Kosmo Online

Pages 2
Views 0
of 2
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
     Kosmo Online/     Terkini/  Pencemaran: JAS kesan empat bahan kimia dalam sampel air Sungai Kim Kim   MOHD. IZUAN ROSELI 13 Mac 2019 4:25 PM   Pemeriksaan terhadap 252 kilang memproses bahan kimia di sekitar Pasir Gudang akan dilakukan. JOHOR BAHRU - Bahan kimia daripada proses penguraian tayar iaitu D-Limonene merupakan antara bahan utama yang dikenal pasti terdapat pada empat sampel air diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Sungai Kim Kim pada Khamis lalu. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTEC), Yeo Bee Yin berkata, selain bahan terbabit, terdapat juga tiga bahan kimia lain termasuk Benzene, Toulene, Xylene dan Ethylbenzene.  “Kesemua  bahan ini merupakan pelarut organik dan D-Limonene ialah hasil dari proses “pyrolysis” (penguraian) tayar,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini, hari ini. Dalam pada itu, JAS turut memasang pengesan gas dengan ketinggian berbeza bagi memantau kualiti udara di altitud mengikut ketinggian tertentu. “Kita telah memasang pengesan gas bagi mengenal pasti kandungan di udara pada altitud yang berbeza, makluman kepada orang ramai akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.  Bee Yin berkata, pihaknya bakal melakukan pemeriksaan terhadap 252 kilang memproses bahan kimia di sekitar Pasir Gudang bagi menyiasat setiap kilang selepas krisis. “Kita akan menggerakkan seluruh kekuatan di peringkat nasional bagi memeriksa dan memantau semua kilang yang memproses bahan kimia bagi memastikan perkara seperti itu tidak berlaku lagi,” katanya.
Advertisements
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x