahasa Malaysia diajar di sekolah-sekolah rendah. Dalam bab-bab ini dimasukkan juga segala masalah dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa itu seperti masalah kaedah pengajaran dalam kaedah mengeja atau abjad, kaedah fonik (suku kata), kaedah ‘pandang dan sebut’, kaedah campuran (eklektik) dan kaedah gabung jalin, masalah ‘gangguan-bahasa’, masalah ;pandangan dunia’, masalah bahasa lisan dan bahasa tulisan, masalah pengaruh linguistik sekitar, masalah ejaan, masalah guru, tatabahasa dan peristilahan serta  masalah buku teks. Dalam bab keempat dan kelima pula, penulis membincangkan aspek-aspek penilaian, cadangan dan rumusan berkaitan dengan tajuk. 6.Manfaat/ pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca: Guru perlulah mempunyai ilmu pengetahuan linguistik untuk membantu dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah. Hal ini kerana, sekiranya seseorang guru tidak mengetahui apa dan bagaimana hakikat bahasa yang diajarkanya, guru akan mengalami kesukaran dalam mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya. Seorang guru yang mengetahui linguistik akan lebih memahami ‘the nature of language and how it works ’. Ini penting kerana guru mestilah baner-benar mengetahui ilmu yang mahu diajar. Kefahaman yang mendalam mengenai bahasa juga boleh memberi kecekapan dan keyakinan dalam pengajaran guru itu. 7.Tandatangan:
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks