dvvdscvv

Pages 4
Views 1
of 4
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  Apa Deria yang ANDA utamakan? Bagi setiap soalan mengenai perkara ini dan halaman seterusnya, terdapat tiga jawapan. Tanda [   ] pada jawapan yang paling hampir mewakili anda. Apabila anda telah selesai, jumlahkan bilangan jawapan dalam setiap lajur  –  penglihatan, pendengaran atau fizikal. Pengertian anda memilih yang paling mungkin pilihan atau dominan rasa pembelajaran anda  –  rasa yang anda biasanya yang paling selesa menggunakan untuk mengambil maklumat dan menyimpannya.Sampel Kajian Populasi pelajar tingkatan empat aliran sains di Bandar Penawar adalah dalam anggaran 300 orang mengikut kepada maklumat daripada pihak sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel mengikut populasi yang dinyatakan oleh Krejcie dan Morgan (1970), jumlah populasi seramai 290 hingga 300 orang adalah sesuai untuk bilangan sampel kajian di antara 165 hingga 169 orang. Oleh itu, pengkaji mengedarkan soal selidik kepada 200 orang pelajar tingkatan empat aliran sains di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Sampel kajian ini dipilih daripada para pelajar tingkatan empat aliran sains di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Dalam kajian ini juga, mengambil kira kepada pencapaian akademik Sains Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan proses penyelesaian masalah kimia. Sampel kajian ini meninjau kepada para pelajar yang tidak terlibat dengan kelas peperiksaan yang penting seperti Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Ini adalah untuk memudahkan urusan pengkaji dengan pelajar dan pihak sekolah. Jadual 1 : Bilangan Borang Soal Selidik Yang Diagihkan Dan Yang Diterima Kembali Oleh Pengkaji Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan dua instrumen kajian iaitu soal-selidik gaya pembelajaran Honey dan Mumford untuk mata pelajaran kimia tingkatan empat yang berbentuk tertutup, yang telah diubahsuai dan diterjemahkan. Pemilihan soal selidik tertutup adalah kerana ia senang untuk diisi, mengambil masa yang pendek dan dapat mengawal penumpuan responden kepada gaya pembelajaran mereka. (a) Bahagian A: Latar Belakang Responden (b) Bahagian B: Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford dalam mata pelajaran kimia Kaedah Mengumpul Data Sampel dalam kajian ini adalah golongan yang tidak terlibat dalam kelas peperiksaan. Oleh itu, proses kajian dilakukan dengan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dan juga pihak sekolah. Kaedah mengumpulkan data telah dilaksanakan dengan dimulakan dengan mendapat kerjasama dan kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan juga pihak sekolah yang terlibat Kajian ini dilakukan dengan pengagihan borang soal-selidik kepada responden secara langsung di tiga buah sekolah menengah di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi yang menjadi sampel kajian ini. Pengkaji meminta setiap responden menjawab borang soal selidik tersebut secara individu dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah itu borang soal selidik akan diambil semula supaya pengkaji dapat menganalisis data kajian. Tempat Kajian Lokasi dalam kajian ini dilakukan di negeri Johor Darul Takzim. Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menjalankan kajian di tiga buah sekolah di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah SMK Bandar Penawar, SMKA Bandar Penawar dan SM Sains Kota Tinggi. Kajian ini dilakukan kerana identiti sekolah yang berlainan, di mana terdapat sekolah harian biasa, sekolah agama asrama penuh dan sekolah sains asrama penuh. SKOP KAJIAN Penumpuan kajian pengkaji adalah terbatas pada pelajar-pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor yang mengambil mata pelajaran aliran sains sahaja dan pernah menduduki peperiksaan PMR. Pengkaji ingin mengkaji tentang amalan gaya pembelajaran dominan yang diamalkan oleh pelajar-pelajar tingkatan empat aliran sains di SM Sains Kota Tinggi, SMKA Bandar Penawar dan SMK Bandar Penawar. Pemilihan sekolah-sekolah di kawasan tersebut adalah kerana kawasan kajian adalah mudah dan sesuai untuk pengkaji menjalankan kajian. Pelajarpelajar tingkatan empat aliran sains dipilih sebagai sampel kajian ini, adalah kerana mereka tidak terlibat dengan peperiksaan yang besar seperti PMR atau SPM. Pengkaji juga menumpukan kajian pada gaya pembelajaran Honey dan Mumford iaitu Aktivis, Reflektor, Teoris dan Pragmatis. Dalam kajian ini  juga, pengkaji memfokuskan kajian pada mata pelajaran kimia tingkatan empat sahaja.  METODOLOGI Rekabentuk Kajian Kajian yang dijalankan merupakan satu bentuk kajian tinjauan. Pengkaji telah menjalankan satu tinjauan gaya pembelajaran Honey dan Mumford yang dominan dipraktikkan oleh setiap pelajar dalam mata pelajaran kimia. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh M. Najib Ghafar (1998), kajian tinjauan adalah menggunakan soalselidik dan mengumpulkan data dalam satu masa tertentu sahaja.KEPENTINGAN KAJIAN Pelajar : Memudahkan mereka merancang strategic pembelajaran bagi mata pelajaran yang mereka pelajari di sekolah dengan lebih berkesan, supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna dan menjadikan ilmu yang dipelajari oleh mereka akan kekal lama dalam ingatan mereka. Oleh itu, mereka dapat mengurangkan masalah lupaan dalam pembelajaran mereka. Sebagaimana yang dikatakan oleh Mok Soon Sang (2001) mengikut konteks psikologi, pembelajaran tidak akan berlaku sekiranya tiada wujudnya ingatan dan lupaan. Di mana dalam pembelajaran, ingatan dan lupaan adalah berhubungkait antara satu sama lain. Guru : Dapat mengetahui gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar mereka dan menyesuaikan teknik dan strategik pengajaran mereka mengikut kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar-pelajar mereka. Perancangan kepelbagaian strategik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat memberi kesan pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar mereka yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Ini adalah untuk mengelakkan para pelajar menjadi bosan untuk belajar disebabkan mereka tidak menyukai teknik pengajaran yang digunakan oleh guru mereka. Pentadbir Sistem Pendidikan : Mendapat manfaat yang berfaedah dan berguna. Kajian ini memberi mereka maklumat tentang kepelbagaian gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajarpelajar di beberapa sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini memberi mereka gambaran untuk membolehkan mereka menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Ini adalah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam keadaan yang bermakna dan dapat meningkatkan lagi semangat dan keseronokan pelajar untuk belajar.ABSTRACT : A descriptive study was carried to study the relationship between dominant learning styles and academic performances. The purpose of study was also to identify learning styles of the students in chemistry and to investigate their process of problem solving. The respondents of the study were 178 form four students. The 80 items of Learning Style Questionnaire (LSQ) by Honey and Mumford and 4 items of UTKMMK were used to identify the dominant learning styles of students and investigate the process of problem solving by students. Data were analyzed using SPSS 11.0 for Windows software. The result showed that majority of st udents’ learning styles was Activist. The results also showed there was no relationship between dominant learning styles and their academic performances. Generally, it was observed that the students were good in the process problem solving. There were also some suggestions teaching methods that suitable with students’ learning styles. Katakunci : Ujian Tahap Kognitif Menyelesaikan Masalah Kimia (UTKMMK), Learning Style Questionnaire (LSQ, Statistical Package for the Social Science (SPSS). PENGENALAN Pembelajaran yang dialami oleh setiap individu diperolehi dengan cara yang berbagai-bagai. Pemprosesan maklumat dua orang individu tentang sesuatu perkara yang sama, belum tentu diperolehi dengan cara yang sama. Ini adalah kerana seseorang itu mengalami kesan pembelajaran yang berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kajian dan soal selidik yang bersesuaian dijalankan untuk mengetahui gaya pembelajaran yang diamalkan seseorang. Sebagai contohnya, Dunn dan Dunn (1985) yang menggunakan inventori gaya pembelajaran mereka untuk meninjau dan mengenalpasti gaya pembelajaran remaja gred tiga hingga gred dua belas (bersamaan darjah tiga hingga tingkatan enam), berdasarkan kepada persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi pelajar-pelajar tersebut. Di Malaysia sudah terdapat kajian mengenai pelbagai model gaya pembelajaran. Kebanyakan kajian yang dilakukan adalah lebih kepada model gaya pembelajaran oleh Dunn dan Dunn (1985) yang membincangkan tentang rangsangan dan elemen-elemen gaya pembelajaran seperti persekitaran, emosi, sosiologi,  fizikal dan psikologi pelajar. Manakala kajian mengenai model gaya pembelajaran yang lain seperti Honey dan Mumford, Kolb, Felder dan Silverman serta lain-lain lagi, sangat kurang dilakukan secara meluas seperti kajian di Barat. Terdapat beberapa kajian lepas yang menghubung kaitkan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Dapatan kajian lepas yang menunjukkan terdapat hubungan antara keempat-empat jenis gaya pembelajaran Honey dan Mumford dengan pencapaian akademik adalah seperti kajian Ross et al (2001) dan Rathia A/P Selvarajoo (2004) yang memperoleh terdapat hubungan antara dua daripada empat jenis gaya pembelajaran tersebut dengan pencapaian akademik. Selain itu terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa gaya pembelajaran Honey dan Mumford tidak terdapat hubungan signifikan dengan pencapaian akademik seperti hasil daripada kajian Noraizah (2004) dan van Zwanaberg et al. (2000) Selain itu, kajian tentang gaya pembelajaran dengan proses penyelesaian masalah perlu diperluaskan lagi di Malaysia untuk mengetahui cara pembelajaran dan pemprosesan maklumat yang diamalkan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah supaya dapat mengesan kelemahan-kelemahan mereka dalam proses penyelesaian masalah. Apabila dapat mengesan kekuatan dan kelemahan proses penyelesaian masalah mereka, tenaga pengajar dapat merancang beberapa kaedah pengajaran yang bersesuaian dan inovatif supaya dapat mengukuhkan lagi proses tersebut menjadi lebih efektif berdasarkan kepelbagaian gaya pembelajaran pelajarpelajar mereka. PERNYATAAN MASALAH Di Malaysia kajian tentang gaya pembelajaran oleh Honey dan Mumford (1992) belum begitu banyak lagi dilakukan di peringkat sekolah menengah. Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan oleh pengkaji untuk menyelidik amalan gaya pembelajaran Honey dan Mumford yang menjadi keutamaan dalam diri pelajarpelajar. Setiap pelajar ada pelbagai amalan gaya pembelajaran mereka yang tersendiri untuk memperolehi maklumat yang mereka pelajari. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Riding dan Rayners (1998) mengenai gaya pembelajaran seseorang adalah merujuk kepada kecenderungannya memilih untuk menyusun dan mengingati maklumat. Oleh itu kajian dijalankan untuk mengkaji gaya pembelajaran Honey dan Mumford yang utama dipraktikkan oleh setiap pelajar tingkatan empat dalam matapelajaran kimia di tiga buah sekolah di kawasan Kota Tinggi. Selain itu, kajian juga dijalankan untuk mengkaji hubungannya dengan pencapaian akademik dan untuk mengkaji juga proses penyelesaian masalah bagi setiap jenis gaya pembelajaran dominan pelajar. OBJEKTIF KAJIAN a. Melihat taburan gaya pembelajaran dominan yang diamalkan oleh pelajarpelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran kimia. b. Melihat taburan gaya pembelajaran dominan pelajar berdasarkan pencapaian akademik. c. Melihat hubungan gaya pembelajaran dominan dengan pencapaian akademik. d. Melihat proses penyelesaian masalah bagi setiap jenis gayHUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK Mohammad Yusof bin Hj Arshad & Nor Hafidatulhusna binti Miskam Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. ABSTRAK : Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran dominan dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga bertujuan mengkaji taburan gaya pembelajaran dominan pelajar-pelajar aliran sains dalam mata pelajaran kimia dan untuk mengkaji bagaimana setiap gaya pembelajaran dominan menyelesaikan masalah. Seramai 178 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari di tiga buah sekolah di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor dilibatkan dalam kajian ini. Dua set soal selidik iaitu soal selidik gaya pembelajaran Honey dan Mumford yang mengandungi 80 item dan Ujian Tahap Kognitif Menyelesaikan Masalah Kimia (UTKMMK) yang mengandungi 4 soalan telah diedarkan kepada responden. Segala data atau butiran dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 11.0. Hasil daripada kajian mendapati majoriti pelajar adalah dari gaya pembelajaran Aktivis. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dominan dengan pencapaian akademik. Hasil daripada kajian juga mendapati kebanyakan golongan setiap jenis gaya pembelajaran dominan mempunyai proses yang baik dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, beberapa cadangan kaedah pengajaran dikemukakan mengikut kesesuaian gaya pembelajaran  pelajar. ABSTRACT : A descriptive study was carried to study the relationship between dominant learning styles and academic performances. The purpose of study was also to identify lear 玉体横陈明年春天也没买好一点 gergrehrehbgfbtgrfnmnrmwgsacsacsacacsacacascasasDdvs vdw wvewrgger 本地的第五人格个人各而为各位各位各位 1 规范化股份南方姑娘股份没工夫的 Vbvbttbtrbt5tbRvcrvrv4tbynyjmiRfvrtbt5bgbgfYukmuku6kr6kukruyjmkuregergqevefbbttttRhrwwhgrwgwrgwg43y3y3y43 是错误的是错误的如 vr3vr3vr3v3v 辅导费备份包贝尔笨笨笨 dvadavvavdadvavdavdavdavdavdveefefefeeqeqeqr 丰富而各分部 VR 分布图如火如荼核桃仁和投入请问发放册为的唯唯否否王菲王菲王菲王菲 11 且对本报日本而宝宝而不去虚词持续高热热狗 Tntrntntj64iyk91t4 电饭煲等北方大部分的热液忍野忍也让爷爷 Trjtrjrjytjti771fbf 如果热火热还挺好听浩特浩特和他和好 sadsacweffcewgvewvgereveqab
Advertisements
Related Documents
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks