BAB 1 Tesis Lengkap Final Phd...

Pages 12
Views 73
of 12
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
1 PSIKOLOGI SUKAN LD_A180 KAJIAN TERHADAP KEBIMBANGAN ATLET PELAPIS HOKI SEBELUM PERTANDINGAN 1.1. Pengenalan Kebimbangan dan prestasi dalam sukan merupakan antara topik yang diminati di kalangan ahli sukan sejak beberapa tahun dahulu (Duda, 1998). Kebimbangan sentiasa menyelubungi diri atlet sebelum, semasa dan selepas sesuatu pertandingan yang (Mohd Sofian Omar Fauzee, 2003). Kenyataan ini disokong oleh Klaffs dan Arnheim (1981), menyatakan bahawa sesuatu pertandingan sememangnya akan menyeb
Transcript
  1 PSIKOLOGI SUKANLD_A180KAJIAN TERHADAP KEBIMBANGAN ATLET PELAPIS HOKISEBELUM PERTANDINGAN1.1.Pengenalan Kebimbangan dan prestasi dalam sukan merupakan antara topik yang diminati dikalangan ahli sukan sejak beberapa tahun dahulu (Duda, 1998). Kebimbangan sentiasamenyelubungi diri atlet sebelum, semasa dan selepas sesuatu pertandingan (MohdSofian Omar Fauzee, 2003). Kenyataan ini disokong oleh Klaffs dan Arnheim (1981),yang menyatakan bahawa sesuatu pertandingan sememangnya akan menyebabkangangguan emosi; atlet merasa tertekan dan bimbang sebelum pertandingan, seterusnyamenghalang pencapaian dan menjatuhkan prestasi atlet.   Kebimbangan adalah keadaanemosi negatif ditandai dengan kegugupan, kecemasan dan ketakutan dan berkaitandengan pengaktifan atau kebangkitan tubuh badan (Weinberg dan Gould, 2007).Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa faktor mental (kebimbangan) danmotivasi boleh menyebabkan seseorang atlet berada pada tahap terbaik (  peak  ) semasa pertandingan dan pada masa yang sama juga boleh menjadi penyebab kegagalan mereka(Duda, 1998). Kebanyakan ahli psikologi sukan seperti Arent dan Landers (2003);Weinberg dan Gould (2007),menyatakan bahawa tahap kebimbangan yang optima dapatmembantu atlet mencapai prestasi yang memberangsangkan, manakala tahapkebimbangan yang terlalu tinggi dan terlalu rendah membawa masalah dalam mencapai prestasi yang baik. Selain menjejaskan prestasi, kebimbangan juga menyebabkanseseorang hilang minat untuk menyertai pertandingan.  2 Keupayaan seseorang atlet untuk mengatasi tekanan (stress) dan kebimbanganmerupakan perkara penting dalam pertandingan sukan kerana kedua-dua faktor tersebutdipercayai mempengaruhi prestasi. Oleh yang demikian matlamat utama para ahli psikologi sukan ialah menghasilkan program mental yang berkesan untuk atlet supayadapat memaksimumkan prestasi. Matlamat ini mungkin tidak dapat dicapai sekiranyatiada pengetahuan asas mengenai teori-teori kebimbangan dan situasi atau keadaankebimbangan yang boleh mempengaruhi prestasi. Model yang digunakan dalam kajianini sebagai rujukan utama bagi menjelaskan perkaitan antara kebimbangan dan prestasiialah Model ‘Multidimensional’ (Marten, Burton, Vealey, Bump, dan Smith, (1990).Model ini menerangkan bahawa kebimbangan terdapat dalam bentuk kebimbangansomatik (dapat dilihat melalui komponen fizikal seseorang seperti berpeluh, degupan jantung) dan kebimbangan kognitif (merupakan komponen mental seperti takut untuk gagal, hilang estim kendiri).Kebimbangan merupakan satu keadaan negatif yang dialami oleh manusia danmerupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing, cemas, bimbang,risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain (Mohd. Sofian Omar Fauzee, 2002).Perasaan ini akan terus berlaku bila seseorang itu merasa khuatir akan kebolehan dankepakarannya. Seseorang jurulatih tidak kira di peringkat mana sekalipun harusmengetahui dan mengambil berat tentang faktor psikologi atlit mereka. Biasanya atlittidak hanya dilengkapi dengan persediaan fizikal tetapi harus juga seimbang dengan persediaan mental. Pertandingan dalam sukan mempunyai pelbagai peringkat atau tahapseperti peringkat sekolah/ bahagian, daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa. Padakebiasaannya, semakin tinggi peringkat pertandingan itu maka semakin meningkatlahtahap kebimbangan yang dirasai oleh atlet tersebut.  3 Suasana ini menunjukkan perlunya untuk mengkaji sebab-sebab mengapakeadaan sedemikian wujud dan telah menarik minat penyelidik untuk membuat tinjauanterhadap tahap kebimbangan atlet pelapis hoki sebelum pertandingan dan seterusnyadapat membantu para atlet agar dapat menunjukkan prestasi sebenar mereka. Oleh halyang sedemikian, hasil kajian yang diperolehi ini nanti amat penting dan berguna kepada jurulatih dan pegawai sukan agar mereka dapat menyediakan program latihan untuk sesiyang akan datang dengan mengambil kira perbezaan pengalaman, memperkenalkan beberapa jenis latihan khusus untuk mengatasi masalah kebimbangan, misalnya latihanmental, meneliti kembali apakah faktor-faktor yang menyebabkan tahap kebimbanganatlet begitu tinggi dan merancang cara-cara untuk mengatasinya; berusaha untuk meningkatkan mutu latihan dari segi teknikal dan taktikal sambil menyelitkan unsur-unsur sains sukan dengan menghadiri kursus dalam lapangan yang berkenaan ataumelantik jurulatih yang berwibawa dalam bidang yang berkenaan. 1.2Latar belakang Kajian Kajian ini merupakan satu tinjauan perbandingan mengenai tahap kebimbanganatlet pelapis hoki di kejohanan kebangsaan . Hasil kajian ini diharapkan akan dapatdijadikan panduan kepada jurulatih untuk mengenalpasti dan mengetahui tahapkebimbangan atlet mereka. Maklumat yang diperolehi ini amat berguna kepada jurulatihdalam merancang program yang lebih efisyen dan sesuai dari segi psikologi atlet untuk mempertingkatkan prestasi mereka. Di samping itu, hasil kajian ini diharapkan akanmemberi kesedaran kepada para jurulatih dan pegawai pasukan tentang kaedah latihanyang sesuai dan efektif serta kepentingan memberi perhatian secara individu kepadasetiap atlet demi untuk kejayaan pasukan, kepuasan diri dan kecemerlangan sukan.  4 1.3.Pernyataan Masalah Semasa latihan, atlet akan melalui pelbagai jenis serta bentuk latihan fizikaluntuk memantapkan lagi kemahiran dan secara tidak langsung ia turut menambahkanlagi keyakinan serta semangat dalam diri pemain. Tetapi adakah tahap psikologi pemainakan kekal seperti mana mereka dalam sesi latihan setelah mereka berada di gelanggang perlawanan?. Atlet mula akan bermain dengan perasaan, apatah lagi apabila penampilanfizikal pihak lawan kelihatan lebih gagah sedangkan perlawanan belum bermula. Atletakan mula rasa cemas, gelisah dan berdebar-debar ditambah lagi dengan sorakan penyokong-penyokong yang akan membuat atlet lebih rasa tertekan. Pengurus pasukan boling padang negara, Jamal Abdul Nasir Bakar mengakui kecewa dengan kegagalanSiti Zalina, yang bukan sahaja gagal mempertahankan pingat emas, tetapi gagal dalam penentuan pingat gangsa. Begitu pun dia tak menyalahkan Siti Zalina, yang mungkintertekan kerana mengalas harapan tinggi, sebagai pemain terakhir untuk memenangi pingat emas (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2010.)Kesimpulannya, tahap kebimbangan akan menjadi semakin tinggi dan prestasi pemain tidak akan menjadi seperti yang diharapkan. Namun, ini juga turut bergantung pada atlet itu sendiri, samada ia akan menjadikan semua pengaruh di persekitarannya positif pada persembahan prestasinya atau ia akan menjadi sebaliknya jika atlet itu tidak mampu menerima gangguan persekitarannya dan menganggap ia adalah satu tekanandan bebanan yang akan membuat ‘  goal setting’  terkeluar dari sasaran sebenar.Masalah kebimbangan semasa menghadapi pertandingan ataupun kejohanansukan sering mengganggu perasaan pemain negeri. Kebanyakan jurulatih yang berperanan sebagai pembimbing kepada atlet remaja mendapati atlet di peringkatsekolah menghadapi masalah tidak merasa yakin sewaktu pertandingan. Atlet remajanegeri tidak dapat menggunakan kemahiran yang telah dilatih semasa berada di
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks