Edit TEKS EMCEE Majlis Khatam Quran SKN 2019

Pages 6
Views 0
of 6
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  TIME CUE ANN 10.00 KETIBAAN VIP & PERARAKAN MASUK GURU-GURU & MURID KHATAM AL-QURAN SK NENASI Mengumumkan ketibaan Yang berusaha Puan Ruslinah Binti Mohamed Kaseh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nenasi Yang dihormati Encik Yazid Bin Khirudin Guru Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Nenasi Puan Norhidawati Binti Ramli Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Nenasi Puan Nadiah binti Emran Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Nenasi Guru-guru dan murid-murid Khatam Al-Quran peringkat Sekolah Kebangsaan Nenasi 2019 untuk masuk ke dewan. (diringi selawat) 10.10 SALUTASI Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,  Bismillahirahmanirrahim Wasssala tuwassalamu ala asyarafil anbia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihi ajmain... Yang berusaha Puan Ruslinah Binti Mohamed Kaseh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nenasi Yang dihormati Encik Yazid Bin Khirudin Guru Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Nenasi Puan Norhidawati Binti Ramli Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Nenasi Puan Nadiah binti Emran Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Nenasi PERHATIAN. Minta kerjasama semua murid untuk memberi laluan majlis sambutan hari guru yang akan berlangsung sebentar lagi. Terima kasih. Para murid diingatkan berdiri ketika perarakan masuk ke Dewan Al-Ghazali SK Nenasi.  Ketua-ketua Panitia Barisan warga pendidik Sekolah Kebangsaan Nenasi yang budiman Serta Murid-murid yang dikasihi sekalian. 10.15 ALU-ALUAN MC Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Dewan Al-Ghazali pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan ”Majlis Khatam Al -Quran Peringkat Sekolah Tahun 2019 ”.   Dari Johor hendak ke Pekan, Singah di Lipis membeli haruan, Semanis senyuman kami hamparkan; Buat bingkisan salam pertemuan. Majlis berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini. Hadirin hadirat yang dimuliakan.. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid di dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi. 10.20 BACAAN DOA Besar langit di tepi busut, Besar tak muat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput; Besar niat di dalam hati. Hadirin yang dimuliakan, Majlis kita akan dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz  ______________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan. -selesai doa- Amin amin ya Rabbal ‘alamin. Semoga majlis kita dirahmati Allah. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz __________________________________ atas bacaan doa itu tadi  10.30 MAJLIS KHATAM Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Zul-Fiqar bin Mat Yunus bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran. Dengan segala hormatnya dipersilakan... ***************************** Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh 40 orang murid SK Nenasi sesi 2019. Tahniah diucapkan. 11.15 PENYAMPAIAN CENDERAHATI & SIJIL KHATAM AL-QURAN (GURU & MURID TADARRUS AL-QURAN) Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan sijil kepada guru-guru dan 40 orang murid yang telah khatam dengan mengikuti kumpulan tadarrus dari juzuk 1 sehingga juzuk 30 pada tahun ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Norhidawati binti Ramli, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Nenasi diiringi oleh, Puan Nadiah binti Emran, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Nenasi bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan... Dimulakan dengan ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. …selesai penyampian…  Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian cenderahati itu tadi. *************************************************************    PENYAMPAIAN SUMBANGAN MURID MISKIN DAN ANAK YATIM Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan khas bagi murid miskin dan anak yatim sesi 2019 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Ruslinah binti Mohamed Kaseh, Guru Besar SK Nenasi diiringi oleh, En Yazid bin Khirudin, Guru Penolong Kanan Kurikulum bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan... Dimulakan dengan ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. …selesai penyampian…  Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian sumbangan itu tadi. ************************************************************* 12.00 tgh BERSURAI Tuan-tuan dan puan-puan, Dengan berakhirnya penyampaian sumbangan itu tadi, maka tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis dengan ini mempersilakan Yang berusaha Puan Ruslinah Binti Mohamed Kaseh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nenasi Yang dihormati Encik Yazid Bin Khirudin Guru Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Nenasi Puan Norhidawati Binti Ramli
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks