Kajian Fungsi Kerajaan

Pages 11
Views 0
of 11
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN DI MALAYSIA: PEMAHAMAN PELAJAR PENTADBIRAN AWAM Pengenalan Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai  pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka. Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk bandar bagi bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga Majlis-majlis daerah. Kerajaan tempatan merupakan kerajaan yang menduduki peringkat ketiga dalam sistem kerajaan di Malaysia selepas kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Berpandukan kepada Akta Kerajaan Tempatan 171, kerajaan tempatan di Malaysia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai taksir yang merupakan sumber pendapatan utama. Selain itu, kerajaan tempatan juga boleh menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang kecil kepada  penduduk setempat di dalam kawasan pentadbiran. Undang-undang kecil yang dilaksanakan adalah sebagai jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang timbul dalam kalangan  penduduk setempat. Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir kerajaan tempatan kepada Kerajaan Negeri. Selain peruntukan perlembagaan, beberapa akta  parlimen telah digubal bagi mengawal operasi kerajaan tempatan di Malaysia seperti Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133). a)   Isu Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir kerajaan tempatan kepada kerajaan negeri. Bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan pula, hak eksklusif ini diberikan kepada kerajaan persekutuan. Namun begitu, pindaan perlembagaan pada tahun 1960 telah memperuntukkan penubuhan sebuah jawatankuasa perunding yang diberi nama Majlis  Negara bagi Kerajaan Tempatan. Keahlian di dalam majlis ini terdiri daripada seorang menteri   persekutuan selaku pengerusi, wakil kerajaan negeri dan juga wakil-wakil kerajaan Persekutuan. Walaupun berpenanan sebagai majlis perunding dalam menentukan undang-undang yang mentadbir kerajaan tempatan, pindaan 1960 itu juga memberikan kuasa pemutus kepada  pengerusi sekaligus memberi kerajaan persekutuan pengaruh yang besar terhadap kerajaan tempatan. Selain peruntukan perlembagaan, beberapa akta parlimen telah digubal bagi mengawal operasi kerajaan tempatan di Malaysia. Akta yang paling berpengaruh ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh. Pada masa yang sama, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) juga digubal bagi mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab utama sebagai perancang fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan. Selain itu, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133) pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan  perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan b)   Masalah Kajian Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan negeri melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (atau  Exco , kependekan bagi  Executive Counciller  ) yang memegang portfolio kerajaan tempatan. Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh kabinet negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala di Sarawak pula tugas-tugas menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam. Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung kepada status kerajaan tempatan itu. Bagi sebuah bandar raya, pegawai tertinggi itu digelar sebagai  Datuk bandar  . Bagi sebuah majlis perbandaran mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang Di- Pertua . Di Sabah dan Sarawak, ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelas  Presiden  atau  Pengerusi . Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat  kerajaan negeri. Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun, Pegawai daerah turut dipilih memegang jawatan ini. Perkara ini telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan orang awam terutamanya di kawasan yang baru dinaik taraf menjadi kawasan  perbandaran. Tidak semua  Pegawai daerah  menganggotai sesebuah kerajaan tempatan, sebaliknya beliau merupakan pegawai tertinggi yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh daerah itu dan beliau tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan sesebuah kerajaan tempatan. c)   Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah ingin melihat tahap pemahaman pelajar Diploma Pentadbiran Awam terhadap konsep pentadbiran kerajaan tempatan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji tahap  pemahaman pelajar Diploma Pentadbiran Awam terhadap perbezaan bidang kuasa kerajaan tempatan dan kerajaan negeri. Dua objektif utama yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah: a) Tahap pemahaman pelajar mengenai kerajaan tempatan sangat rendah kerana masih terdapat  pelajar yang tidak dapat membezakan bidang kuasa kerajaan negeri dengan kerajaan tempatan.  b) Terdapat banyak istilah yang pelajar harus ketahui dan fahami dalam sesi pengajaran bagi kursus kerajaan tempatan. d)   Skop Kajian Skop kajian merangkumi sistem pentadbiran di Malaysia yang dianggap unik kerana  pembahagian bidang kuasa kepada tiga peringkat yang berbeza, iaitu Kerajaan Pusat (Federal Government), Kerajaan Negeri (State Government) dan Kerajaan Tempatan (Local Government) yang mana setiap peringkat mempunyai sempadan bidang kuasa yang berbeza. Antara ketiga-tiga sistem pentadbiran ini, Kerajaan Tempatan merupakan badan pentadbiran yang paling bawah tetapi penting di peringkat tempatan kerana menyediakan perkhidmatan yang paling dekat untuk keperluan rakyat setempat. Malah kerajaan tempatan ini merupakan medium atau perantara di  antara kerajaan negeri dan rakyat yang mana peranannya adalah menyediakan perkhidmatan serta memastikan setiap polisi terlaksana secara adil untuk semua peringkat masyarakat. Oleh itu, dalam melaksanakan perkhidmatan yang diperlukan, kerajaan tempatan di Malaysia mempunyai satu sumber kuasa yang utama, iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai panduan utama dan rasmi bagi memastikan setiap tidakan kerajaan tempatan tidak melebihi had yang telah termaktub di dalam akta ini. Setiap kerajaan tempatan di Malaysia yang mengguna pakai Akta 171 ini lebih dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana peranan dan tugas-tugas asas PBT di Malaysia telah digariskan di dalam akta ini. Kajian ini dibuat bagi melihat tahap pemahaman pelajar terhadap bidang kuasa yang dimiliki PBT serta  perlaksanaannya di Malaysia. e)   Ulasan Karya “Kerajaan tempatan dalam konteks Semenanjung Malaysia bermaksud kerajaan di kawasan - kawasan bandar, luar bandar atau gabungan kedua-dua kawasan ini dan di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing. Kerajaan tempatan mempunyai kedudukan yang sah dan berdaulat daripada kerajaan tertinggi itu. Kerajaan tempatan ialah peringkat ketiga dalam  struktur Persekutuan Malaysia.”  Definisi Kerajaan Tempatan oleh Malcolm W. Norris (1980) di dalam Phang (1989). Kerajaan tempatan boleh didefinisikan sebagai subdivisyen politik dalam sesebuah negara (dalam sistem kerajaan persekutuan) atau negeri. Bidang kuasanya pula adalah seperti yang telah termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan dan dijelaskan secara terperinci  berdasarkan kuasa dalam pentadbiran, kewangan dan juga fungsi kerajaan tempatan. Berdasarkan akta ini, kerajaan tempatan mempunyai kuasa tersendiri terhadap hal-ehwal tempatan, termasuk kuasa mengutip hasil cukai (cukai taksiran) dan hasil bukan cukai (saman, kupon parking dan lain- lain). Badan yang mentadbir pula merupakan satu entiti yang dilantik atau dipilih oleh peringkat kerajaan yang lebih tinggi (misalnya dilantik oleh kerajaan negeri  bagi setiap negeri atau dilantik oleh kerajaan persekutuan bagi setiap Wilayah Persekutuan (Athi  Nahappan 1968; Sady 1962, dalam Ahmad Atory Hussain 1991). Badan yang mentadbir adalah
Advertisements
Related Documents
View more...
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks