huraian inovasi.docx

Pages 2
Views 0
of 2
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2018 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Saya, Cikgu Azma Waznah Adnan dari SK Kampai menyertai Pertandingan Guru Inovatif 2018 bagi kategori Individu Rendah. Inovasi saya bertajuk ‘ Membantu Penguasaan Mendarab Nombor Tiga Digit Dengan Dua Digit Menggunakan Teknik ‘L dan T’ Bagi Murid Tahun 4 ’. Inovasi ini tercipta apabila saya mengajar topik darab untuk murid Tahun 4, murid seringkali lupa akan teknik asas darab tiga digit dengan dua digit dalam bentuk lazim biasa. Murid cenderung untuk meletakkan digit di nilai tempat yang salah. lalu inovasi ini dicipta untuk membantu murid yang lemah dalam pendaraban agar mereka terbiasa dan faham akan format bentuk lazim biasa dan membantu mereka menjawab pendaraban dengan betul. Kumpulan sasaran bagi inovasi ini ialah untuk murid Tahun 4, namun boleh juga digunapakai untuk murid tahun 5 dan tahun 6 juga. Proses penghasilan inovasi saya dibantu oleh guru-guru SK Kampai yang banyak membantu saya dalam menyertai pertandingan ini kerana ini ialah penyertaan pertama saya. Guru-guru yang pernah menyertai pertandingan ini banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan membantu dalam penghasilan inovasi ini. Masalah yang timbul semasa penghasilan inovasi ini ialah satu bahan tertakluk kepada satu murid sahaja. Jadi murid perlu berkongsi atau cuba untuk mencipta sendiri dengan bimbingan saya. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi ini sangat mudah didapati dan juga murah. Saya hanya menggunakan kertas warna, laminating film, dan mesin laminate dengan kos yang sangat murah .  Lampiran di bawah merupakan bentangan bagi L dan T.  Cara untuk menggunakan bahan inovasi ini ialah 1.   Murid mengisi nombor tiga digit di dalam kotak ‘L’ lalu meletakkan kotak ‘Tangga’ di bawah kotak ‘L’.  2.   Kemudian murid menjawab hasil darab dalam kotak ‘L’ ke dalam kotak ‘Tangga’ yang berwarna hijau. 3.   Setelah selesai, murid tindihkan kotak ‘T’ ke atas kotak ‘L’ dan menjawab hasil darab dalam kotak ‘T’ di kotak ‘Tangga’ berwarna merah  4.   Setelah selesai, mur id menambah hasil darab yang terdapat di kotak ‘Tangga’.  Lampiran di bawah menunjukkan rupa kotak-kotak tersebut apabila dicantumkan. Keberkesanan inovasi kepada PdPc saya memberansangkan apabila murid dapat menggunakan ‘L dan T’ dengan baik. Apabila saya tarik bahan inovasi tersebut, murid dapat menjawab soalan darab dengan sendiri. Saya dapat merasakan bahawa inovasi ini sanat berguna dan sesuai untuk digunakan oleh murid yang lemah dalam topik mendarab. Saya harap bahawa huraian ringkas saya mengenai inovasi ini dapat menerangkan tentang tajuk inovasi saya. Sekian, terima kasih.
Advertisements
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks