Kertas Kerja Minggu Ict

Pages 4
Views 3
of 4
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
    KERTAS KERJA MINGGU ICT 2019 DISEDIAKAN OLEH: T.MOGANAVALLI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG TEMERLOH 34800, TRONG  KERTAS KERJA MINGGU ICT 1.0   NAMA PROGRAM Minggu ICT 2019, SJK (T) Ladang Temerloh 2.0   ANJURAN Panitia RBT dan TMK SJK (T) Ladang Temerloh 3.0   PENGENALAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pelbagai jenis peralatan teknologi dan sumber yang digunakan untuk mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul, dan mengurus maklumat dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer, Internet, teknologi penyiaran dan transmisi. ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam  pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta  pembelajaran sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam PdP membolehkan aktiviti PdP dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber  pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses  pendidikan berasaskan kadar kebolehan murid. Justeri, SJK (T) Ladang Temerloh ingin mengadakan Minggu ICT untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang  pentingnya ICT dalam dunia pendidikan di sekolah. 4.0   OBJEKTIF i.   Membudayakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah. ii.   Berkongsi idea dan kemahiran dalam menggunakan teknologi untuk memperkasakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). iii.   Memperoleh pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif untuk membantu murid dalam pembelajaran dan kehidupan harian. 5.0   SUMBER   1.   Tenaga  –   Guru-guru ICT dan guru-guru lain 2.   Kewangan - Sekolah 6.0   SASARAN Murid-murid SJK (T) Ladang Temerloh  7.0 AHLI JAWATANKUASA MINGGU ICT TAHUN 2019 Pengerusi : Pn. I.Santhanamary A/P Isaac (Guru Besar) Naib Pengerusi  : En. Kathiresan A/L Munusamy (GKP) Setiausaha  : Cik. Moganavalli A/P Tan Keng Yu (Guru ICT) Ahli Jawatankuasa  : 1. En. Elaiyaraja A/L Moorthy 2.   Cik. Atchmmahdevi A/P Moorthy 3.   Pn. Kala Devi A/P Arumugam 4.   Pn. Thilagawathi A/P Veloo 7.0   TARIKH PELAKSANAAN AKTIVITI 05 Ogos hingga 09 Ogos 2019 (5 hari) 8.0   TEMPAT Bilik ICT dan Pusat Sumber Valluvar 9.0   AKTIVITI Tarikh / Hari Masa Aktiviti 05.08.2019 (Isnin) 12.45  –   1.15 t/hari Kuiz ICT (Kahoot) 06.08.2019 (Selasa) 12.45  –   1.15 t/hari Paint 07.08.2019 (Rabu) 12.45  –   1.15 t/hari Pembinaan Slaid 08.08.2019 (Khamis) 12.45  –   1.15 t/hari Menaip Pantas dan Cantik 09.08.2019 (Jumaat) 11.45  –   12.15 t/hari Wordsearch Puzzle 10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA ANGGARAN WANG JUMLAH 1 Hadiah RM 2.00 X 14 RM 28.00 RM 28.00  11.0 PENUTUP Adalah diharapkan semoga program Minggu ICT ini dapat berjalan dengan lancar. Disediakan Oleh, Disahkan Oleh, ……………………………………………   .…………………………………..…  (MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU) (I.SANTHANAMARY A/P ISAAC) Setiausaha Minggu ICT Guru Besar SJK (T) Ladang Temerloh SJK (T) Ladang Temerloh
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks