Paper Work PAK21

Pages 5
Views 0
of 5
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
   SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 3 81750 MASAI JOHOR KERTAS KERJA PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK 21) SK TAMAN RINTING 3 2017 AJURAN: UNIT LADAP UNIT PENTADBIRAN  1.0 PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu. Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria. 2.2 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid melalui amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan. 2.3 Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 2.4 Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang dekat dengan murid melalui capaian internet. 3.0 RASIONAL Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.    4.0 TARIKH DAN HARI PELAKSANAAN Tarikh : 11 April 2017 Hari : Selasa Masa : 2.00 -4.00 ptg 5.0 PENGLIBATAN 6.1 Pentadbir 6.2 Guru 6.0 PENDAPATAN & PERBELANJAAN / PERALATAN Pendapatan & Perbelanjaan  –  Tiada Peralatan : - Komputer riba - Wayar penyambung - LCD Projektor 7.0 TENTATIF PROGRAM 2.00 petang - Pendaftaranpeserta 2.15 petang- Slot 1 - Pengenalan kepada PAK21 2.30petang - Slot 2 - PAK21 2.45petang - Slot 3 - Senarai semak benda perlu ada dalam kelas PAK21 4.00petang - BersuraI    8.0 PENUTUP Bagi menyahut cabaran ini, pihak sekolah telah mengorak langkah ke hadapan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran kelas abad ke-21. Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya secara individu sebaliknya pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan ini. Disahkan oleh,  _________________________ ( ) Disediakan oleh, (FARHANA IDAYU BINTI ZAMERI ) Penyeklaran LADAP
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks