Lima Unsur

Pages 3
Views 0
of 3
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Model ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu: (1) Analisis (2) Rekabentuk (3) Pembangunan (4) Implimentasi (5) Penilaian   (1) ANALISIS   Analisis atau “Analyze” bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu “courseware” diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada pelajar sebelum “courseware” itu boleh digunakan? Juga meliha t kesesuaian isi kandungan “courseware” kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu “courseware” yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD. Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :   1. Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya? 2. Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan 3. Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud? 4. Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran? 5. Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?   (2) REKABENTUK    Rekabentuk atau “Design” pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Contohnya “courseware” tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesian masalah, permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada  menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya. Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :   1. Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi rekabentuk 2. Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor. 3. Membangunkan papan cerita 4. Mereka bentuk antara muka 5. Membangunkan prototaip 6. Menggunakan reka bentuk visual   (3) PEMBANGUNAN   Pembangunan atau “Develop” ialah proses menghasikan “courseware” yang telah direkabentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian “courseware” yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut. Tahap ini membabitkan proses penjanaan dan penghasilan bahan pembelajaran, dan tujuan utama bagi tahap ini adalah untuk menjana rancangan dan bahan pelajaran. Pada tahap ini, rangka cerita dibentuk, kandungan ditulis, grafik direka bentuk, unsur teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan pelajaran dibentuk, dan semua media yang akan digunakan dalam pengajaran dan sebarang dokumentasi sokongan dibentuk. Proses ini boleh melibatkan perkakasan komputer seperti kalkulator grafik dan alat simulasi serta perisian komputer seperti Geometer’s Sketchpad dan pengajaran berasaskan komputer.   (4) IMPLIMENTASI   Implimentasi atau “Implement” berperanan untuk membuat “pilot test” terhadap “courseware” yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau pelajar telah dipilih bagi menggunakan “courseware” tersebut. Tahap ini memb abitkan penyampaian atau pelaksanaan pengajaran yang sebenar, sama ada pengajaran itu  berasaskan bilik darjah, makmal matematik, seting peribadi, mahupun berasaskan komputer. Istilah  pelaksanaan  merujuk pelaksanaan artifak pembelajaran dan sistem yang dibentuk dalam konteks pembelajaran yang diharapkan. Dengan kata lain, pelaksanaan membabitkan proses menjalankan program atau modul pembelajaran dalam konteks dunia sebenar. Tujuannya adalah untuk menyampaikan atau melaksanakan pengajaran dengan efisien dan berkesan. Tahap ini perlu menyokong pemahaman pelajar tentang bahan yang disediakan, menyokong pelajar menguasai kemahiran tertentu, membantu pelajar membina pengetahuan berdaya maju, menyediakan prosedur bagi melatih fasilitator atau pelajar modul pembelajaran, dan mencuba pelajaran yang disediakan. (5) PENILAIAN   Penilaian atau “Evaluate” pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu “courseware” selepas ujian “pilot”. Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggunaan “courseware” tersebut selesai digunakan. Tahap penilaian membabitkan pengukuran keberkesanan dan keefisienan pengajaran. Istilah  penilaian  merujuk kedua-dua penilaian formatif dan sumatif tentang produk pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan dilaksanakan. Dengan kata lain, penilaian melibatkan proses menentukan kecukupan pelajaran atau modul yang disediakan. Penilaian sepatutnya berlaku secara berterusan dalam seluruh proses reka bentuk pengajaran seperti penilaian dalam setiap tahap, penilaian antara tahap, dan penilaian selepas pelaksanaan. Penilaian formatif merupakan penilaian berterusan semasa membentuk sesuatu tahap dan antara tahap. Tujuan penilaian ini adalah untuk memperbaiki pengajaran sebelum versi mutakhir dilaksanakan. Penilaian sumatif pula berlaku selepas versi pengajaran mutakhir dilaksanakan. Tujuan penilaian ini adalah untuk mentaksirkan keberkesanan keseluruhan pengajaran. Lazimnya, data dari penilaian sumatif digunakan untuk membuat keputusan tentang pengajaran, sama ada untuk meneruskan pengajaran atau tidak.  
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks