Nota-Sains-Tahun-6-MESIN

Pages 14
Views 25
of 14
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
sn
Transcript
   MESIN RINGKAS Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerajkan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi senang, Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas satu beban. Beberapa mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk membentuk mesin kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk melakukan ‘kerja’ ke atas beban,  seperti mengangkat atau menarik beban. Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori : ã   Tuas   ã   Takal    ã   Roda dan Gandar    ã   Satah Condong   ã   Baji    ã   Skru   ã   Gear    1. Tuas  adalah mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang kayu yang bebas bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum. Tuas terdiri daripada tiga bahagian, fulkrum , beban dan rod. Tuas boleh dikelaskan kepada tiga kelas. Tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga.   a) Tuas Kelas Pertama Fulkrum berada di tengah –  tengah. Beban berada pada satu hujung dan daya di hujung yang satu lagi. Contoh Tuas Kelas Pertama:   b) Tuas Kelas Kedua Fulkrum berada pada satu hujung, beban berada di tengah –  tengah, dan daya berada pada hujung yang satu lagi.    Contoh Tuas Kelas Kedua: c) Tuas Kelas Ketiga Fulkrum berada pad satu hujung, daya di tengah dan beban pada satu hujung lagi.      2. Takal  1.   ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang berputar pada gandar dan tali.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks