Minit Mesyuarat Mingguan Bannin Kali Pertama 15 Julai 2019

Pages 5
Views 0
of 5
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
   1 AKADEMI TAHFIZ DARUL AMEER   MTS KJ 008   Wisma Al Firdaus Lot 1131, Batu 45, Jalan Johor, 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor Darul Takzim. Pejabat : 0111-618 3416 / 019-716 8086 EMAIL: darulameer@yahoo.com  FACEBOOK : https://www.facebook.com/darhuffaz  MINIT MESYUARAT MINGGUAN BANNIN AKADEMI TAHFIZ DARUL AMEER BIL 0.1/2019 Tarikh : 15/07/2019 (Isnin) Tempat : Pejabat Wisma Al Firdaus, Simpang Renggam Masa : 5.00pm  –  6.30pm Hadir : Bil Nama Jawatan 1.   En. Muhamad Hisham Bin Hamzah Pengerusi   2.   Imam Haji Sumari Bin Parman Mudir 3.   Ustaz Aminuddin Bin Abu Bakar   Timbalan Mudir 4.   Pn. Ummal Abibah Bt Zainal   Timbalan Pengerusi 5.   Ustaz Muhamad Anuari Bin Masod Ketua Ustaz 6.   Nurul Izzaty Binti Ahmad U sri Pembantu Tadbir 7.   Ustaz Muhammad Aiman Azizi Bin Masor Guru 8.   Ustaz Muhammad Hanifah Bin Sabrey Warden Tidak hadir bersebab : Tiada Pengesahan minit mesyuarat : Tiada Perkara berbangkit : Tiada AGENDA MESYUARAT : 1.   KATA ALU-ALUAN PENGERUSI (En. Muhamad Hisham Bin Hamzah) 1.1.   Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan selanjutnya memaklumkan berkenaan perkara-perkara berikut:- 1.1.1   Mesyuarat hari ini bertujuan untuk membincangkan hal berkaitan permasalahan disiplin pelajar yang semakin parah dan menambah baik tugas dan amanah kerana disiplin pelajar merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula dengan disiplin. 1..2.   Mesyuarat pada hari ini adalah khusus untuk ditumpukan kepada disiplin murid   2 sepenuhnya dan cara mengatasi masalah tersebut agar dapat diatasi dengan secepat mungkin. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua Ahli  jawatankuasa dan guru-guru yang hadir. TINDAKAN : MAKLUMAN   1.2.   Beliau mengatakan bahawa sepanjang tiga hari dari tarikh hari ini, banyak kes yang melibatkan ibu-bapa. Hal ini sangat merunsingkan kerana pelajar yang terlibat merupakan  pelajar yang bagus. Rentetan perkara tersebut menyebabkan pelajar tidak tahan dan berhasrat untuk menukar Madrasah. 1.3.   Kes melibatkan antara pelajar bernama Lutfil Hadi dengan pelajar-pelajar lain yang sering membuli pelajar ini serta kes melibatkan pelajar bernama Izz Ryan dengan Muhammad Fitri. 1.3.1.   Kes Lutfil Hadi berpunca daripada perbualan antara pelajar-pelajar lain sesama mereka yang sering menganjing, mengutuk dan mengejek pelajar ini dengan gelaran ‘pondan’ dan ‘lembut’. Sebelum ini kejadian sama berulang semasa Madrasah  berada di Kulai, akan tetapi perkara tersebut tidak ketara dan masih boleh dibawa  berbincang. Akan tetapi kes semakin ketara sehingga pelajar ini tidak tahan untuk terus menetap dan meneruskan pengajian di Madrasah. Hal ini sangat membimbangkan pihak pentadbiran kerana boleh membawa nama buruk Madrasah di mata ibu bapa. Tanggapan pertama bagi pihak ibu bapa semestinya pentadbiran Madrasah yang culas dalam menjalankan tanggungjawab sehingga ada mengatakan  pihak Madrasah masih menyimpan pelajar-pelajar yang bermasalah. Kes Lutfil Hadi ini sampai kepada pengetahuan bapanya apabila pelajar tersebut meminjam telefon  bimbit Ustaz Muhammad Hanifah dan menghubungi bapanya. Kemudian menceritakan perkara yang menimpa diri pelajar tersebut kepada bapanya menyebabkan bapanya menghubungi saya(Ustaz Hisyam). Ada aduan mengatakan  bahawa masalah antara Lutfil Hadi dan Abdul Rasyid yang mempunyai dendam dalaman menyebabkan Abdul Rasyid berdendam kepada Lutfil Hadi dan menghasut  pelajar-pelajar yang lain memulau dia. Hal ini menyebabkan dia tidak tahan untuk meneruskan pengajian di Madrasah. Kes ini juga sepatutnya guru-guru tidak dibenarkan untuk meminjamkan telefon kepada pelajar. Segala permasalahan pelajar  perlu dilaporkan terlebih dahulu kepada pihak pentadbiran untuk mengelakkan  perkara seperti ini berlaku. TINDAKAN : MAKLUMAN 1.3.2.   Kes kedua melibatkan pelajar bernama Izz Ryan dan Muhammad Fitri Bin Muhammad Rashed. Pelajar ini merupakan mangsa ugutan dan buli kepada Muhammad Fitri sehingga ada kesan lebam di bahagian muka akibat dicubit dengan kuat. Mangsa juga pernah ditendang di bahagian kepala dan sering diejek sehingga mangsa menjadi semakin ganas ketika berada di rumah. Hasil pemerhatian ibu Izz Ryan, tindakan Izz Ryan semakin agresif ketika berbual bersama adiknya. Akhlak adik Izz Ryan dilihat lagi baik akhlaknya dari abangnya. Hal ini kerana kesan dibuli ketika di Madrasah menyebabkan Izz Ryan menjadi defensive ketika di rumah. Berkaitan pengajian Izz Ryan, ibu dan bapanya menghantar pelajar ini di Madrasah kerana kepercayaan penuh kepada pihak Madrasah yang dapat membawa anaknya dalam aliran tahfiz akan tetapi kes ini telah mengubah sedikit kepercayaan yang telah diberikan. Sekiranya pihak Madrasah tidak mengambil tindakan sewajarnya, mereka akan membawa hal ini ke pengetahuan polis. Pelajar bernama Muhammad Fitri ini datang dari keluarga bermasalah dan ramai sebenarnya pelajar dalam kalangan keluarga yang bermasalah. Nampak kecil tapi ianya sangat kritikal. Jika masalah ini semakin teruk dan dikategorikan serious akan menyebabkan nama baik Madrasah   3 tercalar dan tercemar. Ibu bapa tidak akan memandang pelajar tersebut yang membawa masalah tetapi terus mengecop Madrasah yang bermasalah. TINDAKAN : MAKLUMAN 1.4.   Jadi pada hari ini mesyuarat akan membincangkan tentang cara penyelesaian masalah untuk memastikan keadaan terjaga dan terkawal. Bagaimana pengurusan dan pihak pentadbiran membuktikan kepada ibu bapa untuk memastikan persekitaran ATDA ini ‘selamat’. Sekiranya timbalan mudir telah dapat kenal pasti pelajar ini mempunyai rekod pengajian tiga atau enam bulan yang sangat teruk dan tidak menunjukkan peningkatan dalam penghafalan serta rekod sahsiah yang sangat buruk maka dibenarkan untuk membuang pelajar yang  bermasalah ini. TINDAKAN : TIMBALAN MUDIR    2.   CADANGAN PERMASALAHAN HAL EHWAL /DISIPLIN PELAJAR 2.1.   Mengenalpasti pelajar yang bermasalah. 2.1.1.   ATDA merupakan madrasah yang serba kekurangan dan akan menerima pelajar tanpa mengetahui latar belakang keluarga sama ada bermasalah atau tidak. Hal ini sama seperti mencari pasangan dalam hidup, perlu baik akhlaknya dan sekufu supaya dapat melahirkan generasi yang baik. Hal ini telah menjadikan ATDA sebagai wadah untuk memperbetulkan kepincangan yang berlaku dalam kalangan para pelajar. Masalah yang berlaku merupakan cabaran bagi semua dalam melahirkan generasi al-Quran. Pelajar- pelajar yang bermasalah ini perlu dikenal pasti melalui rekod pengajian hafalan mereka dan rekod sahsiah. Rekod pengajian selama 3 hingga 6 bulan dan tidak menunjukkan peningkatan dalam penghafalan mereka boleh dikenal pasti sebagai pelajar bermasalah. Pelajar yang mempunyai rekod sahsiah yang buruk jugak dikategori sebagai bermasalah. Contoh rekod menghisap vape, kerap ponteng kelas, lari dari asrama, tidak solat berjemaah dan pelbagai lagi. TINDAKAN : TIMBALAN MUDIR 2.2.   Quarantin Pelajar Yang Bermasalah Untuk Diberi Motivasi 2.2.1.   Pelajar-pelajar yang bermasalah ini boleh diquarantinkan untuk disoal siasat perkara yang tidak puas hati dalam kalangan mereka dan bertanyakan perihal peribadi sama ada perihal keluarga atau diri sendiri. Kemudian satu sesi boleh dibuat melalui ceramah khas untuk mereka berkaitan motivasi adab dan akhlak. Mungkin boleh berbincang dengan Ustaz Hazuan dan team mereka untuk membantu usaha ini. 2.3.   Rekod Mingguan Peribadi Dilakukan Antara Seorang Ustaz dan Setiap Seorang Pelajar 2.3.1.   Rekod seminggu sekali boleh dilakukan oleh seorang Ustaz yang boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia para pelajar. Sebagai ustaz beliau perlu berjumpa setiap seorang pelajar dan bertanya setiap permasalahan berkaitan semua perkara sama ada melibatkan hati, keluarga, kawan, kelas pengajian, hatta sekecil-kecil perkara sekalipun. Pelajar tersebut mestilah ada sikap terbuka untuk meluahkan semua perkara supaya tidak menjadi rahsia antara pelajar tersebut dan ustaz. Ustaz perlulah bijak untuk tackle pelajar tersebut supaya proses luahan dapat dijalankan dengan sempurna. Ustaz juga perlu bertanya setiap punca yang berlaku dan mengenalpasti behaviour/pattern pelajar tersebut. Setiap perbualan perlulah dicatit dan direkod di dalam buku dan perlu diserahkan seminggu sekali kepada Ustazah Abibah untuk disemak. Setiap permasalahan yang diluahkan perlu menjadi rahsia dan amanah yang perlu dijaga. Hasil   4 rekod mingguan ni dapat kita kaji watak setiap pelajar di Madrasah dan mudah untuk pihak pengurusan menguruskan tindak tanduk mereka. TINDAKAN : USTAZ ANUARI DAN USTAZAH ABIBAH 2.4.   Menguatkuasakan Buku Tindakan dan Kesalahan. 1.1.2.   Penguatkuasaan Tindakan dan Kesalahan ini boleh dilakukan dengan menggunakan rotan. Jika kesalahan itu berlaku di depan mata, Ustaz boleh kenakan tindakan atas kesalahan tersebut serta merta. Dan setiap tindakan perlulah seiring bukan hanya omong kosong bagi mengelakkan pelajar gerun dan tidak mengulanginya. Sebagai contoh pelajar makmum masbuk akan dikenakan 10 rotan. Tindakan rotan perlu dilakukan serta merta ketika itu juga. Arahan denda perlu on the spot. Jenis-jenis kesalahan dan setiap tindakan perlulah berbeza dan perlu di displaykan atau ditampal di papan untuk pengetahuan semua para pelajar. TINDAKAN : TIMBALAN MUDIR DAN USTAZAH IZZATY 2.5.   Mengadakan Slot Tarbiyah/Motivasi Setiap Hari Selama 30 Minit 2.5.1.   Slot tarbiyah atau motivasi ini boleh dilakukan pada setiap hari sama ada pada waktu petang atau malam dan akan dikendalikan oleh seorang ustaz selama lebih kurang 30 minit atau setengah jam. Setiap hari slot akan berbeza ustaz dan mereka perlulah diterapkan motivasi dan nasihat tentang kepentingan adab dan akhlak supaya mereka terdidik dengan tarbiyah dan tidak leka dengan dunia. Mereka perlu diingatkan setiap hari supaya menjaga percakapan dan meninggalkan perkataan yang tidak elok. Slot ini perlu untuk mengisi masa terluang mereka dan mengisi hati- hati mereka dengan sentuhan tarbiyah. Slot ini juga perlu diaplikasikan untuk bannat. Semua ustaz dan warden perlu juga memainkan peranan yang sangat penting agar menjadi contoh buat pelajar yang lain. Warden perlu menjaga pertuturan dan perlakuan semasa menjalankan tugas. TINDAKAN : SEMUA USTAZ DAN USTAZAH 2.6.   Mengadakan Slot Hadis Berkaitan Akhlak dan Adab Bagi Setiap Pelajar dan Dibentangkan Di Hadapan Pada Setiap Hari. 2.6.1.   Slot hadis ini diaplikasikan untuk para pelajar. Setiap pelajar perlu mencari satu hadis setiap hari berkaitan adab dan akhlak dan perlu dibentangkan secara detail hadis tersebut segala maklumat tentangnya. Slot ini melatih pelajar untuk lebih kehadapan dan berani apabila berada di khalayak ramai. Slot ini jugak mendidik pelajar memahami adab dan akhlak dalam hadis Rasululllah SAW. TINDAKAN : MAKLUMAN 2.7.   Mengadakan Ceramah Untuk Ibu Bapa. 1.1.2.   Ceramah motivasi untuk semua ibu bapa bagi pelajar yang bermasalah boleh dilakukan. Pihak pengurusan boleh memilih satu tarikh supaya pihak ibu bapa boleh datang. Ceramah boleh dikelola oleh Ustaz Hazuan dan team mereka. Keperluan ceramah ini adalah supaya para ibu bapa dapat memahami kepentingan mendidik anak-anak di rumah dan peka akan perlakuan anak-anak yang bermasalahan ini. Bukan hanya meletakkan usaha 100% kepada pihak Madrasah. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik generasi al-Quran ini. TINDAKAN : MAKLUMAN
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks