kk

Pages 4
Views 0
of 4
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  1 ASAL-USUL BAHASA MELAYU FILUM AUSTRISRUMPUN AUSTRONESIAKELUARGANUSANTARA(BARAT)(200-300BAHASABahasa  AustronesiaBahasa Melayu ProtoBahasa Melayu IndukBahasa Melayu BaratBahasa Melayu RiauBahasa IndonesiaBahasa Melayu TengahBahasa Melayu Johor Bahasa MalaysiaBahasa Melayu BruneiBahasa Melayu SingapuraBahasa Melayu Timur Bahasa Melayu KelantanBahasa Melayu PataniKELUARGA MELANESIA(TIMUR)KELUARGA MIKRONESI A (TIMUR)KELUARGA POLINESIA(TIMUR)RUMPUN AUSTROASIARUMPUNTIBET-CHINA  2 Bahasa Melayu (Tulisan Jawi: س ه ويلم ) merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Hipotesis asal usul bahasa Melayu dari Tanah Besar Asia atau Asia Tengah telah dikemukakan oleh P. Sarasin dan F. Sarasin (1982) serta disokong oleh R.H. Geldern pada tahun 1932. R.H. Geldern telah menjalankan kajian arkeologi mengenai bahan artifak. Penemuan sebilah kapak tua di Nusantara didapati mempunyai bentuk dan jenis yang sama dengan kapak tua yang ditemui di Sungai Hwang Ho, Yang Tze, Mekong, Brahmaputra, Salween dan Irrawadi. Oleh sebab itu, penemuan bukti artifak tersebut mempunyai persamaan dengan artifak yang ditemui di Tanah Besar Asia menyebabkan Geldern mengandaikan bahawa kapak tua tersebut telah dibawa oleh orang Asia Tengah ke Nusantara semasa berlakunya proses migrasi kawasan. J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah kerana beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia. Menurut William Marsden, bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Asal-usul bahasa Melayu adalah dari filum Austris yang terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun. Berdasarkan grafik, kita mendapati bahawa keluarga bahasa Melayu  juga mempunyai pecahannya tersendiri. Contohnya, kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya yang bermula daripada bahasa Melayu Johor kemudian bahasa Melayu tengah sebelum ke bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada bahasa Melayu Proto yang juga merupakan kumpulan bahasa Austronesia. Bahasa Melayu keluarga Indonesia (Nusantara) terpecah kepada 16 subkeluarga atau bahasa, iaitu bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon,  3 Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga Sumatera termasuk bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut. Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan bahasa Indonesia begitu tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa Melayu sendiri sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut dan perantau bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan penting pada induk bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Bahasa Melayu menjadi bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Kerajaan yang memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor. Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948) yang mengatakan bahawa bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa, maka bahasa Melayu menjadi satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu.  4 RUJUKAN  Asmah Haji Osmah. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd. Mohamed Anwar Omar Din. (2011).  Asal usul orang Melayu . Diambil daripada http://journalarticle.ukm.my/3186/1/1.pdf. Md. Salleh Yaapar. (2014). Peri nama, asal usul dan identiti Melayu.  Diambil daripada http://eseminar.dbp.gov.my/dokumen/wacanafikrah_okt.pdf Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. (1993). Tatabahasa Dewan . Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd. Phaosan Jehwae. (2012). Bahasa Melayu mendamaikan Nusantara . Diambil daripada http://dwnbahasa.dbp.my/?p=885 Salim Md. Zain. Bahasa dan bangsa Melayu . Diambil daripada http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=1259 Zafarina Zainuddin. (2015). DNA dan asal usul Melayu . Diambil daripada https://www.utusan.com.my/rencana/dna-dan-asal-usul-melayu-1.163353
Advertisements
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks