contoh minit mesyuarat 3.docx

Pages 4
Views 0
of 4
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  SEK. MEN. KEB. .............................................. MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI BIL.3/2015 Tarikh : 11 OGOS 2015 (Khamis) Masa : 2.30 Petang  –  3.30 Petang Tempat : Bilik Guru, SMK ...... Pengerusi : Puan Hajjah Subidah Binti Omear Kehadiran: Bil   Nama   Jawatan   1   Puan Aminah Bt Husin Guru Kanan Kemanusiaan 2   Encik Mohd. Abdulah B Upin   Guru Mata pelajaran   3   Puan Zainab Bt Ipin Guru Mata pelajaran   1.0 Perutusan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru geografi. 1.2 Pengerusi mengharapkan semua ahli panitia geografi sudi berkongsi pendapat untuk penambahbaikan panitia geografi. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil.2/2015 telah disahkan oleh Pn. Aili Bt Muli dan disokong oleh En. Irmi B Rumli 3.0 Perkara Berbangkit Rujuk kertas maklum balas yang dilampirkan . 3.1 Kehadiran Jemaah Nazir Pn. Aminah memaklumkan bahawa Jemaah Nazir Persekolahan belum hadir. Oleh itu semua guru harus bersedia dan memastikan fail panitia dikemaskini . Makluman 3.2 Buku Latihan Pengerusi memaklumkan buku latihan ‘top goal’ bagi tingkatan 1 hingga 3 telah digunakan oleh guru untuk mengulangkaji semua topik yang diajar. Makluman   3.3 Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 3.3.1  Secara keseluruhan peratus gagal adalah sedikit sahaja terutama bagi kelas-kelas 2 KM3, dan 2 KM4 serta bagi tingkatan 3KM3 dan 3KM4. Makluman 3.3.2 Guru-guru memaklumkan bahawa antara sebab prestasi pelajar tidak memberangsangkan adalah kerana : 3.3.2.1 Pelajar langsung tidak menjawab soalan 3.3.2.2 Pelajar tidak hadir ke sekolah 3.3.2.3 Pelajar kurang membuat persediaan 3.3.2.4 Pelajar tidak menjawab iaitu tidak menghitamkan separuh daripada soalan objektif. Makluman 3.3.3 Antara cadangan bagi mengatasi masalah ini adalah : 3.3.3.1 Menyediakan nota atau modul sebagai rujukan kepada pelajar. 3.3.3.2 Melaksanakan Program Puncak untuk mengatasi masalah prestasi pelajar 3.3.3.3 Latih tubi bagi soalan-soalan mudah dan latihan pemetaan berkala terutama peta Malaysia dan Peta Dunia Makluman 4.0 Hal-Hal Profesional 4.1 SAPS Mata Pelajaran Pn. Aminah mengingatkan ahli panitia supaya melengkapkan SAPS bagi mata pelajaran Geografi. Guru-guru yang belum memasukkan TOV perlu menyelesaikannya dengan segera. Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran Geografi 4.2 Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran perlu dihabiskan segera terutamanya bagi kelas-kelas peperiksaan Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran Geografi 4.3 Pelancaran Hari Patriotisme Pn. Aminah memaklumkan tentang Pelancaran Hari Patriotisme yang akan dilaksanakan pada 8 September, 2015. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah Koir, Sajak Kemerdekaan,  Menaikkan Bendera dan Laungan Merdeka. Namun, cadangan-cadangan lain masih diperlukan bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Perbincangan akan dilaksanakan oleh panitia-panitia yang dipertanggungjawabkan. Panitia Geografi ditugaskan untuk pertandingan kuiz dan koir membantu Pn Hjh Siti Aishah . Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran Geografi 4.4 Kelas Tambahan Pengerusi memaklumkan kelas tambahan akan diteruskan seperti yang dirancang. Guru-guru perlu sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar supaya dapat lulus dengan cemerlang . Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran Geografi 5.0 Hal-hal lain 5.1 Program Puncak Pengerusi memaklumkan bahawa pemantauan dari Kementerian Pelajaran telah pun membuat lawatan ke sekolah pada 20 Julai yang lalu untuk memantau mata pelajaran Geografi untuk semakan dan pendidikan alam sekitar merentas kurikulum. Makluman 5.2 Pemantauan Dari Kementerian Pelajaran Pengerusi memaklumkan bahawa pemantauan dari Kementerian Pelajaran telah pun membuat lawatan ke sekolah pada 20 Julai yang lalu untuk memantau mata pelajaran Geografi untuk semakan dan pendidikan alam sekitar merentas kurikulum . Makluman 6.0 Ucapan Penangguhan Saudari pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir .  Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dan tarikh tentatif untuk Mesyuarat Panitia Geografi Bil. 4/2015 adalah pada 27.10.2015. Disediakan oleh, .......................................... (Pn Sarimah Bt Ibrahim) Setiausaha Panitia Geografi SMK .................   
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks