Contoh Minit Mesyuarat

Pages 5
Views 48
of 5
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Contoh minit mesyuarat penduduk pangsapuri
Transcript
  1 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENDUDUK PERBADANAN PENGURUSAN BLOK 1 TAMAN ANGKASA BIL.1 2016 Tarikh : 31 Januari 2016 (Ahad) Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Blok 3 Kehadiran : Seperti di Lampiran A 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang dapat meluangkan masa untuk hadir. 2. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN 2.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat mengenai masalah kebersihan di kawasan Perumahan ini amat menyedihkan dan terlalu kotor. 2.2. Pengerusi juga memaklumkan semua penduduk supaya menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah dan meludah dimerata- rata tempat terutama kepada penduduk bangsa Mynmar. 2.3 Pengerusi juga meminta kepada pemilik kereta lama yang telah lusuh dan tidak boleh digunakan supaya mengalihkan daripada pakir dengan segera. 2.4 Pengerusi juga turut membincangkan dan memohon persetujuan semua ahli mesyuarat mengenai pertukaran meter pukal kepada meter individu.  2 2.5 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak Perbadanan Pengurusan bercadang untuk membina sebuah pondok pengawal dengan kos yang telah dianggarkan sebanyak RM5000.00 . Memandangkan pihak kami tidak mempunyai wang untuk menampung kos berkenaan maka kami memerlukan semua penduduk memberi sumbangan ikhlas sebanyak minima sebanyak RM20.00  bagi setiap unit. Ramai penduduk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. 3. PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA 3.1 Mesyuarat bersetuju melantik berberapa ahli jawatankuasa bagi menerajui urusan Penduduk seperti berikut: i. Pengerusi - Encik Rosli ii. Timbalan Pengerusi - Encik Fendi iii. Setiausaha - Encik Mohamad Aidil iv. Bendahari - Pn. Kanageswari v. Beberapa orang AJK seperti berikut: a) Tan Chai Koon b) Margret Celine c) Mat Zawawi d) Loqman e) Mohd. Safizan f) Faizal g) Chong Soon h) Wan Suhaidi 4. HAL-HAL LAIN    3 4.1 Encik Choo bertanya mengenai tindakan yang diambil kepada mana-mana penduduk yang masih belum menjelaskan bayaran tunggakanyuran penyelenggaraan,bil air dan lif. 4.2 Encik Rosli memaklumkan sekali lagi mengenai kebersihan dan  juga semua penduduk hendaklah bersatu hati dalam apa jua. Denda sebanyak RM200.00  akan dikenakan kepada sesiapa yang membuang dimerata tempat dan sekiranya tiada yang mengaku maka akan dikenakan kepada semua unit ditingkat berkenaan. Bagi penduduk myanmar juga dikenakan denda sebanyak RM200.00  atau dihalau keluar dari kawasan perumahan ini. 4.3 Encik Robin memaklumkan kepada penduduk myanmar dalam bahasa myanmar perkara berikut: i. Kebersihan ii. Mana-mana yang tidak mengikut arahan akan dihalau keluar dari unit berkenaan 4.4 Kok Wai bertanya mengenai tindakan kepada orang myanmar yang menjual seperti daun sireh . 4.5 . Encik Zaidi mencadangkan supaya notis pengalihan kereta di lekat di dalam lif agar dapat dibaca kepada semua penduduk. 5. PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi kepada semua ahli mesyuarat. Disediakan oleh:  4 ………………………………........ ( ) SETIAUSAHA Tarikh: Disemak dan diluluskan oleh: …………………………........   ( )   PENGERUSI Tarikh:
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks