Contoh Surat Sumbangan.docx

Pages 2
Views 0
of 2
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  Program Pendidikan khas Integrasi ( PPKI ) SMK Puchong Permai Persiaran Prima Utama Taman Puchong Permai 47100 Puchong Selangor. 31 Julai 2019  __________________________________________________________________________________  Kepada : UP : Bahagian Sumbangan Nestlé (Malaysia) Berhad 22-1, 22nd Floor, Menara Surian No. 1, Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor, Malaysia. Tuan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MAJLIS MARVELS HI-TEA 2019 MURID  –  MURID PENDIDIKAN KHAS SMK PUCHONG PERMAI. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) SMK Puchong Permai akan mengadakan Majlis Marvels Hi- Tea mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 8 Oktober 2019 (Selasa) Masa : 11.00 Pagi  –  2.30 Petang Tempat : Hotel Hilton Garden Inn Puchong 3.   Majlis ini adalah untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada semua murid pendidikan khas, guru dan pembantu murid yang berkhidmat di sekolah ini. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan dalam bentuk wang tunai atau hamper yang akan digunakan sebagai hadiah dan doorgift kepada semua murid pendidikan khas, guru dan pembantu murid. 4.   Sumbangan, kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “PERMUAFAKATAN MEMBAWA BERKAT”  Yang menjalankan tugas, ....................................... ( Nurhanna Binti Ishak ) Guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sek. Men. Keb. Puchong Permai   
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks