Menora Boleh Mempunyai Banyak Erti Dan Bergantung Kepada Si Penutur Itu Sendiri

Pages 4
Views 0
of 4
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  1.0 Pengenalan Menora dikategorikan sebagai muzik drama tari. Persembahan menora meliputi mendatari, pembaca puisi, pemimpin kumpulan/pelakon/ penari persembahan itu. Menora mempunyai 12 buah cerita asal, tetapi ada 7 buah cerita asal yang sudah diubahsuai. Menora  juga digunakan untuk tujuan perubatan, contohnya menyepit mata pedang yang telah dicelup dengan air mawar dengan ibu jari kaki Pak Sithong (Matusky, Patricia ,2012 ) . Drama tari adalah bermaksud suatu persembahan yang merangkumi drama, nyanyian, dan tarian. 2.0 Ciri-ciri muzik Menora Menora banyak dipengaruhi oleh elemen Buddha. Ini adalah kerana menora merupakan salah satu persembahan di kuil-kuil Buddha. Menora terdapat di Semenanjung Malaysia dan Negeri Thai Menora aktif di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Negeri Thai. Menora dikatakan berasal dari selatan Negeri Thai. Persembahan Menora dilakukan untuk pelbagai tujuan. Bukan untuk keagamaan sahaja. Kadangkala ianya dilakukan bagi tujuan ritual, perubatan dan hanya untuk persembahan. Di dalam persembahan menora ini, ada pelbagai kisah yang kesemuanya merangkumi 12 buah kisah. Setiap drama tari seperti ini tidak dapat dielakkan daripada watak lucu atau adegan lucu oleh pelakonnya dinamakan PERAN. (Salleh, N. M., & Mustapha, N. 1996 ). Sebuah kumpulan menora terdapat 12 orang anggota iaitu 4 orang pelakon dan 8 orang pemain muzik. Di dalam persembahan menora terdapat muziknya yang mengiringi persembahannya. Sudah pasti jika ada persembahan, mestilah ada lagunya. Begitu juga dengan menora. Bagi mereka, bermain menora bukanlah pekerjaan yang tetap tapi sambilan sahaja. Kebiasaannya persembahan Menora ini dijalankan di waktu malam, bermula pada pukul 8.00 atau 9.00 malam hinggalah ke tengah malam atau subuh pagi esok. Ini bergantung kepada panjang pendeknya cerita yang hendak dipersembahkan itu. 3.0 Alat-alat muzik danTeknik bermain alat muzik Terdapat 6 jenis alat muzik yang mengiringi persembahan menora iaitu: sebuah geduk, sepasang canai, sebuah pi nai, sepasang gedombak, sebuah cerek, sebuah kesi. Yang pertamaialah geduk. Geduk merupakan alat membranophones dan merupakan sejenis gendang yang berbentuk barrel. lanya dibuat daripada blok kayu yang keras. Ukurannya ialah 12 panjang dan 10 panjang garisan pusat dan lilitnya pada bahagian kulit ialah 31 dan 33 lilitan pada pertengahan badan. Muka gendang itu dilitupi dengan kulit kerbau yang direntang dengan cekangnya. Kulit itu dilekatkan pada kayu dengan menggunakan paku payung. Cuma muka sebelah atas gendang itu sahaja yang digunakan. Di tengah-tengah badan gendang itu terdapat cincin besi di mana disambungkan dua batang kayu sebagai kakinya. Dengan itu,  kedudukan gendang itu akan condong ke arah si pemukul. Keadaan yang condong ini akan menghasilkan getaran bunyi atau gema yang lebih kuat apabila gendang itu dipalu pada permukaan atasnya.Untuk memukul atau memalukan gendang itu dua batang kayu pemalu atau pengetuk digunakan.  Alat yang seterusnya ialah canang. Canang merupakan alat idiophones. Terdapat sepasang canang, salah satunya kecil sedikit daripada yang satu lagi. Setiap canang itu ada 4 lubang kecil pada lilitannya. Pada lubang ini dimasukkan tali dan ditegangkan di dalam sebuah kotak kayu. Pada dinding kotak kayu itu terdapat lubang-lubang di mana gemanya dapat keluar menerusinya. Sepasang pengetuk sepanjang 7 inci digunakan untuk memukul canang itu. Kayu pengetuk itu berbalut kain pada hujungnya. Paluan ini dikenakan pada bahagian yang membonjol. Salah satu daripadanya, bunyinya lebih tinggi daripada yang satu lagi. Panjang garisan pusat untuk canang tersebut ialah 6 inci dan satu lagi 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan. Tingginya lebih kurang 2 inci. Besar kotak kayu itu ialah 10 inci lebar dan 22 inci panjang dan tingginya 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan. Seterusnya ialah alat PI NAI. PI NAI merupakan alat aerophones yang diperbuat dari kayu yang halus urat-uratnya. Berbentuk bulat dan panjang.Panjangnya lebih kurang 14 inci. Pada bahagian 'tengahnya agak berbonjolsedikit. Bahagian dalamnya kosong. Terdapat 6 lubang dibadannya untuk kawalan tanal. Pada bahagian atasnya terdapat sebuah lubang yang kecil dimana diselitkan 'reed'. Pada reed tersebut terdapat satu tiub keluli yang panjangnya 2 inci dan daun-daun mengkuang yang kering diselitkan ke dalam tiub itu. Peniup pi nai akan memasukkan tiub reed itu ke dalam mulutnya dan meniupnya. Pemain pi nai mestilah pandai mengawal nafasnya. Cara meniup ialah menarik dan menghembus nafas dengan cepatnya. Peranan Pi Nai di dalam Menora adalah sebagai melodi.  Alat yang berikutnya ialah Kesi atau Ching. Kesi adalah sejenis alat idiofon dan ianya dianggap penting di dalam permainan menora. Alat ini merupakan identiti muzik tradisional Thailand. Alat ini dimainkan secara berpasangan. Ianya berbentuk piring yang berbonjol,tebal dan berat. Bunyinya jelas dan berdering. Ukuran garisan pusatnya ialah 5 inci. Kedua-dua kepingan ini disambungkan dengan tali yang terdapat pada bonjolan itu. lanya diperbuat daripada tembaga. Fungsi kesi ialah sebagai rentak. Kalau keduanya ditangkupkan bunyinya pendek. Tetapi kalau kedua-dua disentuhkan pada tebingnya, bunyinya berdering dan memanjang.  Alat yang terakhir ialah cerek. Cerek ialah alat jenis idiophones. lanya terdiri daripada buluh kering yang diraut. Panjangnya lebih kurang 14 inci dan 1 ½ inci lebar. Tebalnya 1 ½ inci. Cerek selalunya ianya dimainkan secara pasangan. Kedua-duanya diketuk antara satu  sama lain untuk menghasilkan bunyian. Bentuk bunyinya bergantung pada tebal nipisnya cerek itu. 4.0 Stail persembahan dan peranan Masa kini persembahan menora telah diserap oleh unsur-unsur moden terutama dari segi pakaian,tema (romantik) beserta iringan pancaragam ala barat dan disulami dengan lawak jenaka. Walaupun berlaku transformasi di selatan Thailand tetapi banyak lagi kumpulan terawal ataupun kumpulan yang telah tua usianya masih mempertahankan unsur-unsur tradisional. Menurut Golzari, dalam sesuatu persembahan menora, ketua kumpulan yang juga sebagai tukang cerita akan memilih teks yang telah dihafalnya untuk diceritakan kepada penonton-penonton. Ini bergantunglah kepada pencerita itu sama ada cerita tersebut dipanjangkan atau dipendekkan. Biasanya setiap barisan teks dalam cerita yang dipilih akan dinyanyikan oleh ketua kumpulan sementara pemain alat bunyi-bunyian akan menyambung dengan irama dan alunan lagu. Dengan cara ini pemain alat muzik turut juga menghafal teks tersebut supaya selari dengan kata-kata yang diucapkan oleh ketua kumpulan. Persembahan berbentuk drama diselang selikan dengan nyanyian dari tarian hingga tamatnya cerita itu. 5.0 Penutup Persembahan Menora yang diadakan bagi tujuan hiburan adalah berbentuk melodrama dan komedi. Bentuk persembahan akan diubah suai mengikut tujuan dan kehendak penonton. Kini Menora telah mulai diiringi dengan unsur-unsur moden dan dapat dilihat terdapat perubahan dari segi pakaian, tema cerita dan permainan muzik. Namun begitu, masih terdapat Kumpulan Menora yang tetap mempertahankan keasliannya semasa membuat persembahan.  6.0 Rujukan Golzari, S., Doraisamy, S., Mohd, N., Sulaiman, M. N., & Udzir, N. I. (2008, July). A Comprehensive Study in Benchmarking Feature Selection and Classification  Approaches for Traditional Malay Music Genre Classification. In DMIN (pp. 71-77). Matusky, Patricia (2012) Muzik Malaysia Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik.  Penerbit Universiti Malaya. Salleh, N. M., & Mustapha, N. (1996). Alat muzik traditional dalam masyarakat Melayu di Malaysia/ditulis oleh: Nik Mustapha Nik Mohd. Salleh; diedit oleh: Mohd. Ghazali  Abdullah. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Wulandari, D. P., Tjahyanto, A., & Suprapto, Y. K. (2013). Gamelan Music Onset Detection based on Spectral Features. TELKOMNIKA (Telecommunication Computing `Electronics and Control) , 11 (1), 107-118.  
Advertisements
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks