KITAR

Pages 14
Views 40
of 14
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
kitar
Transcript
  1.0 Pendahuluan Pihak guru dan pelajar SMK Dato Hamzah berhasrat untuk melaksanakan Program Kitar Semula atas kesedaran bahawa kapasiti tapak pelupusan sampah kita yang semakin terhad. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap. Sebagai permulaan, pihak sekolah bercadang untuk mengehadkan pengumpulan terhadap kertas putih, kertas berwarna, surat khabar dan kadbod sahaja memandangkan bahan-bahan ini paling banyak didapati di persekitaran sekolah dan persekitaran sekeliling. Sehubungan dengan perkara ini  juga, Kelab Pencinta Alam Sekitar akan turut ditubuhkan bagi memastikan program ini berterusan. Kelab ini akan bertanggung jawabuntuk menyelia pengumpulan bahan-bahan dan memastikan program ini berjalan dengan lancar. 2.0 Objektif 2.1 Melatih pelajar untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. 2.2 Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri pelajar. 2.3 Mengurangkan pembuangan sampah di dalam kawasan sekolah 3.0 Matlamat 3.1 Melahirkan generasi masa hadapan yang cintakan alam sekitar dengan mempraktikkan amalan kitar semula untuk mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos,tenaga dan menjimatkan sumber kita.     Aktiviti Pada bulan 24 Februari 2011, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Pelancaran Program Kitar Semula peringkat sekolah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai program ini. Pihak sekolah akan menjemput penceramah yang akan memberikan penerangan ringkas mengenai kitar semula dan seterusnya menerangkan langkah-langkah yang betul dalam mengendalikan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan akan turut diadakan pameran ringkas. Bagi menarik minat pelajar untuk menyertai kempen ini, akan dijalankan pertandingan pengumpulan bahan kitar semula yang paling banyak. Pertandingan akan diadakan bagi dua sesi secara berasingan, iaitu bagi sesi pagi dan petang dan pemenang pertama, kedua dan ketiga akan dipilih berdasarkan berat bahan yang dikumpulkan. Pertandingan akan dijalankan sekali dalam tempoh 3 bulan. Pengumpulan akan dijalankan sekali bagi setiap tempoh 2 minggu dan bahan-bahan tersebut akan dikumpulkan di blok F. Pengurusan pengumpulan bahan-bahan ini akan dibantu oleh ahli-ahli Kelab Pencinta Alam Sekitar dan guru-guru yang terlibat. Tarikh dan waktu pengumpulan akan diberitahu dari semasa ke semasa melalui papan kenyataan khas yang akan disediakan.    Penutup Kejayaan pelaksanaan Program Kitar Semula ini bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga SMK Dato Hamzah terutama guru dan pelajar. Melalui program ini, diharapkan perasaan cintakan alam sekitar dapat disemai di dalam diri setiap warga sekolah , menjadikan persekitaran sekolah lebih bersih dan kondusif dan seterusnya mengurangkan masalah pencemaran yang semakin membimbangkan kini. Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak untuk memastikan kesejahteraan semua pihak. Disediakan oleh: ...................................... (Cik Nur Zafira bt Noor Azizan) Disahkan oleh: ...................................... (Pn Hjh Noor Mala bt Hamzah) Pengetua SMK Dato Hamzah    Status Kemajuan Pelaksanaan Projek Projek Tempoh / Tarikh Kos (RM) Pelaksana Status Kemajuan Projek Taman Kelab  Alam sekitar (KAS) Sepanjang Tahun 290.00 Guru Penasihat dan  AJK Kelab  Alam Sekitar Sebanyak 9 kali ptaman telah dijalanJanuari sehingga Taman Kemahiran Hidup Sepanjang Tahun 120.00 Guru Penasihat dan  AJK Persatuan Kemahiran Hidup  Aktiviti diuruskan Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup. Kemahiran Hidup menguruskan tamminggu dalam setberkaitan dengan akan diuruskan olepersatuan KH. Flea market Mereka cipta dengmenggunakan bahTaman Koperasi Sepanjang Tahun 100.00 Guru Penasihat dan  AJK kelab Koperasi menyiram pokok stahun. meceriakan Tamasepanjang tahun.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks