Dasar Moneteri Dengan Kadar Bunga Dan Kesannya Kepada Harga: Bukti Empirik Daripada Malaysia

Pages 15
Views 4
of 15
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Dasar Moneteri Dengan Kadar Bunga Dan Kesannya Kepada Harga: Bukti Empirik Daripada Malaysia MARLINA WIDIYANTI 1,2), MANSOR JUSOH 1), MD ZYADI MD TAHIR 1), ABDUL GHAFAR ISMAIL 1) 1) Programme Management,
Transcript
Dasar Moneteri Dengan Kadar Bunga Dan Kesannya Kepada Harga: Bukti Empirik Daripada Malaysia MARLINA WIDIYANTI 1,2), MANSOR JUSOH 1), MD ZYADI MD TAHIR 1), ABDUL GHAFAR ISMAIL 1) 1) Programme Management, Faculty of Economics and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, DE. 2) Financial Management Programme, Faculty of Economics, Universitas Sriwijaya Jln. Prabumulih KM.32 Indralaya, Ogan Ilir, Sumatera Selatan, Indonesia ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan dasar moneteri dengan pembolehubah kadar bunga dan kadar pertukaran terhadap perubahan harga (inflasi) di negara Malaysia. Data yang digunakan iaitu data time series bagi tempoh Fokus kajian ialah, mengkaji hubungan dasar fiskal dengan pembolehubah kadar bunga dan kadar pertukaran terhadap inflasi dalam jangka pendek dan jangka panjang.. Kajian empirik ini menggunakan kaedah kointegrasi Bounds Test dengan pendekatan model ARDL. Keputusan empirik menunjukkan bahawa pembolehubah adalah pegun pada aras perbezaan I(1). Kajian mendapati mendapati wujud hubungan yang signifikan jangka panjang antara kelajuan penyelarasan kadar bunga dan kadar pertukaran keseimbangan jangka panjang dengan perubahan harga (inflasi) di negara Malaysia, akan tetapi dalam jangka pendek tidak wujud hubungan tersebut. Kajian ini mendapati bahawa dasar moneteri dengan penentuan kadar bunga dan kadar pertukaran mempengaruhi kepada terjadinya perubahan harga secara umum (inflasi) dan pada akhirnya dapat mempengaruhi aktiviti ekonomi di Malaysia. Kata kunci: Dasar moneteri, kadar bunga, kadar pertukaran, perubahan harga (inflasi), ujian ko-integrasi Bounds Test. 1.Pengenalan Krisis kewangan yang melanda negara-negara di Asia khususnya negara membangun berjaya dipulihkan setelah perbelanjaan kerajaan ditingkatkannya. Peningkatan perbelanjaan tadi digambarkan melalui peningkatan belanjawan defisit. Ini dilihat dari perbezaan keseluruhan hasil negara dikurangi besar oleh perbelanjaan kerajaan, seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Singapura turut tidak terkecuali mengamalkannya. Manakala berlaku kemelesetan ekonomi, ada negara yang mengalami penurunan inflasi karena belanjawan defisit yang berlaku juga turun, seperti yang berlaku pada negara Malaysia. Di negara Asean umpamanya, sekitar tahun 1980an dan di awal tahun 1990an didapati negara seperti Malaysia dan Thailand telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat selepas kemelesetan ekonomi hasil peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan, khususnya dalam bentuk belanjawan defisit (Hill 1996). Kejayaan ini membuktikan bahawa dasar fiskal yang dibiayai dengan pembiayaan belanjawan defisit mempunyai daya tahan untuk mencapai pertumbuhan dan kestabilan ekonomi. Keynesian mengatakan defisit yang berterusan juga akan meningkatkan kadar bunga dan inflasi secara serentak yang mana boleh memberikan kesan negatif terhadap kestabilan ekonomi negara dalam jangka panjang. Pada asasnya Keynes berpendapat bahawa dasar fiskal lebih besar pengaruhnya terhadap output daripada dasar moneteri. Sedangkan faham monetarist juga mengakui bahawa dasar fiskal dapat mempengaruhi pendapatan negara, hanya sahaja dasar moneteri lebih besar dan dapat dijangkakan serta lebih cepat kesannya. Ketika belanjawan defisit terjadi, maka dasar kewangan akan melakukan pengembangan iaitu dengan menambah jumlah wang dalam edaran. Peningkatan jumlah wang dalam edaran tersebut akan menyebabkan inflasi. Untuk itu kerajaan perlu mengawal inflasi dengan cara mengurangi perbelanjaan kerajaan dengan cara meningkatkan penerimaan negara. Belanjawan defisit yang berterusan boleh memberi impak terhadap beberapa pembolehubah makroekonomi, seperti kadar bunga dan inflasi yang turut boleh menjejaskan kestabilan ekonomi pada masa akan datang (Nunes & Stemitsiotis 1995). Fahaman Keynesian menyatakan, bahawa kerajaan boleh secara sengaja atau terancang memperolehi hasil dengan menurunkan nilai mata wangnya akibat inflasi. Pembiayaan menerusi pencetakan wang sebegini sebagai sumber untuk pembiayaan belanjawan defisit berlaku sehingga sekarang umpamanya negara-negara Eropah Timur pada awal peralihan daripada sistem ekonomi perancangan pusat kepada sistem ekonomi pasaran Korosteleva (2007). Menurut Sargent dan Wallace (1981) dalam teori makroekonomi menyatakan bahwa kerajaan yang mengalami defisit berkelanjutan, cepat atau lambat, harus mengatasinya dengan pencetakan wang ( seigniorage ) sehingga akan menyebabkan inflasi. Selari dengan itu, kadar inflasi yang tinggi akan menyebabkan menurunnya pertumbuhan ekonomi dan dapat mempengaruhi makroekonomi dan ketidakstabilan kewangan (Fischer, S. 1993; Sarel 1996; Khan & Senhadji, A. S. 2001). Kajian Chye, Tan EU dan Semudram, M. (1988) mendapati bahawa dasar kewangan sememangnya memainkan peranan dalam mempengaruhi kadar inflasi. Sementara Tekin-Koru dan ozmen (2003) menemukan bahawa tidak ada fakta yang membuktikan adanya kaitan antara belanjawan defisit dengan inflasi melalui cara ini. Mereka justeru menemukan bahawa belanjawan defisit memperbesarkan pertumbuhan kewangan dengan beban pembayaran bunga, tapi tidak demikian halnya dengan pencetakan wang (seigniorage). Menurut Hossain Akhtar & Chowdhury. A (1996) hutang yang dibiayai dari luar negeri selain menyebabkan belanjawan defisit kerajaan juga akan menyebabkan defisit akaun semasa dan mengakibatkan masalah hutang luar negeri akan bertambah. Dalam keadaan sebegini, negara mungkin terdorong untuk mencetak wang. Ini kerana Ketika belanjawan defisit terjadi, maka dasar kewangan akan melakukan pengembangan iaitu dengan menambah jumlah wang dalam edaran. Peningkatan jumlah wang dalam edaran tersebut akan menyebabkan inflasi. Untuk itu kerajaan perlu mengawal inflasi dengan cara mengurangi perbelanjaan kerajaan dengan cara meningkatkan penerimaan negara. Belanjawan defisit yang berterusan boleh memberi impak terhadap beberapa pembolehubah makroekonomi, seperti kadar bunga dan inflasi yang turut boleh menjejaskan kestabilan ekonomi pada masa akan datang (Nunes & Stemitsiotis 1995). Menurut Sargent & Wallace (1981) dalam teori makroekonomi menyatakan bahwa kerajaan yang mengalami defisit berkelanjutan, cepat atau lambat, harus mengatasinya dengan pencetakan wang ( seigniorage ) sehingga akan menyebabkan inflasi. Selari dengan itu, kadar inflasi yang tinggi akan menyebabkan menurunnya pertumbuhan ekonomi dan dapat mempengaruhi makroekonomi dan ketidakstabilan kewangan (Fischer 1983; Sarel 1996; Khan & Senhadji 2001). Kaedah pembiayaan melalui pencetakan wang dalam ekonomi akan menimbulkan permasalahan peningkatan tingkat harga barangan dan perkhidmatan sehingga menyebabkan peningkatan inflasi. Pembiayaan belanjawan defisit dengan cara pencetakan wang dalam edaran ini juga akan menyebabkan impak terhadap peningkatan permintaan wang oleh masyarakat. Hal ini kerana adanya penurunan nilai wang di dalam ekonomi. Dengan demikian perbelanjaan defisit oleh kerajaan melalui penambahan wang didalam ekonomi dapat meningkatkan jumlah hasil kerajaan Jusoh, M et al (2002). Kaedah pembiayaan belanjawan defisit dengan pencetakan wang dalam ekonomi akan menambah peredaran wang menimbulkan permasalahan meningkatnya kadar bunga barangan dan perkhidmatan sehingga menyebabkan peningkatan inflasi. Pembiayaan belanjawan defisit dengan cara penambahan wang beredar juga akan memiliki impak kepada peningkatan permintaan wang bagi masyarakat. Hal ini disebabkan adanya penurunan nilai wang dalam ekonomi. Dengan lain perkataan belanjawan defisit oleh kerajaan dengan cara menambah wang dalam ekonomi akan meningkatkan jumlah hasil kerajaan atau lebih dikenal dengan seigniorage. Menurut Keynes, dan Sargent dengan melihat penggunaan seigniorage kerajaan sebagai satu sumber pendapatan dalam analisis inflasi melampau di Jerman. Sedangkan Sargent and Wallace, 1981, 1987., Kiguel, dan Bruno and Fischer, 1990 membina model di mana defisit kerajaan sepenuhnya dibiayai dengan diwujudkan pencetakan wang. Pelbagai kajian mendapati bahawa KDNK per pendapatan negara, kadar bunga dalam negara, kadar penyusutan barangan dalam negara dan kadar bunga luar negara sebagai faktor luaran yang memberi kesan kepada permintaan wang dan mempunyai hubungan yang signifikan (Arango & Nadiri, 1981; Bordo & Choudhri, 1982; Cuddington, 1983; Girton & Roper, 1981; Khalid, 1999; Miles, 1981; Sriram, 2001). Kajian ini selaras dengan pemahaman Monetarists yang berpendapat bahawa kadar inflasi akan sama dengan kadar pertumbuhan penawaran wang nominal dikurangi kadar pertumbuhan permintaan wang sebenar (Darrat, A. F. & Arize, A. 1990; Deme & Fayissa 1995). Dasar moneteri dapat berpengaruh terhadap output iaitu dengan cara jika bekalan wang beredar dinaikkan, maka deposit bank pun meningkat. Meningkatnya deposit bank menyebabkan kredit perbankan mengalami peningkatan sehingga pelaburan meningkat dan akhirnya output meningkat. Keberkaitan antara inflasi dan kadar bunga di pasar wang secara teori kedua-duanya memiliki keberkaitan yang positif (Fisher 1994). Jadual 1 Penunjuk Makroekonomi Negara Malaysia (Dalam US Dolar) NEGARA PETUNJUK MAKROEKONOMI Negara Inflasi Bekalan wang Kadar Pertukaran Hutang Dlm Hutang Luar Defisit Asean ( %) (Billion USD) ( %) Negara (Billion USD) Negara (Billion USD) (Billion USD) Malaysia Sumber: World Development Indikator (WDI 2008), International Financial Statistics (IFS), International Monetary Fund (IMF 2009), Laporan Ekonomi, kementerian kewangan, dan pelbagai isu (diolah). Keadaan makroekonomi negara Malaysia berlaku penurunan belanjawan defisit dari billion pada tahun kepada billion pada tahun Seterusnya inflasi yang berlaku terjadi penurunan 5% pada tahun kepada 3% pada tahun Sedangkan jumlah bekalan wang berlaku kenaikan dari billion pada tahun kepada billion pada tahun Dimana kadar pertukaran yang berlaku ada kenaikan dari 2.50 % pada tahun kepada 3.26 % pada tahun Ringkasan Kajian Lepas Kajian yang dilakukan Click (1998) menggunakan estimasi OLS untuk menentukan faktor yang menyebabkan seigniorage pada 78 negara sedang membangun dan ditemukan bahwa pemboleh ubah fiskal tidak mempunyai kesan yang signifikan. Demikan juga hasil kajian, Ashra, Chattopadhyay, dan Chaudhuri (2004) menemukan tidak ada hubungan yang sistematis antara wang dan defisit fiskal di India. Ketidakpastian pada saat defisit tersebut terjadi juga diyakini dapat mempengaruhi halaju inflasi. Sebagai contoh, Dornbush, Sturzenegger, Wolf, Fischer, dan Barro (1990) serta Drazen dan Helpman (1990) menemukan bahwa ketidakpastian saat defisit tersebut terjadi dapat menimbulkan halaju inflasi yang berfluktuasi (turun naik). Di Malaysia, kajian Ansari (2002) cuba melihat pengaruh pembangunan kewangan, wang dan perbelanjaan awam terhadap pendapatan negara. Kajian ini menggunakan kaedah ekonometrik siri masa yang meliputi ujian kointegrasi Johansen, model vektor pembetulan ralat (VECM), ujian penguraian varian dan fungsi tindak balas. Hasil kajian mendapati pembangunan kewangan signifikan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. Kajian Bradley, M. D. (1986) mendapati sebanyak 21 kajian yang dilakukan tentang hubungkait antara belanjawan defisit dengan kadar bunga, hanya empat kajian yang didapati menyokong bukti empirik bahawa ada hubungan positif dan signifikan antara defisit terhadap kadar bunga. Kajian yang lainnya tidak menyokong bukti empirik kerana tiada hubungan yang signifikan. Kajian empirik mengenai hubungkait belanjawan defisit dan kadar bunga untuk negara perkonomian kecil dengan sistem terbuka, di bawah mobiliti modal hanya terbatas kajian teoritik sahaja. Begitu juga untuk kajian empirik mengenai negara yang lebih besar terbuka atau model ekonomi tertutup dilakukan oleh di Evans (1985), Giannaros dan Kolluri (1985), Tanzi (1985), Cebulla (1985), Hoelscher, G. (1986) dan Bradley, M. D. (1986). Perkembangan selama sepuluh tahun terakhir menunjukkan dasar moneteri ASEAN belum membuahkan hasil yang memadai (Adjie, A.D. 1998; Karseno 1997: 22). Pembiayaan belanjawan defisit dengan cara penambahan wang beredar juga akan memiliki kesan kepada peningkatan permintaan wang oleh masyarakat. Hal ini disebabkan adanya penurunan nilai wang dalam ekonomi sehingga akhirnya menyebabkan inflasi. Pencetakan wang baru hanya akan dilakukan jika kerajaan menjual bon kepada bank pusat. Penambahan wang baru tersebut merupakan penambahan pada jenis wang berkuasa tinggi (high powered money) dalam ekonomi memberi impak yang besar dalam ekonomi yang akan mendorongkan terjadinya peningkatan inflasi. Siregar Reza, Rajaguru Gulasekaran (2005), mendapati bahawa di Thailand, Indonesia dan Korea Selatan telah terjadi inflasi yang berpanjangan dari tahun , yang disebabkan oleh dasar moneteri kerajaan dan kadar pertukaran yang tak boleh dijangkakan sehingga meningkatkan tekanan kepada inflasi sebagai sumber terjadinya kadar inflasi tinggi dan krisis ekonomi di tahun Kesan ini terus berlanjut pada tahun 1998 dan 1999 di dapati ada penurunan untuk Thailand (8.1%) kepada (0.3%); Indonesia (58%) kepada (20%); Korea Selatan (7.5%) kepada (0.8%). Dari kajian ini pula diketahui untuk Malaysia (5.1%) turun kepada (2.8%); Philipina (9.7%) turun kepada (6.7%) serta Singapura (-0.3%) dan (0.4%). Kemudian setelah itu, Malaysia, Philipina, Thailand, Singapura dan Korea Selatan maju jaya menjaga kadar inflasi mereka pada satu digit, sedangkan Indonesia masih pada kondisi kadar inflasi yang tinggi seperti di tahun 1998 and Selama dua tahun, CPI (the consumer price index) mengalami peningkatan untuk kadar kesetaraan seperti yang dialami oleh Mexico dan Argentina di tahun 1995 and Kenyataan ini, memerlukan kesungguhan kerajaan dalam pemilihan dasar moneteri dan pengurusan kerajaan untuk menentukan dasar fiskal yang sesuai guna mengatasi kestabilan harga atau kadar inflasi yang terjadi. Menurut hasil kajian Jusoh, M. (1990) menunjukkan pencetakan wang (seigniorage) mempunyai peranan penting untuk meningkatkan ketahanan fiskal di Malaysia. Oleh itu, wujudnya sumber hasil seigniorage boleh menimbulkan masalah terhadap kitaran sektor kewangan. Rasionalnya ialah apabila penawaran wang meningkat, kadar bunga dalam negara jatuh. Kejatuhan kadar bunga menyebabkan pelaburan ke atas aset-aset kewangan dalam negara menjadi kurang kompetitif. Situasi ini walaupun akan memburukkan akaun modal negara akibat daripada pengaliran modal ke luar negara asing. Hal ini sudah pasti menyebabkan permintaan mata wang tempatan berkurangan dan menyebabkan nilai kadar pertukaran luar negara meningkat. Manakala mata wang dalam negara turun nilainya. Jika dikaitkan dengan sektor luar, didapati harga barangan eksport negara semakin kompetitif di pasaran antarabangsa dan ini akan merangsang sektor eksport. Oleh itu pembiayaan fiskal menerusi pencetakan wang mempunyai hubungan songsang dengan nilai mata wang dalam negara. Ini bererti semakin banyak pencetakan wang, maka mata wang tempatan akan turun nilai, begitulah sebaliknya. Berdasarkan huraian di atas ternyata bahawa negara membangun selalu berhadapan dengan masalah belanjawan defisit yang berterusan sehingga tidak mampu membayar khidmat hutang, dan selalu berhadapan dengan masalah kekangan fiskal yang mana kerajaan tidak dapat berupaya meningkatkan penerimaan hasil kerajaan, sehingga terus membawa kepada peningkatan inflasi. Untuk membiayai belanjawan defisit, kerajaan tidak harus terus berhutang sama ada dari hutang dalam negara atau hutang luar negara. Kerajaan mempunyai sumber lain yang boleh digunakan iaitu, cukai, pencetakan wang (seigniorage) dan mengutip penerimaan hasil menerusi cukai inflasi. Kajian ini diharapkan dapat membuat penilaian dan analisis terhadap pembolehubah dasar fiskal dan dasar moneteri yang mempengaruhi inflasi dengan melihat kaedah pembiayaan belanjawan defisit yang dilakukan kerajaan. Oleh itu, untuk mengkaji lebih lanjut mengenai isu ini, maka permasalahan yang diambil oleh pengkaji ialah Apakah ada hubungan antara pembolehubah moneteri kadar pertukaran dan bunga terhadap inflasi di negara Malaysia. 3. Metodologi Dalam aspek metodologi, kajian ini menggunakan kaedah kointegrasi bounds test dan ujian sempadan (ARDL) seperti yang diperkenalkan oleh Pesaran et al. (2001) dan Narayan (2005). Kaedah ini relatif baru untuk mengetahui hubungan jangka pendek dan jangka panjang daripada pembolehubah yang dikaji. Kajian ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan mengenai pelaksanaan dasar kerajaan, dasar monetari untuk mengatasi belanjawan defisit dengan kaedah pembiayaan belanjawan defisit dengan cara pencetakan wang yang akhirnya dapat memberi kesan kepada inflasi untuk jangka pendek dan jangka panjang di sesebuah negara. Pembolehubah yang dipilih terdiri daripada pembolehubah dasar moneteri, kadar bunga, kadar pertukaran dan perubahan harga (inflasi) dengan mengambil kira CPI. Kaedah ekonometrik siri masa diaplikasikan dalam kajian ini yang terdiri daripada ujian kepegunan dan ujian kointegrasi Johansen (Johansen Multivariate Cointegration Analysis) akan dilihat sebagai gambaran keseluruhan. Analisis ini dijalankan dalam kitaran penyelesaian pendekatan Autoregressive Distributed Lag Modeling (ARDL), di mana kaedah persamaan Ordinary Least Square (OLS) digunakan untuk menganggarkan UECM (Unrestricted Equilibrium Correction Model). Penganggaran UECM dilakukan dengan gabungan OLS pada peringkat persamaan asal (jangka panjang) dan OLS pada peringkat perbezaan yang dilatkan (jangka pendek). Keunggulan kaedah ARDL selain dapat diterapkan pada data yang pegun pada I(0) dan pegun pada I(I) juga dapat diterapkan kedalam data kajian yang kecil. Bahagian seterusnya membincangkan secara lebih mendalam, setiap ujian yang akan dijalankan. Ujian Punca Unit Ujian punca unit dilakukan untuk melihat tahap kepegunan setiap pembolehubah, Sesuatu pembolehubah dikatakan pegun jika min dan variannya adalah konstan melalui masa. Ia boleh menjadfi pegun sama ada dalam peringkat tingkat (level), atau pun pembezaan (difference). Setiap pembolehubah dalam persamaan regresi perlu pegun pada tahap yang sama, iaitu saama ada semua pembolehubah pegun dalam bentuk tingkat atau semua pembolehubah pegun dalam bentuk pembezaan, misalnya pembezaan pertama. Syarat ini perlu dipenuhi agar anggaran yang didapati sah digunakan. Jika tidak, anggaran regresi palsu akan wujud, iaitu keputusan anggaran didapati sangat baik tetapi hubungan sebenarnya tidak wujud. Granger dan Newbold (1974) menyatakan bahawa keadaan boleh dikenal pasti apabila nilai R 2 lebih besar daripada nilai statistik Durbin-Watson dimana untuk melihat kewujudan masalah autokorelasi. Dalam kajian ini, ujian punca unit kaedah Dickey Fuller (DF) atau imbuhan (Augmented) Dickey Fuller (ADF) dan Philip Perrons akan diaplikasikan. Ujian Kointegrasi Ujian kointegrasi dilakukan untuk melihat hubungan jangka panjang antara pembolehubah. Ujian kointegrasi yang biasa digunakan untuk model persamaan pelbagai pembolehubah ialah ujian kointegrasi Johansen (1988). Pendekatan kointegrasi yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan pendekatan ARDL 'Bound test' yang bertujuan untuk menentukan wujudnya hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Pendekatan kointegrasi ini pula dapat dilihat sebagai ujian terhadap teori ekonomi dan merupakan bahaglan panting dalam perumusan dan penganggaran sesuatu model yang dinamik (Engle dan Granger 1987). Kaedah ini juga boleh dikatakan berupaya menghindari adanya regresi tidak beraturan (spurious regression) yang boleh mengakibatkan regresi yang terhasil tidak cekap. Keuntungan menggunakan pendekatan ujian sempadan ARDL (ARDL Bounds test) seperti kajian yang dilakukan oleh Pesaran dan Shin (1999), Pesaran dan Pesaran (1997); Pesaran dan Smith (1998) dan pesaran et al. (2001) mengembangkan suatu teknik kointegrasi yang dikenal sebagai Autoregressive Distributed Lag (ARDL) ujian sempadan (Bound test). Pendekatan ujian sempadan ARDL (ARDL Bound test) mempunyai beberapa keuntungan dibandingkan metode kointegrasi Johansen's & Jusellus (1990) dan Narayan dan Smyth (2005) mengungkapkan b
Advertisements
Related Documents
View more...
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks