Muka depan Buku Program Mesyuarat Agung Pibg

Pages 26
Views 9
of 26
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Muka depan buku program mesyuarat agung PIBG
Transcript
    TEMPAT: DEWAN SEKOLAH TARIKH:11   FEBRUARI 2018 MASA: 11.00 PAGI SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA    BIL PERKARA MUKA SURAT 1 SEKAPUR SIREH  –  GURU BESAR 1-2 2 SEULAS PINANG- YDP PIBG 3 3 VISI MISI SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA 4 4 AGENDA MESYUARAT 5 5 SENARAI AJK PIBG 2017/2018 6 6 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG 7-8 7 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11 9-12 8 PENYATA KEWANGAN 13-16 9 AKTIVITI PIBG 2017 17 10 LAPORAN PENCAPAIAN AKADEMIK UPSR /UPSRA 18 11 LAPORAN PROGRAM UNIT KURIKULUM 2017 19 11 LAPORAN PENCAPAIAN KO-KURIKULUM 20 12 LAPORAN HEM 21-22 13 SENARAI NAMA MURID CEMERLANG -UPKK 2017 -UPSRA 2017 -UPSR 2017 23 10 PENGHARGAAN 24    SEKAPUR SIREH GURU BESAR SRA AT-TAQWA  Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.  ALHAMDULILLAH , syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 2018. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ihklas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini. SRA At-Taqwa sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil daripada kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai karenah dan cabaran. Oleh itu, sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini dari segi material mahu pun idea-idea yang bernas , sokongan moral yang merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan intipati daripada ucapan Perutusan YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia bersempena Majlis Perutusan KPM 2018, beliau menyatakan bahawa pada tahun ini akan berkisar dalam tiga segmen utama. Pertama, kita akan mengimbau kejayaan warga besar Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara antara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia. Kedua, kita akan melihat usaha-usaha Kementerian dalam proses pengantarabangsaan pendidikan. Ketiga, kita perlu bersedia untuk melangkah ke hadapan bagi menjayakan transformasi pendidikan Negara ini demi menyediakan anak bangsa yang mampu berhadapan dengan cabaran global.   Mulai tahun 2017, Kementerian telah mengambil pendekatan berbeza dalam melaporkan kejayaan murid yang telah melalui persekolahan peringkat rendah selama enam tahun melalui Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kejayaan murid sekolah rendah dilaporkan dengan lebih menyeluruh dan bermakna dan tidak lagi berfokus kepada keputusan UPSR semata-mata. PPSR mempunyai dua komponen utama iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan pentaksiran pusat. PBS terbahagi kepada tiga jenis pentaksiran iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) iaitu penilaian tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran di sekolah; Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan    Kokurikulum (PAJSK) iaitu penilaian tahap kecergasan, kesihatan dan penglibatan murid dalam aktiviti luar bilik darjah, dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) iaitu penilaian mengenai kecerdasan semula jadi dan aptitud/kecenderungan murid. Dari aspek pencapaian akademik penilaian murid dilihat berdasarkan tahap penguasaan minimum dalam UPSR yang akan dikendalikan pada peringkat pusat oleh Lembaga Peperiksaan. Kementerian akan memberikan penekanan kepada pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ke arah kemenjadian murid yang holistik dan seimbang. Para guru akan melaporkan perkembangan murid secara pelaporan satu muka surat ( one-page reporting) agar semua komponen PBS dapat dimanfaatkan untuk membimbing dan memperkembangkan potensi murid. Oleh yang demikian, dalam menilai pencapaian anak-anak kita pada akhir persekolahan peringkat rendah atau Tahun 6, kita sebagai ibu bapa perlu melihat Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) secara keseluruhan dan bukan hanya melihat kepada bilangan A yang diperoleh dalam UPSR. Jika ini berlaku, kita sebagai ibu bapa akan dapat memberikan sokongan, motivasi dan bantuan yang lebih baik dan terarah kepada anak-anak kita dalam fasa seterusnya persekolahan mereka untuk berjaya pada peringkat menengah. Keberkesanan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran insaniah dalam kalangan murid terletak kepada kemahiran strategi guru dalam mengemblengkan fakta, pengetahuan dan kemahiran yang ingin diterapkan kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan pelbagai alat dalam pendidikan  –  alat bukan ICT dan alat ICT.   Inisiatif Perkukuhan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan diteruskan dan diperkasakan lagi pada tahun 2018 melalui beberapa program yang dirancang antaranya penganjuran Kolokium Pendidikan STEM 2018, penerbitan Komik STEM, Karnival STEM diperingkat negeri dan kebangsaan dan lain-lain lagi. Disamping kita berbicara mengenai pencapaian akademik anak-anak ini, sahsiah dan displin mereka juga janganlah dilupakan. Menjadi tanggungjawab ibu bapa dan guru-guru untuk mendidik anak-anak ini menjadi seorang yang beradab dan berakhlak serta boleh menjadi role model dan ikutan kepada pelajar-pelajar lain apabila mereka melangkah ke sekolah menengah kelak.   Terima kasih kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan penghargaan kepada AJK PIBG Sesi 2017 / 2018 dan semua ibu bapa yang telah memberikan sokongan dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam memajukan sekolah. Marilah kita bekerja sebagai satu organisasi iaitu secara berterusan menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang, berintegriti dan saling memperkukuh sinergi serta tekad kita demi meraih mencapai Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid untuk kejayaan anak-anak muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.Semoga komitmen yang ditunjukkan akan dapat mewujudkan kerjasama yang berterusan antara sekolah dan masyarakat.  Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan sekali lagi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa penjaga serta semua pihak yang terlibat kerana sanggup meluangkan masa dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SRA At-Taqwa Kali Ke  –  12. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sekian , Selamat Maju Jaya. MOHD KHAIRUDIN BIN YAAKOB GURU BESAR SRA AT-TAQWA
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks