Konsep Pengangkutan Awam

Pages 7
Views 0
of 7
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  KONSEP PENGANGKUTAN AWAM:   Pengangkutan awam adalah merujuk perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar yang digunakan oleh masyarakat awam untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Pengguna dikehendaki membayar kos perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sesetengah perkhidmatan menyediakan tiket sebagai resit bukti pembayaran. Perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar ini merangkumi perkhidmatan bas, van, teksi, rapid transit dan LRT, monorel. Antara perkhidmatan pengangkutan awam jenis klasik termasuklah perkhidmatan kereta kuda, kereta lembu, beca dan lamca. Antara perkhidmatan lain termasuklah kapal terbang, feri dan keretapi. Kepentingan pengangkutan awam adalah berbeza-beza mengikut saiz lokasi. Kajian membuktikan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting di kawasan bandar yang padat dan sentiasa sesak dengan kenderaan, terutama di kawasan bandar utama. Perkhidmatan bas rapid dan teksi mendapat sambutan tinggi di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Baharu. Pemilihan pengangkutan awam dianggap pilihan terbaik untuk mengelakkan kesesakan, penjimat kos petrol dan faktor keselamatan serta keselesaan perkhidmatan.  Di kawasan pinggir bandar dan pekan-pekan kecil, perkhidmatan bas lebih tertumpu kepada perkhidmatan bas awam, bas kilang, bas sekolah dan bas persiaran. Perkhidmatan van turut disediakan bagi mengangkut pekerja kilang dan murid-murid sekolah. Perkhidmatan teksi turut menyediakan perkhidmatan penghantaran jauh atau penghantaran segera. Perkhidmatan beca dan kereta sapu masih wujud di pekan-pekan kecil terutama di kawasan sempadan negara. http://www.seraidamai.blogspot.com/pengangkutanawam . Merujuk Wikipedia: Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan  yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel  dan bas , definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan  penerbangan  berjadual,  feri ,  teksi  . —  mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.  Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai  pengangkutan umum  dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa  penempahan . Kebanyakan penumpang transit   bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam  Merujuk  mdisabudin.blogspot.com   Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam : Ia merupakan satu perkhidmatan pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di air . Sistem pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi  –  disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta dan sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana kepada pembangunan negara. Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti bas ,  teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api , LRT , monorel dan seumpamanya . Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti  jalan raya , lebuh raya , landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara . http://mdisabudin.blogspot.com/p/sistem-pengangkutan-awam-yang.html   Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam penyediaan infrastruktur sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya , lebuh raya , stesen kereta api , landasan kereta api , lapangan kapal terbang dan landasannya , pelabuhan  –  pelabuhan dan dermaganya : Semua ini memerlukan kawasan  –  kawasan lama diperbesarkan , kawasan  –  kawasan baru diterokai , sistem lama sedia ada dipermodenkan , kawasan padat dialihkan ke penempatan baru . Ini bermakna dalam penyediaan sistem pengangkutan awam telah dapat menjana pembangunan negara secara besar  –  besaran . Dalam erti kata lain tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik , pembangunan negara tidak membangun pesat dan apa yang lebih penting sistem pengangkutan awam yang sistematik ini memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira ekosistem negara yang sedia ada , impak masa hadapan negara lebih terjamin , tidak berisiko tinggi , sistem pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan negara terus
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks