Contoh Rancangan Perniagaan Kedai Komputer

Pages 14
Views 28
of 14
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN Cyberzone Computers adalah sebuah syarikat yang mengedar perkakasan dan perisian komputer serta perkhidmatan penyenggaraan. Cik Cheah Siew Gaik pemilik syarikat telah menyediakan rancangan perniagaan yang dibentangkan di bawah ini untuk memohon overdraf sebanyak RM150,000 dari bank beliau. Nama Syarikat: Alamat Berdaftar: Tapak Perniagaan: No. Telefon: No. Fax: E-mail: Website: Bank: Jenis Perniagaan: Cyberzone Computers 123 Kampung Pisang Raja, Air Itam, Pulau Pinang
Transcript
  CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN Cyberzone Computers adalah sebuah syarikat yang mengedar perkakasan dan perisiankomputer serta perkhidmatan penyenggaraan. Cik Cheah Siew Gaik pemilik syarikat telahmenyediakan rancangan perniagaan yang dibentangkan di bawah ini untuk memohonoverdraf sebanyak RM150,000 dari bank beliau. Nama Syarikat:Alamat Berdaftar:Tapak Perniagaan: No. Telefon: No. Fax:E-mail:Website:Bank:Jenis Perniagaan:Cyberzone Computers123 Kampung Pisang Raja, Air Itam, Pulau Pinang.Tingkat 2, Bangunan Pintar, Sungai Satu, Pulau PinangBank Bumiputra Malaysia BerhadPembekal perkakasan dan perisian komputer; perkhidmatan penyenggaraan RINGKASAN EKSEKUTIF Baru! Berbeza! Diperbuat dari peralatan yang terbaik! Berapa kalikah kenyataan sepertiini timbul mengenai sesuatu produk di pasaran. Berapa kalikah telah anda kecewa setelahanda membeli produk sebegini. Jangan putus asa, teruskan membaca dan anda akan yakin bahawa Cyberzone Computers tidak akan mengecewakan anda. Cyberzone Computers pasti akan memenuhi apa yang dilaung dan akan berusaha untuk mengekalkan kepuasananda.Cyberzone Computers adalah sebuah syarikat milik tunggal yang menjual perkakasankomputer dan perisian serta menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer. Cik Siew Gaik, pemilik syarikat ini mempunyai 5 tahun pengalaman dalam perniagaankomputer. Walaupun tidak mempunyai kelayakan profesional namun beliau mempunyai pengalaman hands on yang lebih berguna semasa beliau bekerja di sektor perkilangandan hartanah.Cik Siew Gaik pula dibantu oleh dua orang kakak, bapa dan abang iparnya. Syarikat iniadalah perniagaan milik keluarga disebabkan oleh persaingan yang sengit dari segi harga.Kedua-dua orang kakak beliau mempunyai pengalaman mengurus di sektor perkilangan.Sumbangan mereka dari segi pengalaman dan kreativiti berupaya untuk menjayakansyarikat ini. Manakala bapa beliau, Teong Eng pula membantu sebagai pekerja am. Encik Terry pula merupakan abang ipar Cik Siew Gaik, berkelulusan Sarjana PentadbiranPerniagaan, beliau mempunyai kelayakan profesional dan juga wawasan untuk memajukan syarikat dari segi keupayaan teknikal beliau dalam perkakasan dan perisiankomputer. Tambahan pula beliau mempunyai ramai kenalan dalam dunia perniagaan yangdapat membantu dalam perkembangan syarikat ini.Sasaran pasaran kami adalah terdiri daripada 3 kumpulan iaitu pengguna akhir, sektor kerajaan dan juga pengedar kecil-kecilan. Termasuk dalam pelanggan potensi kami adalahmereka yang belum lagi memiliki komputer dan juga mereka yang sudah pun memilikikomputer tetapi tidak puashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikatlangganan mereka sekarang.9  Komponen utama dalam strategi perniagaan kami adalah dari segi perkhidmatan , kami berusaha untuk memberikan perkhidamatan yang terbaik kepada pelanggan kami. Kaedahini telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan untuk berlanggan dengan syarikat ini.Kami juga tidak akan bersaing dari segi harga tetapi cuba menyedarkan pelanggan bahawa perkhidmatan selepas belian adalah juga sama penting.Semua sumber kewangan sebelum ini adalah dari simpanan pemilik dan juga ahlikeluarganya. Dengan rancangan perkembangan yang dicadangkan kami rasakan kamimemerlukan kewangan tambahan sebanyak RM150,000. Sumber ini bukanlah sebagai pinjaman jangka panjang (term loan) tetapi sebagai overdraf. Kami menjangka tidak akanmenghadapi masalah dari segi pembayaran balik kerana jika dilihat dari segi ramalan jualan dan keuntungan syarikat, syarikat berupaya untuk terus maju dan membayar semuatanggungan syarikat tanpa apa-apa masalah.Cyberzone Computer adalah hasil misi syarikat untuk mengutamakan perkhidmatankepada pelanggan dan bukan semata-mata untuk menjual produk sahaja. Niche yangditerokai ini berupaya untuk memberikan pulangan yang lumayan di masa akan datang. LATARBELAKANG SYARIKAT Syarikat persendirian ini milik Cik Cheah Siew Gaik mula beroperasi pada 9/9/1992.Teras perniagaannya ialah perkakasan dan perisian komputer serta perkhidmatan penyenggaraan. Cik Cheah Siew Gaik mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan iniapabila Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan mata pelajaran komputer disekolah-sekolah dan juga minat rakyat Malaysia terhadap komputer. Perniagaankomputer dan perkhidmatan penyenggaraan komputer dijangka meningkat pada kadar  pertumbuhan yang memberangsangkan pada masa akan datang.Cik Cheah Siew Gaik yang memiliki ijazah sarjana muda pengurusan dari USM berjayameyakinkan ahli keluarganya, terutama dua adik perempuannya untuk turut melabur dan bersama-sama membangun syarikatnya. Pelanggannya setakat ini terhad kepada pelajar dan kakitangan USM. Dengan perlantikan suami kakaknya sebagai pengurus teknikal Cik Cheah Siew Gaik berharap untuk menerokai pasaran agensi kerajaan dan sektor  perkilangan serta meningkatkan perkhidmatan penyenggaraan. Maklumat Pengurusan Pengurusan: Cik Cheah Siew Gaik Cik Cheah Siew ChinCik Cheah Siew KimEncik Cheah Teong EngEn. TerryPemilik PengurusEksekutif JualanPekerja AmPengurus TeknikalCarta organisasi dipaparkan dalam Rajah 1.10    Rajah 1: Carta OrganisasiPemilik Perunding TeknikalPengurusPekerja AmEksekutif JualanDalaman Misi Perniagaan  Kami Menawarkan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi Yang Pantas, Efisyen Dan Boleh Dipercayai  Analisis Pasaran Industri teknologi maklumat mula mencatat perkembangan yang pesat denganmeningkatnya kepentingan tknologi informasi (IT) dalam pelbagai aspek perniagaan dan pelajaran serta kehidupan harian. Teknologi e-mel dan interenet telah mengubah carahidup manusia. Pembekal-pembekal peralatan komputer mula tumbuh bagai cendawan.Disekitar bangunan pusat jualan Cyberzone Computers sahaja terdapat 8 kedai komputer.Sejak akhir-akhir ini persaingan bertambah sengit apabila syarikat-syarikat peruncitanyang dahulunya menjual barangan perabut dan peralatan dapur mula menjual peralatankomputer pada kadar harga yang sangat rendah.Kami di Cyberzone Computers berpendapat kualiti perkhidmatan, bukannya saiz syarikat,yang akan menentukan kejayaan. Jadi perkhidmatan berkualiti adalah istilah keramat bagi syarikat kami.Komputer adalah barang yang sofistikated. Teknologi komputer dan semua produk yang bersangkut dengan komputer mengalami proses pembaharuan yang sangat pantas. Olehkerana sesuatu produk itu boleh menjadi usang dalam masa yang singkat, maka para pengguna akan menghadapi masalah mengikuti perkembangan industri teknologimaklumat. Cyberzone Computers bersedia untuk menjadi pemangkin masyarakat dalammenghayati gelombang teknologi komputer. Ini akan dicapai dengan penawaran pakejkomputer yang canggih dan disokong oleh perkhidmatan selepas jualan dan penyenggaraan yang efisyen dan boleh dipercayai.Syarikat ini bermula secara kecil-kecilan dengan membekal komputer kepada pelajar dankakitangan USM. Perkembangan seterusnya ialah pembekalan komputer kepada beberapa pusat pengajian. Jualan terus meningkat dan perkhidmatan yang baik menggamit lebihramai pelajar dan kakitangan USM untuk berlanggan dengan Cyberzone Computers.11     Bahagian I : Kemahiran Dan Asas Pengurusan Perniagaan Syarikat bercadang meneroka pasaran baru - agensi kerajaan dan firm perkilangan dikawasan FTZ Bayan Baru. Disamping itu perkhidmatan penyenggaraan juga akan diberi penekanan. Syarikat ini juga ingin menjadi pembekal kepada pengedar komputer secaraserius. Penerokaan segmen ini memerlukan modal yang banyak. Para pengedar pula sudah pasti akan meminta kemudahan kredit 30 hari.Rajah 2: Pecahan Pasaran Sasaran Pengedar KilangPenggunaKerajaan Kami memilih perkhidmatan berkualiti sebagi niche dan melancarkan strategiuntuk menawan pelanggan dengan memberi perkhidmatan berkualiti selepas jualan berbanding dengan strategi harga yang rendah yang diamalkan oleh pesaing.Untuk melaksanakan strategi perkhidmatan, Cyberzone Computers juga memperkenalkankomputer klon. Pasaran komputer berjenama dikawal oleh syarikat gergasi. Oleh keranakawalan harga yang ketat, margin keuntungan amat sedikit. Cyberzone Computers pulatidak dibenarkan mengusik atau cuba menyelenggara masalah yang berkaitan. Kalau inidilakukan, maka waranti akan batal secara automatik. Komputer mestilah dihantar kepada pembekal untuk dibaikpulih. Rungutan pelanggan ialah masa yang diambil untuk kerja baikpulih terlalu lama. Pelanggan tidak sanggup berpisah terlalu lama dengan komputer mereka.Cyberzone Computers bercadang untuk menawarkan produk dan perkhidmatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna. Dengan memperkenalkan sistemkomputer klon, Cyberzone Computers bebas memilih perkakas yang hendak digunakan . Cyberzone Computers System akan mengguna perkakas yang terkini dan harganya pula berpatutan. Strategi ini berjaya apabila Cyberzone Computers menerima banyak tempahan ekoran dari promosi mulut yang dilakukan oleh pelanggan CyberzoneComputers.Strategi perkhidmatan berkualiti telah membantu Cyberzone Computers menghadapitekanan pesaing. Pesaing mengguna pendekatan cash and carry . Harga rendah dan perkhidmatan tak menentu. Perkhidmatan berkualiti membolehkan Cyberzone Computers berhadapan dengan pesaing, malah menarik pelanggan yang kecewa dengan perkhidmatan12
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks