169-327-1-SM.pdf

Pages 10
Views 2
of 10
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
    74  ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 74-83 Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu –  JPBM (Malay Language Education Journal –  MyLEJ)   TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID BUKAN PENUTUR NATIF (The Level of Proficiency of Malay Speaking Skills among Non-Native Students) NORA’AZIAN NAHAR    Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putera Malaysia noraz898@gmail.com  FADZILAH ABD. RAHMAN Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putera Malaysia dzila@upm.edu.my  Dihantar pada: 18 Mac 2018 Diterima pada: 8 Mei 2018 Koresponden: dzila@upm.edu.my  Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2018   Abstrak: Penguasaan berbahasa kebangsaan perlu untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan kompetensi seseorang murid. Kajian lepas mendapati murid bukan Melayu di Malaysia tidak cekap berbahasa Melayu. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap profesiensi kemahiran bertutur dalam kalangan murid bukan penutur natif. Seramai 414 orang sampel kajian daripada 5 buah sekolah SJKC dan SJKT di Daerah Kuantan telah dipilih. Analisis kajian menggunakan Ujian Bertutur UPBM_SR dan  borang soal selidik. Data diproses menggunakan IBMSPSS Versi 23 dengan reka bentuk tinjauan hirisan rentas. Keputusan menunjukkan majoriti murid mendapat Tahap 4 dan sebanyak 55.7% masih tidak fasih dalam kemahiran bertutur. Secara keseluruhan analisis menunjukkan tahap kemahiran bertutur murid di SJK Daerah Kuantan adalah tahap sederhana. Usaha untuk melahirkan murid yang profesien bertutur dalam bahasa Melayu perlu dipergiat. Murid bukan Melayu wajib mempraktikkan  penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan secara berterusan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan dalam berbahasa. Kata kunci:  Penguasaan, kompetensi bahasa Melayu, murid bukan  penutur natif, SJKC, SJKT, kemahiran bertutur  Abstract:  National language proficiency is required to improve the knowledge, skills and competency of a student. The previous study found that non-Malay students in Malaysia were incompetent in Malay. This  study was carried out to identify the level of proficiency of speaking skills among non-native speakers. A total of 414 samples from 5 SJKC and SJKT  schools in Kuantan District were selected. Analytical study was conducted using UPBM_SR Speaking Test and questionnaire. Data is processed using IBMSPSS Version 23 with cross-sectional survey design. The result  shows the majority of students get Level 4 and as many as 55.7% are still not fluent in speaking skills. Overall, the analysis shows that the level of  students’ speaking proficiency in SJK Daerah Kuanta n is on a moderate level. The initiative to produce students who speak proficiently in Malay need to be intensified. Non-Malay students are required to practice the use of Malay language continuously in life to produce Malaysians who are  fluent in speaking. Keywords:  Proficiency, competence, Malay language, non-native  speakers, SJKC, SJKT, speaking skills    75  ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 74-83 PENGENALAN Penguasaan  berbahasa kebangsaan perlu untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan kompetensi seseorang murid. Bagi murid bukan Melayu, kemahiran berbahasa Melayu merupakan kemahiran tambahan dalam berbahasa dan mempunyai perbezaan yang ketara dengan kemahiran menggunakan bahasa ibunda. Perbezaan bahasa akan menyebabkan wujudnya  perbezaan antara dua kelompok penutur dari aspek  budaya dan pemikiran (Asmah 1987). Dalam konteks bahasa kedua, pemerolehan hanya dicapai apabila bahasa tersebut digunakan semasa berkomunikasi secara separa sedar dan  pembelajaran sedar tidak boleh digunakan sebagai sumber hasilan bahasa yang spontan (Krashen (1994). Kemahiran bertutur menggunakan bahasa Melayu wajib dikuasai oleh setiap murid di Malaysia untuk kelangsungan hidup atau ‘survival’   dalam kalangan masyarakat yang  p elbagai etnik di Malaysia (Fa’izah et al. 2009). LATAR BELAKANG Selain menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa Melayu juga dimartabatkan sebagai  bahasa utama dalam bidang pendidikan. Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak (1956) telah menetapkan, anak-anak berlainan  bangsa perlu mempelajari isi kandungan kurikulum yang sama di Malaysia. Berdasarkan Laporan Rahman Talib, (1960) hanya dua jenis sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang dibenarkan. Di Sekolah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala di SJK menggunakan bahasa vernakular sebagai bahasa  pengantar. Bermula pada tahun 1968, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar tunggal  bagi sistem pendidikan di negara ini (Abdullah 1987). Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan wajib lulus bagi setiap murid namun fenomena semasa di Malaysia memperlihatkan bahawa generasi muda, terutamanya bukan Melayu tidak mendukung kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana tidak boleh bertutur dan menguasai bahasa Melayu (Teo Kok Seong 2014). Bagi mereka mempelajari bahasa Melayu merupakan proses mempelajari lakuan baharu. Alat artikulasi mereka sudah biasa dan terlatih untuk menyebut bunyi dalam bahasa ibunda dan selesa bertutur menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Bahasa Melayu dianggap tidak penting dan sekadar bahasa perhubungan yang digunakan secara santai (Chew Fong Peng 2016). Penyelidikan berkaitan Penguasaan  bahasa Melayu penting dijalankan di Malaysia dalam usaha menyalurkan maklumat baharu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian  perlu memfokuskan murid di sekolah rendah bagi menyediakan satu landasan awal peningkatan integrasi nasional. Langkah untuk mengukur kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif perlu dilakukan untuk meningkatkan kemampuan berbahasa kebangsaan yang mulai luntur di Malaysia. Walau  bagaimanapun, usaha memartabatkan bahasa Melayu hanya boleh dicapai jika setiap individu menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan baik (Fadzilah dan  Norazlina 2015). Motivasi belajar juga perlu ditingkatkan dalam penguasaan bahasa kedua (Krashen 2007). Pelaksanaan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM) telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia bermula 2012. Kajian lanjutan perlu diteruskan untuk meninjau fenomena sebenar yang  berlaku dalam masyarakat yang multietnik di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan mengadakan pengujian kecekapan bahasa Melayu yang bersepadu dan sistematik kepada pelbagai golongan yang masih kurang dijalankan terutama kepada murid Cina dan India di SJK yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Pengujian terhadap kemahiran bertutur perlu dilakukan untuk membantu dan memantapkan kemahiran  berkomunikasi. Penguasaan bertutur penting untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kompetensi seseorang murid. Jelasnya, kemahiran bertutur perlu dibentuk semasa murid di peringkat sekolah rendah kerana faktor usia, gender, persekitaran dan keadaan fizikal mempengaruhi kefasihan berbahasa Melayu. Pemerolehan bahasa kedua bagi kanak-kanak bawah 13 tahun seiring dengan pemerolehan  bahasa pertama ataupun bahasa ibunda mereka. Oleh yang demikian, Penguasaan  berbahasa    76  ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 74-83 Melayu sebagai bahasa kedua perlu dikaji dalam kalangan murid bukan penutur natif untuk membina bangsa Malaysia yang beridentiti (Khairul Nizam 2017). PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan sorotan kajian, terdapat jurang  penyelidikan yang perlu diberikan tumpuan iaitu kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling sukar dikuasai kerana berlaku secara spontan dan  paling rumit untuk diuji. Namun kemahiran ini  perlu diuji kerana kemampuan berbahasa kebangsaan dalam kalangan murid bukan Melayu mulai luntur oleh pengaruh bahasa ibunda dan  bahasa Inggeris di Malaysia. Boleh dikatakan mereka langsung tidak mahu bertutur menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan harian. Hal ini akan menyebabkan prestasi akademik bahasa Melayu juga akan merosot pada masa akan datang jika langkah meningkatkan Penguasaan kemahiran bertutur tidak diambil dengan segera. Selain itu, kajian perlu dilakukan kerana tahap penguasaan kemahiran bertutur murid  bukan penutur natif menggunakan bahasa Melayu di Malaysia adalah lemah dan kurang memuaskan. Kajian Nor Hashimah (2010) menunjukkan kepetahan bertutur yang dicatatkan oleh murid Cina hanya 40.6%. Beliau mendapati murid bukan Melayu dari SJKC menghadapi masalah dalam sebutan kerana sangat kurang mendengar dan tidak  berpeluang menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka (Chew Fong Peng 2016). Begitu juga dengan dapatan Jeyagobi (2011), murid India yang mendapat pendidikan awal di SJKT jarang mempunyai rakan berbangsa Melayu atau Cina kerana pengetahuan bahasa Melayu mereka tidak dapat memenuhi keperluan untuk berkomunikasi. Abdul Rahman (2009) mendapati 84.5% murid di sekolah menengah kekurangan leksikal dan merupakan halangan utama yang menyukarkan mereka berkomunikasi dalam bahasa kedua dan 79.7% mengatakan mereka sering tidak mengingati perbendaharaan kata semasa berkomunikasi. Tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid bukan penutur natif perlu diuji kerana setiap etnik dan kaum di Malaysia memiliki  bahasa yang berbeza dari segi dialek, struktur  bahasa dan sebutan menyebabkan bahasa Melayu sukar dikuasai (Zamri et al. 2016). Lagipun, murid  bukan Melayu di Malaysia telah terdedah dengan  bahasa ibunda sejak dilahirkan (Khairul Nizam 2017). Penguasaan kosa kata yang terbatas dalam  bahasa Melayu menyebabkan kemahiran bertutur dalam kalangan murid bukan penutur bahasa Melayu terhad. Murid hanya dapat bertutur dengan  perkataan lazim yang pendek. Murid tidak dapat menyokong idea dengan penjelasan lanjut dan  pertimbangan moral berdasarkan tajuk  perbincangan dalam Ujian Bertutur. Kesan  pengaruh dialek yang kuat menyebabkan mereka  juga sering melakukan kesalahan semasa bertutur. Hal ini menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk menggunakan bahasa Melayu melainkan untuk tujuan peperiksaan semata-mata. Berdasarkan pernyataan masalah di atas, Ujian Bertutur UPBM_SR Bahasa Melayu perlu dijalankan. Tujuan kajian untuk mengenal pasti tahap kefasihan bertutur murid bukan penutur natif di sekolah rendah kerana fakta usia dijangkakan mempengaruhi kecekapan dalam berbahasa kedua. Kecekapan linguistik hanya maju apabila bahasa diperoleh secara separa sedar dan pembelajaran sedar tidak boleh digunakan sebagai sumber hasilan bahasa yang spontan (Krashen 1994). Tahap kefasihan berbahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Memandangkan masih kurang kajian terhadap Penguasaan berbahasa Melayu didokumentasikan, maka usaha ini diharapkan dapat menambah kajian tentang pengujian tahap kecekapan bahasa Melayu dan panduan kepada guru untuk meningkatkan tahap Penguasaan terutama kemahiran bertutur di SJK (Tay Meng Guat et al. 2016). OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Daerah Kuantan. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan hirisan rentas (cross-sectional survey) (Noraini    77  ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 74-83 2013; Fraenkel dan Wallen, 2007). Dapatan kajian dibentangkan menggunakan statistik deskriptif. Data diproses menggunakan IBMSPSS Versi 23. Sebanyak 414 orang responden telah menduduki Ujian Bertutur UPBM_SR untuk menentukan tahap Penguasaan  bahasa Melayu responden. Data dipungut sekali sahaja daripada sampel pada suatu masa (Creswell 2008). Kaedah rentasan dipilih untuk membolehkan data dikumpul secara terus daripada subjek kajian (Creswell 2008). Reka bentuk ini dipilih kerana mengambil kira pandangan McMillan dan Schumacher (2010) yang mengatakan kajian secara rentasan sangat  popular dalam bidang pendidikan kerana: 1.   Kepelbagaian kegunaan, iaitu kebolehan untuk menyiasat hampir kesemua  permasalahan dan persoalan. 2.   Penguasaan, iaitu data daripada pelbagai  pemboleh ubah boleh digabungkan tanpa meningkatkan kos dan penggunaan masa. Pemungutan data dapat dilakukan dalam masa yang singkat. 3.   Generalisasi boleh dibuat terhadap populasi kajian yang lebih besar dengan tepat dan  berkesan. Pensampelan Kajian Responden dalam kajian ini adalah daripada  populasi murid bukan penutur natif tahap 2 di SJK Daerah Kuantan, Pahang. Jumlah keseluruhan sampel kajian adalah seramai 414 orang. Responden berumur 11 hingga 12 tahun dipilih kerana mengambil kira pandangan daripada Krashen (1995) dalam Hipotesis Urutan Alamiah, dan ahli psikolinguistik sependapat mengatakan  bahawa kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke  bawah akan mempelajari bahasa kedua secara semula jadi bersama-sama bahasa ibunda mereka. Selepas meningkat 14 tahun kanak-kanak tidak lagi menguasai bahasa kedua secara pemerolehan tetapi melalui proses pembelajaran yang sukar. Sampel diperoleh dengan memilih strata daripada populasi berdasarkan persampelan rawak sistematik. Sampel mewakili setiap lapisan secara konsensus dari SJKC dan SJKT di Daerah Kuantan Pahang. Pemilihan sampel dilakukan  berdasarkan kategori sekolah (bandar dan luar  bandar), gender (lelaki dan perempuan), dan tahun  persekolahan (Tahun 5 dan Tahun 6). Pemilihan sampel berdasarkan taburan etnik dan jantina mewakili populasi. Murid bukan  penutur natif dari SJK (C) seramai 268 orang (64.7%), manakala dari SJK (T) seramai 146 orang (35.3%) mewakili kategori bandar dan kategori luar bandar. Seramai 219 (52.9%) murid  perempuan telah dipilih, manakala murid lelaki seramai 195 (47.1%). Murid Tahun 5 seramai 86 (19.3%) manakala murid Tahun 6 seramai 334 (80.7%). Murid tahun 6 lebih ramai dipilih dalam kajian ini untuk memenuhi ruang masa setelah selesai menjalani ujian UPSR pada tahun tersebut dan untuk melihat tahap kecekapan bahasa Melayu setelah lebih daripada 6 tahun berada di sekolah rendah. Instrumen Kajian Dalam usaha memperoleh data, Ujian Bertutur UPBM_SR dibangunkan. Pembangunan Ujian Bertutur UPBM_SR dan Tahap Skor UPBM_SR  bersumberkan rujukan yang berintegriti oleh KPM, Lembaga Peperiksaan, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu SJK untuk Tahun 4, 5, dan 6, Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM©),  International English Language Testing System  (IELTS) dan Test of English as Foreingn  Language (TOEFL) Junior®, Common European  Framework of Reference for Language (CEF),  buku teks, dan buku rujukan yang berkaitan. Instrumen yang digunakan untuk penilaian kemahiran bertutur ini juga telah melalui lima  peringkat seperti yang dicadangkan oleh (Aziz dan Mohd Isa 2008), iaitu peringkat persediaan ujian,  pemeriksaan dan pengukuran, analisis ujian, interpretasi dan tindakan susulan. Ujian Bertutur UPBM_SR Ujian Bertutur UPBM_SR dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefasihan bertutur murid bukan penutur natif. Murid diharapkan dapat menyampaikan maklumat dengan sebutan, intonasi, menggunakan ayat yang gramatis dan  bermakna semasa berkomunikasi dalam pelbagai situasi.
Advertisements
Related Documents

3800-8033-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

11330-25936-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

457-893-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

287-745-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

1120-1840-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

602-1201-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

3007-6536-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

7368-10007-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

9954-19811-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

37-1950-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

64-163-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

320-546-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

103-295-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

6788-12862-1-SM.pdf

Jul 30, 2018

94-169-1-SM.pdf

Jul 30, 2018
View more...
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks