article keruntuhan sosial.pdf

Pages 8
Views 0
of 8
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  1 JENAYAH DAN MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA: CABARAN DAN REALITI DUNIA SIBER Mohd Dahlan A. Malek, PhD Sekolah Psikologi & Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah Ida Shafinaz Mohamed Kamil, MA Sekolah Perniagaan & Ekonomi Universiti Malaysia Sabah  Abstrak Dunia siber kini merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia moden. Ia memainkan peranan penting dan banyak mengubah pelbagai aspek kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, dunia siber bukan sahaja memberi kesan yang positif, malah boleh membawa kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja yang mudah terdedah kepada pelakuan jenayah. Kajian yang dijalankan oleh David S.Wall (2005) mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan internet dengan jenayah yang berlaku dewasa ini. Antara perlakuan jenayah serta masalah sosial yang melibatkan remaja adalah seperti pornografi, penipuan, pelacuran, penyeludupan, peras ugut, pelaburan haram, aktiviti seks bebas, rogol, mencabul kehormatan, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Kertas kerja ini meninjau penglibatan remaja dalam jenayah serta masalah sosial yang berkaitan dengan dunia siber ini samada sebagai pelaku mahupun mangsa. Tiada jalan singkat bagi menangani masalah jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja, melainkan memerlukan pembabitan semua pihak seperti keluarga, ahli masyarakat, pihak sekolah, pihak berkuasa, dan badan-badan kerajaan serta badan bukan kerajaan. Pendekatan psikologi dan pelaksanaan undang-undang juga boleh membantu dalam menangani permasalah ini di samping program dan aktiviti yang telah dilaksanakan seperti mengadakan program Bina Insan, Remaja Sihat Tanpa Aids (Prostar) dan juga penubuhan kelab Pencegahan Jenayah di sekolah seluruh negara. Walau apapun program dan tindakan yang diambil, sokongan dan tanggungjawab bersama di kalangan ahli masyarakat amat perlu bagi menangani masalah ini. Pengenalan Kualiti hidup sosial merupakan isu yang penting dalam proses pembangunan sesebuah negara. Dalam proses pembangunan dan permodenan sesebuah negara beberapa isu sosial perlu diberi perhatian. Seiring dengan modenisasi dan pembangunan ekonomi  2 yang secara langsung meningkatkan taraf kehidupan setempat, timbul beberapa permasalahan baru seperti keruntuhan nilai kemanusiaan dan moral dikalangan ahli masyarakat terutamanya golongan remaja. Ledakan internet misalnya banyak menghasilkan siaran-siaran berunsur negatif yang mana sekiranya tidak dikawal akan menimbulkan masalah sosial di kalangan masyarakat. Kajian yang dijalankan oleh David S.Wall (2005) mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan internet dengan masalah sosial yang berlaku dewasa ini. Kertas kerja ini meninjau penglibatan remaja dalam jenayah serta masalah sosial yang berkaitan dengan dunia siber ini samada sebagai pelaku ataupun mangsa, samada dikalangan masyarakat bandar mahupun luar bandar. Diantara jenayah sosial yang sering berlaku di bandar ialah seperti masalah memperdagangkan manusia, jenayah siber, penyalahgunaan dadah, ketagih alkohol, aktiviti seks bebas, kes buang bayi, lumba haram dan sebagainya, manakala jenayah yang sering berlaku dikalangan masyarakat luar bandar pula ialah seperti perlakuan sumbang mahram dan kes mencabul kehormatan yang berlaku di kalangan ahli keluarga, kes rogol, merompak, penyalahgunaan dadah, mat rempit dan juga pecah rumah. Walaubagaimanapun kertas kerja ini ingin lebih memfokuskan kepada jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja yang berkait dengan dunia siber. Ini adalah kerana  jenayah di kalangan remaja hari ini lebih menjurus kepada jenayah yang terhasil daripada dunia siber. Persoalan ini merupakan satu cabaran kepada masyarakat kerana arus permodenan dan juga perkembangan semasa yang semakin maju dimana keupayaan Internet sebagai alat komunikasi mengatasi penggunaan alat-alat komunikasi yang lain seperti telefon, mesin fax dan sebagainya. Mesin atau bahan bercetak dan televisyen merupakan alat komunikasi yang utama dan telah berzaman memainkan peranan yang penting sebagai alat media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada ahli masyarakat. Namun, alat-alat media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang bagi mengawal bahan percetakan dan juga kandungan atau program yang disiarkan melalui televisyen. Di negara kita Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan,  Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada ahli masyarakat agar tidak berlaku penyalahgunaan media dan sebagainya oleh pihak-pihak tertentu. Kertas kerja ini juga membincangkan berkenaan dengan definisi jenayah dan apakah  jenayah siber yang sering dikaitkan dengan masalah sosial remaja hari ini disamping membincangkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan golongan remaja terlibat  3 dengan jenayah siber serta apakah pendekatan yang sesuai untuk mengurangkan masalah ini. Tiada jalan singkat bagi menangani masalah jenayah sosial terutamanya di kalangan remaja, melainkan memerlukan pembabitan semua pihak samada badan kerajaan dan bukan kerajaan. Pendekatan psikologi dan pelaksanaan undang-undang juga boleh membantu dalam menangani permasalah ini di samping program dan aktiviti yang telah dilaksanakan seperti mengadakan program Bina Insan, Remaja Sihat Tanpa Aids (Prostar) dan juga penubuhan Yayasan Pencegahan Jenayah. Walau apapun program dan tindakan yang diambil sokongan dan tanggungjawab bersama dikalangan ahli masyarakat amat perlu bagi menangani masalah jenayah sosial ini. Definisi Jenayah Jenayah mempunyai pelbagai takrifan. Walaubagaimanapun secara umumnya ia bergantung kepada dua set norma yang berkaitan dengan perundangan dan juga kod norma yang wujud dalam sesuatu budaya (Gan Kong Meng 2007). Menurut Salleh Abas (1998) dalam Gan Kong Meng (2007) mendefinisikan jenayah ialah kesalahan yang dilakukan oleh sesorang dengan niat hendak melakukan kesalahan itu, maka dengan sebab kesalahan itu orang yang bertanggungjawab boleh dihukum dengan balasan yang setimpal kerana melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang. Jenayah juga dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara. Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah. Remaja dan Jenayah siber Jenayah siber pula merupakan jenayah yang melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan kemudahan komputer atau dengan lebih tepat lagi, dengan menggunakan internet di ruangan siber. Istilah dunia siber atau ‘ cyberworld  ’ pertama kali digunakan oleh William Gibson   seorang penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer  4 (1984), yang mana beliau gambarkan sebagai “suatu istilah tekno dan menggugat perasaan tetapi pada dasarnya tidak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya.” Kini, istilah ini menjadi suatu perkataan yang sangat biasa dan digunakan dengan meluas untuk menggambarkan segala sesuatu berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai budaya internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu suatu tempat yang benar-benar wujud, walaupun sebagai media komunikasi berbanding suatu galaksi lain.  Atau dengan kata lain, jenayah siber adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi siber digunakan untuk merealisasikannya. Walaubagaimanapun, takrifan jenayah siber bergantung kepada takrifan jenayah di sesebuah negara. Sebagai contoh di Malaysia, perjudian, pornografi, pengiklanan seks adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah negara lain. Masalah keselamatan komputer dan sistem rangkaian mula dikesan sejak awal 1950an, apabila komputer digunakan untuk menyimpan maklumat-maklumat berperingkat sulit. Kerahsiaan adalah aspek yang penting yang perlu ditekankan dalam keselamatan komputer. Ancaman utama yang wujud pada ketika itu adalah dari aktiviti pengintipan ( espionage  ) dan pencerobohan peribadi ( invasion of privacy  ). Menjelang penghujung 1960an masalah komputer semangkin meningkat ekoran perkongsian maklumat dan sumber komputer secara jauh. Garfinkel dan Spafford (1997) menyatakan bahawa sistem komputer yang digunakan telah dilengkapi dengan sistem pengendalian yang boleh mengelakkan pengguna daripada memasuki rangkaian sistem pihak lain sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Pada masa tersebut, sumber komputer dapat dicapai dan disediakan tanpa mengira kedudukan geografi dunia. Tidak terdapat definisi yang tepat yang boleh mengambarkan jenayah siber. Sesetengah pihak menarifkan “jenayah siber” adalah merujuk kepada “jenayah komputer”. Ini berdasarkan keupayaan komputer mampu melaksanakan aktiviti-aktiviti  jenayah konvensional seperti penipuan, pencurian, peras ugut, dan pencerobohan yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap harta benda individu atau organisasi. Menurut Donn B. Parker, seorang penyelidik di dalam jenayah computer dan keselematan untuk dari SRI International California, jenayah komputer boleh ditakrifkan sebagai sebarang perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui sebarang cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan. Kenyataan ini disokong oleh Jabatan Kehakiman US yang mengatakan bahawa jenayah komputer adalah sebarang aktiviti yang tidak sah menggunakan pengetahuan teknologi komputer sebagai alat untuk merealisasikan. Sejajar dengan ancaman jenayah siber yang semakin bertambah, pada tahun 1996 kerajaan Malaysia telah memperkenalkan tiga undang-undang baru yang kemudiannya dikenali sebagai undang siber, iaitu Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digitial 1997, dan Akta Teleperubatan 1997. Dengan penggubalan undang-undang siber
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x