Kertas Kerja Naik Taraf Surau at-muttaqin Sk Perian Tanpa Ajkk

Pages 6
Views 112
of 6
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Kertas kerja naik Taraf Surau
Transcript
   KERTAS KERJA NAIK TARAF FIZIKAL DAN INSFRASTUKTUR SURAU AL-MUTTAQIN SK PERIAN TARIKH 26 Mac  –  26 Mei 2018 TEMPAT Surau Al-Muttaqin ANJURAN Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Perian  1. LATAR BELAKANG PROJEK  Kertas Cadangan ini ialah hasil perbincangan bersama Pihak Pentadbir Sekolah Kebangsaan Perian dan dipersetujui semua ahli dan jawatankuasa PIBG SK Perian. Kertas Kerja ini bertumpu kepada projek menaik taraf Surau Al-Muttaqin SK Perian dari segi insfrastruktur dan fizikal bangunan. Hal ini kerana Surau Al-Muttaqin Sk Perian mempunyai kemudahan fizikal dan insrfastuktur yang kurang baik bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah saban tahun. Selain itu, surau kami juga asalnya bukanlah tapak surau yang sebenar memandangkan bencana banjir yang telah menimpa sekolah kami pada Disember 2014. Dengan keluasan surau iaitu 24 kaki persegi x 20 kaki persegi sahaja, serta kekurangan-kekurangan lain dari segi keperluan asas yang lain maka pihak sekolah dan pihak PIBG SK Perian bersetuju menaik taraf surau kami. Berdasarkan keadaan tersebut pihak sekolah dan Jawantankuasa PIBG SK Perian berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan sumbangan ikhlas yang dapat diberikan bagi menjayakan projek naik taraf Surau Al-Muttaqin ini. BIODATA SEKOLAH Nama Sekolah : SK PERIAN Kod Sekolah : CBA2014 Gred Sekolah : SEKOLAH KURANG MURID (SKM) Daerah : JERANTUT Status : SEKOLAH KERAJAAN Bil. Murid : 85 ORANG MURID (PERDANA) 25 ORANG MURID (PRASEKOLAH) JUMLAH MURID 110 ORANG Bil. Guru : 13 ORANG (3 LELAKI / 10 PEREMPUAN) Bil. Staf Sokongan : 4 ORANG (2 STAFF SOKONGAN / 1 PPM) Bilik Darjah sedia ada : 6 KELAS Sesi : 1 SESI (PAGI SAHAJA) Kawasan : LUAR BANDAR 2. OBJEKTIF PROJEK Pembinaan menaik taraf Insfrastruktur Surau Al-Muttaqin sebagai tempat ibadah untuk keperluan murid serta kakitangan SK Perian bagi memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa selaras tuntutan Islam.  3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS  Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan penambahan kekal kemudahan yang sedia ada seperti berkut: 3.1. Menambah dan membina tempat wuduk Perempuan berbumbung dan Tertutup RM 3,000 3.3   Memasang penutup longkang besi sepanjang 60 kaki RM 3,000 3.3 Menambah keperluan seperti karpet, almari telekung solat dan almari Al_quran RM3,000 3.4   Mengecat semula bangunan surau dan tandas surau  RM 1,000 3.5  Anjung Iman  yang mendamaikan jiwa murid dan guru RM5,000 3.6   Menukar cermin tingkap NACO kepada tingkap cermin “Sliding” dengan saiz 25 inci 3 hon x 45 inci RM1000  4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK  Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut: 4.1. Mampu menjamin keselamatan murid dan guru kerana penambahbaikan dapat meningkatkan keyakinan penggunaannya dengan lebih selesa. 4.2 Meningkatkan dan memenuhi keperluan ruang kelas tambahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran murid. 4.3 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada murid SK Perian supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas. 5. JUSTIFIKASI PROJEK  Rasional penambahbaikan kemudahan insfrakstruktur Surau Al-Muttaqin ini adalah untuk : 5.1 Membuktikan bahawa semua pihak prihatin dan serius terhadap keperluan pendidikan murid sekolah. 5.2 Keperluan sekolah untuk menjalankan kelas pembelajaran bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah pada masa akan datang. 5.3 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan murid. Di samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program agama. 5.4 Persiapan awal bagi menyertai pertandingan Imarah Surau yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.  6. CADANGAN PEMBINAAN NAIK TARAF SURAU AL-MUTTAQIN 6.1 Perkara 1 : Menambah dan membina tempat wuduk Perempuan berbumbung dan bertutup - Tempat wuduk perempuan yang sedia ada hanya mempunyai 2 paip yang tak dapat menampung bilangan murid seramai 110 orang. Perkara 2 : Tempat Wudhuk perempuan juga tidak berbumbung dan tidak bertutup - Menambah bumbung dan dinding yang bertutup untuk menjaga aurat pelajar perempuan 6.2 Perkara 3 : Memasang penutup longkang besi sepanjang 60 kaki - Penutup longkang di hadapan Surau ke tempat wuduk Perempuan 6.3 Perkara 4 :Menambah keperluan di dalam Surau seperti karpet, almari telekung solat dan almari Al-Quran 6.4 Perkara 5 : Menceriakan bangunan Surau, tandas Surau dengan mengecat semula di dalam dan di luar Surau. Keluasan Surau Al-Muttaqin adalah 24 kaki x 20 kaki persegi. 6.5 Perkara 6 : Anjung Iman  bagi memberi keselesaan kepada murid semasa mengambil wudhuk dan sebagai anjung ilmu kepada murid - Pemasangan bumbung berawning dari bumbung kaki lima surau dengan keluasan 30 kaki x 7 kaki persegi - Lantai bersimen dengan keluasan 30 kaki x 7 kaki persegi -Bangku Panjang dengan 20 kaki panjang x 1 kaki lebar - Pagar Mini dengan panjang 37 kaki 6.6 Perkara 7: Menukar cermin biasa kepada cermin tingkap “Sliding”  - cermin tingkap “Sliding” saiz 25 inci 3 hon x 45 inci  7. ANGGARAN KOS   Bil. Perkara Unit Harga Seunit (RM) Jumlah (RM) 1 Membina Tempat Wuduk 4 paip dan berbumbung = 15 ft x 5ft l/s 3,000.00 3,000.00 2 Penutup Longkang Besi = 60 ft l/s 50.00 3,000.00 3 Cat = 24 ft x20 ft l/s 40.00 1,000.00 4 Karpet, Almari Telekung Solat dan Almari al-Quran l/s 4,000.00 3,000.00 5 Anjung Iman l/s 5,000.00 5,000.00 6 Cermin tingkap 25inci 3 hon x 45 inci 20 50.00 1,000.00 JUMLAH 16,000.00
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x