F2-SEJARAH-NOTA-SOALAN-TAHUN-LEPAS-BAB-4.pdf

Pages 12
Views 0
of 12
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
    WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 1 TINGKATAN 2 BAB 4 KEMAKMURAN EKONOMI SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN BROOKE 1. a. Sarawak (asalnya dibawah jajahan Brunei) -   Pada kurun ke 18, Sultan Brunei   melantik    Dato Patinggi Ali  (pembesar Melayu) dan pembesar Dayak memerintah Sarawak bagi pihak Kesultanan Brunei.  b.  Sultan Omar Ali Saifuddin (Sultan Brunei)  2. 3.  b.  Kedatangan Pengeran Mahkota i.   membina bandar Kuching.   ii.   merupakan campur tangan Brunei ke atas Sarawak.   iii.   tidak disukai kerana   menyebabkan  pembesar Dato Patinggi Ali kehilangan pengaruh . ( kedudukan  pembesar tempatan tergugat / diketepikan ) iv.   menyebabkan pemberontakan kerana mengenakan cukai yang tinggi   a. 1836 Dato Patinggi Ali  (orang Melayu) dan orang-orang Bidayuh memberontak kerana pemerintahan Pengeran Mahkota yang kejam . i.   mengenakan cukai yang tinggi . ii.   melaksanakan kerahan   tenaga (amalan buruh paksa / bekerja tanpa upah). iii.   Menjalankan perdagangan   paksa (dipaksa membeli barangan dengan harga yang tinggi). iv.   Pembesar tempatan kehilagan  pengaruh / diketepikan.  b. Pemberontakan ini memberi peluang kepada James Brooke  untuk menguasai Sarawak, James Brooke dilantik menjadi Gabenor Sarawak (  Bagai orang  mengantuk disorongkan bantal  ). 2. 4. a. Pada kurun 19, Sultan Brunei menghantar putera  Pengeran Mahkota  (pembesar Brunei) ke Sarawak untuk    i.   mengukuhkan kekuasaan  Brunei ke atas Sarawak ii.   memonopolikan / menguasai kekayaan   ekonomi Sarawak (antimoni dan emas) Akibat kegagalan Pengeran Mahkota menyekat pemberontakan, Sultan Brunei menghantar Pengeran Muda Hashim  (adik Sultan) untuk mengatasi pemberontakan tetapi gagal. a.   1840 Pengeran Muda Hashim  meminta bantuan tentera  James Brooke dengan ganjaran / tawaran  jawatan akan melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak jika  berjaya atasi pemberontakan.  b.   1841  James Brooke berjaya mengatasi pemberontakan lalu dilantik menjadi Gabenor Sarawak  (Perjanjian Brooke dengan Pangeran Muda Hashim selepas Brooke membedil bandar Kuching). (Bermulalah campur tangan British dalam ekonomi Sarawak). c.   1842, Brooke datang ke Brunei dengan angkatan tentera British   lalu    WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 2 4. diiktiraf oleh Sultan Brunei sebagai Raja Sarawak kerana bimbangkan kekuatan angkatan tentera British (Perjanjian Brooke dengan Sultan Brunei. Brooke dikehendaki membayar $2500 setahun). d.   1846  Brooke mengalahkan Sultan Brunei dan memaksa Sultan Brunei melepaskan wilayah Sarawak. Diiktiraf sebagai Raja Sarawak yang merdeka. (Tamatlah penjajahan Brunei ke atas Sarawak .) 5. James Brooke  (Raja Putih Pertama) a.    bekas tentera SHTI yang telah bersara dengan sebuah kapal sendiri bernama “Royalist”.  b.   Untuk menguasai Sarawak beliau:- i.   mengatasi kekacauan / kebangkitan. ii.   membeli wilayah daripada Sultan Brunei. iii.   menyerang Brunei dan memaksa Sultan Brunei melepaskan wilayahnya. iv.   memusnahkan petempatan kaum Iban dan Melayu yang menentangnya. v.   mendapat bantuan tentera British. c. James Brooke  diganti oleh anak saudaranya, Charles Brooke.  6. Charles Brooke (Raja Putih ke-2)  a.   1888 membuat perjanjian dengan British  untuk mengukuhkan kedudukannya. i.   dibawah naungan British  ( dilindungi British jika diserang musuh). ii.   Keluarga Brooke boleh memerintah Sarawak dengan bebas . iii.   British mengawal segala hal ehwal luar Sarawak .  b.   Charles Brooke  diganti oleh anaknya, Vyner Brooke . 7.  Charles Vyner Brooke   (Raja Putih ke-3)  a.   Pada perayaan 100 tahun, keluarga Brooke memerintah, Charles Vyner Brooke memperkenalkan Pelembagaan Bertulis Pertama 1941 yang memberikan pemerintahan sendiri (kemerdekaan) kepada Sarawak .  b.   menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi  dan Majlis Negeri  dan  berpeluang ke arah kerajaan sendiri . Majlis Negeri  yang pada awalnya hanya menyuarakan pandangan tetapi sekarang boleh meluluskan undang-undang sendiri  dan menguruskan kewangan . Raja masih berkuasa membatalkan undang-undang. c.   Tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kedatangan / penjajahan Jepun . d.   1946  Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British kerana: i.   tidak yakin dengan kebolehan anak saudaranya, Anthony Brooke(pertikaian keluarga). ii.   hendak bersara kerana tua /uzur. iii.   tiada waris lelaki dan tiada wang untuk memulihkan ekonomi Sarawak.    WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 3 iv.Desakan British. v.   Menjaga kepentingan pelabur di Sarawak. 8. Perubahan Ekonomi  a. Hasil-hasil hutan  -   sarang burung, kayu balak, rotan, getah jelutung.  b. Tanaman tradisional ( diusahakan kerana harga tinggi dipasaran) -   lada hitam dan gambir ditanam oleh orang Cina. -   sagu atau rumbia oleh orang Melanau di Oya, Mukah dan Bintulu. c. Tanaman Baru -   getah, tembakau, balak. d. Pelombongan -   emas oleh orang Cina di Bau. -   1875 orang Cina memberontak kerana cukai tinggi dikenakan oleh Brooke. Brooke tutup lombong dan orang Cina lari ke Sambas. -   minyak di Miri  oleh The Anglo-Saxon Oil Company. [Usaha cari gali minyak berkembang apabila hasil antimoni (orang Bidayuh), emas (orang Cina), arang batu dan raksa  berkurangan] 9. Perubahan Sosial  a. Pendidikan: -   Sekolah Melayu  terdapat di bandar sahaja. Sekolah Melayu dibina untuk melatih orang Melayu Sarawak menjadi guru dan kakitangan rendah kerajaan. -   Sekolah Inggeris   pertama ialah St. Thomas dan dikendalikan oleh Mubaligh Kristian di Kuching. -   Sekolah Cina : buku, guru dan sukatan dari negara China .Didirikan oleh ahli peniaga dan masyarakat Cina.  b.   Perhubungan pos, telegraf, telefon dan pengangkutan, kesihatan terdapat di bandar  bahagian pertama sahaja dan tidak dinikmati oleh pribumi di luar bandar. c.   Sarawak Rangers  – pasukan polis mengawal keamanan Sarawak d.   Kemasukan imigran Cina menyebabkan masyarakat majmuk di Sarawak. e.   Brooke tidak membenarkan kemasukan pelabur barat  dan pembinaan ladang  secara  besar-besaran untuk mengelakkan kedudukannya terancam. f.   Akibatnya, ekonomi Sarawak hanya dimonopolikan oleh Syarikat Borneo  dan orang Cina . g.   Bangunan ala seni-bina barat  semasa pemerintahan Brooke ialah Bangunan Astana, Fort Magherita, Muzium dan Istana Negeri. h.   Jabatan-jabatn Polis, Kastam oleh Kehakiman ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran. i.   Brooke memperkenalkan dasar pecah dan perintah  (perpaduan sukar dicapai) untuk mengukuhkan kedudukan / memantapkan kuasa pemerintahannya.  i.   Setiap kaum terlibat dalam ekonomi dan petempatan yang berlainan. ii.   Pengasingan kaum (tiada perpaduan)    WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 4 iii.   Sekolah Dayak tidak digalakkan .(untuk mengekalkan cara hidup tradisional / mengelakkan kesedaran politik) Kaum Petempatan / Ekonomi berlainan (tiada perpaduan) Melayu Pentadbiran Cina Perdagangan / perlombongan / pertanian Iban Tentera India Saudagar kain Sikh Polis  j.   Sarawak dibahagi kepada beberapa bahagian dan daerah untuk memudahkan urusan  pentadbiran. k.   James Brooke telah memperkenalkan sistem pemerintahan beraja, mengekalkan pemeirntah traditional, untuk mendapat sokongan melantik pembesar tempatan dalam pentadbiran.
Advertisements
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks