Gerko 2013b

Pages 11
Views 0
of 11
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  Gerko 2013b 1.0 PENGENALAN Menurut Akta Pendidikan 1995 ,kokurikulum merupakan kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Tujuannya ialah untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah.Sejauh manakah kokurikulum di sekolah rendah dapat dilaksanakan dengan lancar? Sehubungan dengan ini,penglibatan pihak pentadbir,para guru dan murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah perlu dipertimbangkan. Memang tidak dapat dinafikan,aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan sebahagian daripada aktiviti kurikulum.Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada para pelajar memperkembangkan potensi mereka seperti bakat,minat,jasmani, sahsiah,rohani,dan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.Di samping itu,aktiviti -aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan dan mengayakan pembelajaran pelajar di dalam kelas.Pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar di kelas dapat dipraktikkan dalam aktiviti kokurikulum sama ada dalam latihan sukan,persatuan dan pasukan beruniform. Matlamat pendidikan kokurikulum ialah agar semua pelajar,warga guru serta anggota masyarakat boleh melibatkan diri secara maksimum dalam kokurikulum.Penglibatan yang maksimum dapat menanam,memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan ,sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.Di samping itu matlamat pendidikan kokurikulum ialah menyemai perasaan muhubbah,perpaduan,intergrasi nasional di kalangan generasi muda dan disiplin pelajar dapat dibaiki.Secara tidak langsung budaya sekolah dapat diwujudkan dalam suasana yang harmonis. Komponen gerak kerja kokurikulum di sekolah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu  pasukan beruniform,persatuan atau kelab,sukan dan permainan.Ketiga-tiga komponen tersebut memang penting dalam memperkembangkan potensi pelajar dari segi intelek,  jasmani,emosi,rohani dan sosial.Pelajar digalakkan supaya mengambil bahagian dalam ketiga-tiga komponen untuk memantapkan lagi pembelajaran mereka di sekolah.  Penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum akan mengelakkan pelajar melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti merokok,menghisap dadah dan gam.Tubuh badan akan sihat kerana apabila melakukan kerja dalam aktiviti,badan boleh berpeluh.Setelah  berpeluh,otak jadi cergas.Tubuh badan yang sihat dapat memudahkan setiap insan untuk mengulangkaji pelajaran. Terdapat banyak impak pendidikan kokurikulum kepada pelajar.Salah satu daripadanya ialah pelajar dapat melatih dirinya lebih tabah menghadapi cabaran hidup serta boleh  berdikari dalam menguruskan sebarang kerja.Pelajar dapat berinteraksi dengan rakan dan masyarakat untuk mewujudkan suasana yang ceria,harmoni,aman dan sejahtera.Setelah mengalami sendiri hakikat kepentingan perpaduan,pelajar akan menghargai perpaduan. 2.0 Latar belakang Persatuan Pengakap SJK(C) Shing Chung Persatuan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu persatuan yang ditubuhkan di SJK(C)Shing Chung yang berada di bawah pimpinan Penolong Kanan Kokurikulum Puan Leong Lean Oi.Persatuan Pengakap Kanak-kanak SJK(C) Shing Chung berada di bawah  pimpinan empat orang guru penasihat.Guru penasihat yang bertugas untuk murid-murid Tahun enam ialah Cikgu Fun Mee Fai.Cikgu Fun Mee Fai juga merupakan ketua guru  penasihat bagi Persatuan Pengakap Kanak-kanak SJK(C) Shing Chung.Guru penasihat bagi murid-murid Tahun lima ialah Cikgu Teh Woan Yee.Cikgu Ang Wen Gyn ialah guru  penasihat bagi murid-murid Tahun empat dan Cikgu Tan Hui Ni ialah guru penasihat bagi murid-murid Tahun tiga.Berikut ialah carta organisasi bagi Persatuan Pengakap Kanak-kanak SJK(C)Shing Chung.   Persatuan Pengakap Kanak-kanak SJK (C) Shing Chung Jumlah murid yang mengambil bahagian dalam Persatuan Pengakap Kanak-kanak adalah sebanyak 164 orang murid.Di antaranya,murid-murid lelaki adalah sebanyak 125 orang murid manakala murid perempuan adalah sebanyak 39 orang sahaja.Berdasarkan sejarah Persatuan Pengakap Kanak-kanak SJK(C) Shing Chung,murid-murid lelaki lebih suka mengambil  bahagian dalam persatuan ini manakala murid-murid perempuan lebih suka mengambil  bahagian dalam Persatuan Bulan Sabit Merah.Murid-murid Tahun enam,Tahun lima dan Tahun 3 yang menjadi anggota Persatuan Pengakap Kanak-kanak ialah sebanyak 42 orang murid masing-masing.Murid-murid Tahun 4 yang menjadi anggota Persatuan Pengakap Kanak-kanak adalah sebanyak 38 orang murid.Jadual di bawah menunjukkan bilangan murid yang menjadi anggota Persatuan Pengakap Kanak-kanak di SJK(C)Shing Chung. Pengerusi Encik Teng Fook Kheong Penolong Kanan Kokurikulum Puan Leong Lean Oi Ketua Guru Penasihat Persatuan Pengakap Kanak-kanak Guru penasihat murid-murid Tahun Enam Puan Fun Mee Fai Guru penasihat murid-murid Tahun Lima Puan The Woan Yee Guru penasihat murid-murid Tahun Tiga Cik Tan Hui Ni Guru penasihat murid-murid Tahun Empat Cik Ang Wen Gyn   Bilangan murid yang menjadi anggota Persatuan Pengakap Kanak-kanak. Tahun Murid Lelaki Murid Perempuan Jumlah Murid Tiga 32 10 42 Empat 30 8 38 Lima 30 12 42 Enam 33 9 42 Jumlah besar 164 Pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap Kanak-kanak 2013 telah dijalankan  pada 23 Januari 2013.Ahli-ahli jawatankuasa yang baru adalah seperti berikut. Jawatankuasa Persatuan Pengakap Kanak-kanak 2013 Jawatankuasa Nama murid Kelas Ketua Persatuan Lau Hou Yeen 6B Penolong Ketua Persatuan Yong Chuan Kit 5K Setiausaha Ho Kai Lin 5H Bendahari Phang Ann Yee 5B Ahli Jawatankuasa 1. Loh Kin Cen 5B 2.Chang Man Hong 5K 3.Wong Wey Pin 6K 4.Mak Kah Henn 6H 5.Foo Chun Onn 4H 6.Ting Ming Xuan 3B 3.0 Tujuan Persatuan Pengakap Kanak-kanak SJK(C)Shing Chung Tujuan Persatuan Pengakap Kanak-kanak SJK(C)Shing Chung didirikan adalah untuk melahirkan ahli-ahli yang dilengkapi dengan ilmu berpengakap mengikut skema baru Pengakap kanak-kanak Malaysia.Semua ahli Persatuan Pengakap diharapkan dapat mempelajari ilmu tentang pengakap dan kemudian diharapkan mereka dapat menyumbangkan jasa kepada sekolah dan masyarakat.Di samping itu, aktiviti yang dilaksanakan boleh melatih seseorang murid agar berdisiplin dan menonjolkan bakat kepimpinan mereka.Murid-murid yang mengambil bahagian dalam pergerakan tersebut
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks