hi

Pages 10
Views 0
of 10
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  Cabaran dan Peranan Bahasa Kebangsaan dalam Pembinaan PeradabanMalaysia (sub-tema: 15) 1 Siti Nor Azhani Mohd Tohar (azhanitohar@gmail.com)Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan,Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra MalaysiaSelangor Adlina Ab Halim (adlina@putra.upm.edu.my)Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan,Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra MalaysiaSelangor  Abstrak  Keperluan mempunyai bahasa merupakan salah satu ciri asas dalam pembinaan sesebuah peradaban. Baginegara Malaysia yang mempunyai kepelbagaian bahasa daripada pelbagai etnik yang ada, keperluan untuk  berkongsi satu bahasa yang sama adalah penting kerana pembinaan sesebuah tamadun sukar untuk direalisasikan sekiranya wujud kepelbagaian elemen di dalamnya. Justeru, Perlembagaan Malaysia Perkara152 (1) telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu adalah sebagai bahasa Kebangsaan di Malaysia yang berperanan besar untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia multi etnik. Walau bagaimanapun, masih wujudcabaran-cabaran yang perlu ditempuh untuk memartabatkan bahasa Kebangsaan ini ke dalam hati seluruhrakyat Malaysia. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan peranan dan cabaran bahasaKebangsaan dalam menyatukan masyarakat multi etnik seterusnya penyatuan yang harmoni ini akan dapatmembina sebuah peradaban yang unik dan gemilang. Kata kunci:  Bahasa Melayu, bahasa Kebangsaan, peradaban, perpaduan, semangat kekitaan. Pengenalan Perlembagaan Malaysia Perkara 152(1) telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayuadalah bahasa Kebangsaan negara Malaysia yang perlu dipegang dan dihayati oleh setiapkaumnya yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai bahasa ibunda masing-masing selain daripada bahasa Melayu. Bahasa yang merupakan alat terpenting dalammedium komunikasi menjadi perkara asas untuk sebuah negara multietnik seperti Malaysiamewujudkan interaksi yang harmoni dalam kalangan seluruh kaum di Malaysia, seterusnyadapat membina perpaduan dalam membangunkan negara secara bersama yang dapatmemberi impak kepada peradaban Malaysia. 1  Kertas kerja telah dibentangkan di Fourth PPSPP Internaonal Conference 2013. 19 Mac 2013. UKM.  Walaupun, usaha untuk memartabatkan bahasa Kebangsaan sering berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya dasar dan polisi kerajaan terhadap usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Selain itu, cabaran globalisasi yang mengangkat bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia serta sikap memperkecilkan potensi bahasakebangsaan itu sendiri juga dilihat sebagai cabaran dalam memartabatkan bahasakebangsaan. Justeru, peranan dan cabaran ini perlu diketengahkan bagi menimbulkan kesedaran tentangkepentingan memartabatkan bahasa Kebangsaan bagi membina peradaban Malaysia secara bersama dan seimbang. Peranan Bahasa Kebangsaan Peranan bahasa kebangsaan dapat dilihat dari pelbagai perspektif antara sebagai pembentukan identiti kewarganegaraan dan perpaduan antara kaum multietnik. Bahasakebangsaan juga berperanan penting dalam bidang pendidikan sebagai bahasa pengantar ilmu dan mekanisma kemajuan negara. Justeru, bahagian ini akan mengupas setiap peranan bahasa kebangsaan seperti yang telah dinyatakan. Sebagai Identiti Kewarganegaraan Identifikasi sesebuah peradaban boleh berdasarkan bahasa atau rumpun bahasanya(Hashim Musa, 2005: 161). Ini kerana, bahasa merupakan salah satu ciri asas dalamsesebuah peradaban (Wan Hashim Wan Teh 1997: 88-9). Oleh yang demikian, atas dasar membina peradaban berlandaskan corak masyarakat multietnik yang mempunyai pelbagai bahasa maka Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu dikongsi bersama untuk mewujudkan jati diri dan identiti warganegaranya. Anggotadalam masyarakat dapat disatupadukan menerusi perkongsian identiti dan nilai, serta perasaan kebangsaan (Zahid Emby, 1997). Malahan, simbol yang paling banyak digunakanuntuk melambangkan kenegaraan adalah bahasa dan bahasa dilihat sebagai simbol utama bagi identiti sesebuah kumpulan (Crystal, 1987). Justeru, sebagai seorang warganegara, setiap individu perlu memartabatkan bahasaKebangsaan walaupun mereka mempunyai budaya tersendiri berasaskan identiti etnik masing-masing. Ini kerana, semua rakyat adalah terikat oleh sistem kenegaraan yangmenjadi wadah kepada kewarganegaraan atau kerakyatan mereka (Zainal Kling, 2010: 4).Pembentukan jati diri melalui bahasa merupakan elemen penting dalam pembinaantamadun Malaysia yang dapat terhasil daripada semangat mencintai negara dengan penonjolan identiti sebagai warganegara. Identiti ini dapat dijadikan kayu pengukur untuk melihat rasa kepunyaan seseorang individu terhadap negara yang didudukinya.  Sebagai Bahasa Perpaduan Bahasa merupakan elemen asas dalam mewujudkan interaksi dalam komuniti. Hakikatkehidupan dalam peradaban manusia, mereka perlu saling berinteraksi antara satu samalain bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Menurut Ibnu Khaldun (2009: 1-3) peradaban adalah perbicaraan mengenai organisasi sosial manusia yang mana manusiatidak boleh hidup secara bersendirian bagi memenuhi keperluan asas. Ini kerana, gabungandaripada sekumpulan manusia yang dapat saling bantu-membantu dan tolong-menolong bagi memenuhi keperluan asas sememangnya telah ditentukan Tuhan bahawa setiapkejadian yang diciptaNYA memiliki pelbagai kemampuan masing-masing yang salingmemerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, organisasi sosial adalah suatu keharusan bagimanusia yang mana tanpanya, kewujudan manusia tidak akan sempurna. Malik bin Nabi(dalam Ali Al-Quraisyiy, 1996: 91) turut menyatakan bahawa untuk menegakkan peradaban mesti mempunyai tiga unsur iaitu; i) individu, ii) pemikiran, dan iii) hal yang berbentuk kebendaan. Kemudian, beliau mengukuhkannya dengan unsur yang keempatiaitu keterlibatan dalam hubungan sosial yang lahir daripada ketiga-tiga unsur tadi. Oleh yang demikian, untuk mewujudkan hubungan sosial sesama manusia, keperluaninteraksi adalah penting dan bahasa yang saling difahami amat perlu bagi mewujudkan danmelancarkan proses ini. Maka, inilah peranan bahasa Kebangsaan yang telah dimaktubkandalam Perlembagaan Malaysia bagi memudahkan proses penyatuan masyarakat multietnik di Malaysia. Bahkan penetapan satu bahasa yang dapat difahami oleh semua rakyatMalaysia multietnik yang terdiri daripada pelbagai bahasa ibunda adalah amat perlu. IbnuKhaldun sendiri ada menyatakan bahawa sesebuah kerajaan jarang sekali dapat ditegakkandi tempat yang didiami oleh banyak suku dan kumpulan kerana ia akan melibatkan pelbagai perbezaan dari segi pandangan dan keinginan (Ibnu Khaldun, 2009: 155).Mengikut pandangan Ibnu Khaldun (2009), satu elemen daripada pelbagai elemen puak- puak yang bercampur ini seharusnya lebih menonjol daripada yang lain demi untuk menyatupadukan mereka dan mengikat mereka ke dalam elemen yang satu yang manasemua kumpulan yang pelbagai itu akan berada di bawah naungan elemen yang lebih berpengaruh. Ini kerana menurut beliau elemen-elemen apabila disatukan mengikut nisbahyang sama, ia tidak akan terjadi percampuran. Satu elemen harus lebih menonjol daripadayang lain-lainnya dan apabila ia melaksanakan kekuasaannya terhadap yang lain, berlakulah suatu percampuran (Ibid, 157-8). Kenyataan ini selari dengan senario yangdialami oleh negara Malaysia yang mana penetapan satu bahasa iaitu bahasa Melayusebagai bahasa Kebangsaan amat perlu bagi perpaduan antara semua kaum di Malaysia. Sebagai Bahasa Pengantar Ilmu  Bahasa kebangsaan berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu kerana penyampaian ilmudapat disampaikan dengan efisien apabila menggunakan bahasa yang digunakan dandifahami oleh pelajar sejak dari kecil lagi. Apabila bahasa yang sememangnya telahdifahami digunakan dalam usaha penyampaian ilmu maka penerimaan ilmu tersebut lebihmudah dan cepat. Pelajar tidak perlu mengambil masa lebih lama untuk mendalami ilmutersebut. Aktiviti pemindahan, penyampaian dan pembudayaan ilmu seharusnya mengikutnilai dan acuan sendiri iaitu antaranya dengan menggunakan bahasa kebangsaan merekasendiri (Hashim Musa, 2005: 165; Jeniri Amir: 2009, 15). Terdapat satu laporan di internetyang melaporkan tentang seorang pelajar Jepun yang mengatasi pelajar Amerika Syarikatdari segi penguasaan ilmu sains dan matematik kerana, antara beberapa sebabnya, ilmu itudiajarkan dalam bahasa Jepun, bahasa yang dimahiri oleh pelajar Jepun untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepatdalam bahasa mereka sendiri (Hassan Ahmad, 2009: 9). Ini membuktikan bahawa penyampaian dan penerimaan ilmu dengan menggunakan bahasa kebangsaan sendiriadalah lebih mudah dan berkesan seterusnya dapat menjana kekreatifan ilmu tersebutdalam konteks budayanya sendiri. Pelajar akan bersifat sejagat, berkerjaya secara sejagatsebagai warga dunia dalam wawasan, misi dan maklumat, tetapi menyedut kekuatan dari budaya aslinya dan secara resiprokal memperkaya pula budaya aslinya daripadakematangan sifat sejagatnya (Hashim Musa, 2005: 177).Perkara ini amat perlu ditekankan terutamanya di peringkat institusi pengajian tinggikerana masih belum ada garis panduan khusus yang mewajibkan sistem pengajaran dan pembelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi mengenai penggunaan bahasakebangsaan. Institusi pengajian tinggi awam sendiri dilihat masih belum sepenuhnyamemartabatkan bahasa kebangsaan dalam setiap program pengajian yang ditawarkanapatah lagi institusi pengajian tinggi swasta yang dikawal selia tanpa sepenuhnya pemantauan pihak kerajaan. Institusi pengajian tinggi terutamanya swasta (IPTS) lebihmemartabatkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Manakala Institusi PengajianTinggi Awam (IPTA) juga nampaknya cenderung ke arah mendaulatkan bahasa Inggerisapabila proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) diwajibkan menggunakan bahasaInggeris sepenuhnya (Ku Hasnita Ku Samsu, et. al., 2011: 170). Malahan, sesetengahkumpulan pendidik dan pelajar menganggap penguasaan bahasa Melayu standard (tinggi)tidak penting (Juriah Long, 2008: 6). Apabila bahasa kebangsaan dimartabatkan sebagai bahasa pengantar ilmu maka seluruhrakyat Malaysia sama ada golongan elit atau bukan elit dapat diberi peluang yang samauntuk mempelajari sesuatu bidang ilmu tanpa ada halangan yang sukar dari sudut penggunaan bahasa. Seterusnya ia memberi impak kepada pengagihan ekonomi yang samarata kerana keseluruhan modal-modal insan yang ada dapat digembleng untuk memajukannegara secara menyeluruh. Sebagai Mekanisma Kemajuan
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks