Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Ke Top

Pages 6
Views 6
of 6
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
kertas kerja lawatan
Transcript
  KERTAS KERJA LAWATAN LUAR BILIK DARJAH KE TOP,KOMTAR PULAU PINANG. PADA: 20 NOVEMBER 2018 SELASA ANJURAN: PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA, NIBONG TEBAL.  1.0 PENGENALAN Lawatan Luar Bilik Darjah merupakan pengalaman pendidikan yang berlaku di luar bilik darjah dan dapat member pengetahuan yang diperlukan oleh murid dalam situasi harian mereka. Pembelajaran melalui pengalaman merupakan kaedah yang sangat berkesan dalam member pemahaman tentang sesuatu perkara kepada pelajar.Sehubungan itu, aspek pemantapan fizikal, mental, dan mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dapat membantu perkembangan individu murid. Lawatan Luar Bilik Darjah member peluang kepada murid mempraktikkan segala kemahiran luar yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat member ruang yang lebih kepada murid-murid menimba seberapa banyak pengalaman. Lawatan ini merupakan satu program yang menarik minat murid dan amat berguna untuk mengembangkan minda di samping menjadi asas untuk membina keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi. Lawatan ini bertujuan memupuk semangat patriotik di kalangan para peserta. Lawatan yang dijalankan ini dapat melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran di samping dapat member pendedahan kepada murid tentang tempat-tempat menarik di dalam negara. Lawatan ini juga dapat mewujudkan sikap murni seperti tolong-menolong, berketerampilan, menyayangi dan mensyukuri ciptaan Allah, bertanggungjawab dan dapat menambahkan ilmu dan pengalaman. 2.0 OBJEKTIF Melalui Lawatan Luar Bilik Darjah murid-murid Pendidikan Khas ke Pulau Pinang murid-murid dapat: a. Memupuk minat dan membantu meningkatkan kefahaman murid dalam matapelajaran Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku, Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik. b. Memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan pengangkutan awam di samping melatih mereka memahami serta mematuhi peraturan dan arahan di tempat awam serta menghargai kemudahan yang disediakan. c. Menambah ketahanan diri murid-murid untuk menghadapi sebuah perjalanan yang  jauh.  d. Melahirkan keyakinan diri murid-murid untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. e. Menjana idea kreatif dan sikap positif dalam kalangan murid. 3.0 BUTIRAN LAWATAN Tarikh : 20 November 2018 Hari : Selasa Bilangan penyertaan : Murid Pendidikan Khas 28 orang : Guru dan Pembantu Pengurusan Murid 6 orang Jumlah : 41 orang (Rujuk Lampiran untuk senarai nama guru dan pembantu pengurusan murid dan murid-murid yang dicadangkan). 4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1. Pengangkutan 480.00 2. Makan dan minum Murid 35 x RM 11.00 385.00 3. Tiket TOP Komtar Murid 35 x RM 48.00 1680 JUMLAH   2545.00    5.0 SUMBER KEWANGAN Sumbangan : LPBT = RM SUWA (Wang Saku) = RM Jumlah RM 6.0 TENTATIF PROGRAM TARIKH WAKTU AKTIVITI 20 November 2018 (Selasa) 8.00 pagi Berkumpul di SK Seri Sentosa 9.00pagi Tiba di Taman Belia Sarapan pagi 10.00 pagi Bergerak ke TOP Komtar 6.00 petang Keluar dari TOP Komtar Bertolak Pulang ke SKSSn 7.00 petang Sampai di SKSSn 6.0 AHLI JAWATANKUASA JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI En. Zaikuan Bin Husain GPK PPKI Pn. Nor Shahida Binti Ahmad SETIAUSAHA Pn. Siti Hajar Bt. Mohd Zaki BENDAHARI Pn. Norashikin Bt. Md. Hussain
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks