Ekonomi Dan Pembangunan

Pages 15
Views 40
of 15
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Ekonomi Dan Pembangunan
Transcript
  GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM 1 PERANCANGAN AKADEMIK SEMESTER OKTOBER 2018 GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN   UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)  GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM 2 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KURSUS : Ekonomi dan Pembangunan KOD KURSUS : GMGF 2014 JAM KREDIT : 4 PRA SYARAT : GMGF 1013 Ekonomi dalam Pengurusan Awam SINOPSIS KURSUS Kursus ini mendedahkan pelajar tentang konsep dan teori-teori pembangunan. Selain itu, kursus ini juga membincangkan kepentingan pembangunan terhadap negara sedang membangun seperti Malaysia. Antara topik yang dibincangkan ialah corak dan ukuran pembangunan, teori-teori pembangunan ekonomi, pengagihan dan sumber manusia, tabungan, pelaburan dan aliran modal serta dasar-dasar pembangunan. Seterusnya, kedudukan ekonomi Malaysia akan dibincangkan dengan dikaitkan kepada dasar-dasar pembangunan yang digunakan. OBJEKTIF KURSUS Pelajar diharap dapat: 1.  mengetahui konsep dan kepentingan pembangunan. 2.  mengetahui teori-teori pembangunan ekonomi. 2.  memahami isu-isu penting pembangunan secara konseptual dan teoritikal. 2.  mengetahui peranan dasar-dasar strategik terhadap pembangunan ekonomi Malaysia. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat 1. menjelaskan konsep-konsep asas pembangunan termasuk negara maju dan membangun, pertumbuhan, pembangunan dan globalisasi. (C2) 1. membezakan bagaimana pertumbuhan dan pembangunan diukur. (C4, P1, A3) 1. menghuraikan beberapa teori pembangunan ekonomi. (A4, C5, P2) 1. menjelaskan kedudukan dan ukuran kemiskinan dan ketaksaksamaan agihan. (C2) 1. membincangkan kepentingan pendidikan dan kesihatan dalam membangunkan sumber manusia. (A2) 1. menerangkan kepentingan dan kegunaan tabungan, pelaburan dan sumber modal dalam pembangunan. (C2, P1, 13) 1. menghuraikan strategi-strategi pengeluaran dan perdagangan yang berbeza. (A4, C5, P2) 1. membincangkan isu-isu pembangunan ekonomi di Malaysia. (A2) KAEDAH PENGENDALIAN KURSUS  GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM 3 Kursus ini dijalankan secara pembelajaran kendiri. Bahan  kursus yang diberikan perlu dijadikan sebagai rujukan utama kepada kursus ini. Seterusnya, pelajar juga dinasihatkan untuk membuat rujukan tambahan untuk menambah pengetahuan mengenai konsep-konsep asas yang digunakan dalam dasar fiskal. Hal ini agak penting  jika pelajar masih kurang jelas mengenai konsep-konsep ekonomi yang digunakan secara langsung dalam kursus ini. Bagi membantu pelajar memahami kandungan kursus ini dengan lebih jelas, empat sesi perjumpaan antara pensyarah dan pelajar telah ditetapkan. Perjumpaan pada minggu kelima (terakhir) diadakan bagi pelajar menduduki peperiksaan akhir. Pertemuan pada empat sesi yang dijadualkan oleh pihak UPLK-UUM adalah bagi memudahkan perbincangan dan soal-jawab antara pelajar dan pensyarah secara langsung. Oleh yang demikian, pelajar diperlukan untuk membuat beberapa persediaan sebelum hadir ke setiap perjumpaan. Antaranya:    Membaca topik-topik yang ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.    Membuat rujukan tambahan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan dasar fiskal.    Bersedia melibatkan diri dalam perbincangan mengenai isu-isu pencukaian dan perbelanjaan kerajaan ketika sesi perbincangan. Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya. Bagaimanapun, jadual tersebut tertakluk kepada pindaan. Maka, pelajar diminta sentiasa berhubung dengan UPLK-UUM untuk mendapatkan maklumat terkini. PENILAIAN KURSUS Tugasan 50 markah Peperiksaan Pertengahan Semester 50 markah 60% 100 markah Peperiksaan akhir 40% Jumlah 100% TUGASAN Dua tugasan individu akan diberikan kepada para pelajar di mana tajuk yang dikemukakan perlu dijawab dengan analitikal. Tugasan ini membawa 50 markah. Muka hadapan (cover)  tugasan pelajar hendaklah disediakan mengikut format yang dilampirkan di mukasurat 8 dan 9. Tugasan hendaklah diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan yang ditetapkan. Penyerahan tugasan adalah seperti berikut: Tugasan Pertemuan ke-3  GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM 4 Kelewatan menyerahkan tugasan adalah tidak dibenarkan. Jika kelewatan berlaku, penalti dalam bentuk potongan markah akan dikenakan. Tiada tugasan yang dihantar selepas 30 Disember 2018 akan diberi markah. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima. Tarikh, masa dan tempat peperiksaan akan dimaklumkan kemudian. Kandungan peperiksaan adalah komprehensif yang meliputi semua silibus kursus yang terdapat di dalam kursus ini. RUJUKAN UTAMA: Bahan   GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN , Unit Pendidikan Luar Kampus, Sintok: Universiti Utara Malaysia. RUJUKAN TAMBAHAN: Chamsuri Siwar, Surtahman Kastin Hassan & Norshamliza Chamhuri (2006).  Ekonomi  Malaysia . (edisi ke-6). Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Chang, H. (2003). Globalisation, economic development and the role of the state. Penang: Third World Network. Leete, R. (2007).  Malaysia: From kampung to twin towers 50 years of economic and  social development  . Shah Alam: Oxford Fajar.  Nafziger, E.W. (2006).  Economic development   (4 th  ed.). New York: Cambridge University Press. Perkin, D., Radelet, S. & Lindauer, D. (2006).  Economics of development (6 th  ed.). New York: W.W.Norton. Todaro, M. & Smith, S. (2006).  Economic development (9 th  ed.). Harlow: Pearson Education Limited.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks