10 149-162.pdf

Pages 14
Views 2
of 14
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
Description:
Transcript
  PERUBATAN MELAYU TRADISIONAL: KITAB TIBB PONTIANAK (Malay Traditional Medicine: Kitab Tibb Pontianak) Oleh: Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid    Nurul Wahidah Binti Fauzi    Abstrak  Kepentingan kajian manuskrip Melayu bertitik tolak dari usaha untuk memahami kebijaksanaan, sejarah, budaya, pengalaman hidup dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Kebanyakan manuskrip Melayu ditulis dalam bentuk bunga rampai pengetahuan. Dalam teks yang kaya dengan isi itu boleh didapati  panduan, nasihat, hiburan, pendidikan, sejarah, politik, hubungan antarabangsa,  perubatan, sains, teknologi dan banyak lagi maklumat dan ilmu. Ini termasuklah  pengamalan perubatan Melayu tradisional. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji mengenai perubatan Melayu tradisional berasaskan kitab Tibb Pontianak.  Kata kunci:  Perubatan Melayu tradisional, manuskrip, Tibb Pontianak. Abstract The importance of the study of Malay manuscripts predicate of an effort to understand the wisdom, history, culture, life, experience and world view of the  Malay community. Many Malay manuscripts written in the form of extended knowledge. In the manuscripts text, it is full of guidance, advice, entertainment, education, history, politics, international relations, medicine, science, technology and much more information and knowledge. These include traditional Malay medicine practice. Therefore, this study will examine the traditional Malay medicine practice in the book of Tibb Pontianak.  Keywords:  Malay traditional medicine, manuscripts, Tibb Pontianak. Pendahuluan Manuskrip Melayu adalah sumber maklumat penting yang berkaitan tentang hal ehwal orang Melayu pada masa lampau. 1  Oleh kerana manuskrip Melayu merupakan warisan orang Melayu yang mengambarkan kebijaksanaan mereka, maka usaha untuk memahami latar perkembangan bangsa Melayu haruslah  bertolak dari kajian manuskrip. Jika tiada usaha yang bersungguh-sungguh diambil untuk mengkaji, memelihara dan mengekalkannya, orang Melayu akan   Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid, PhD, merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Email: faisal@um.edu.my.   Nurul Wahidah Binti Fauzi, BUs, merupakan calon Skim Latihan Akademik IPTA, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Email: comely_84@yahoo.com.   1  Ding Choo Ming (2008),  Manuskrip Melayu: Sumber Maklumat Peribumi Melayu , Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 8.   Jurnal Al-Tamaddun Bil. 7(1) 2012, 149-162 150 kehilangan suatu tamadun ilmu yang boleh dibanggakan. 2  Usaha memartabatkan manuskrip Melayu telah dilakukan secara berterusan oleh beberapa agensi kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia,  begitu juga institusi pengajian tinggi seperti Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dengan mengadakan seminar naskhah Melayu hampir setiap  bulan. Pada tahun 2007 sahaja sembilan kertas kajian dibentangkan mengenai manuskrip Melayu, antaranya “Ilmu Tabib Melayu” oleh Prof. Dr. Hashim Awang dan “Kitab Ilmu Nujum Melayu” oleh Prof. Dr. Harun Daud. 3  Kedatangan Islam ke alam Melayu telah merubah cara hidup, bahasa, corak  pemikiran sehingga membawa kepada suatu perubahan yang mendalam tentang hidup dan kehidupan. Pengaruh Islam itu begitu terserlah sekali dalam semua aspek kehidupan termasuklah ilmu pengetahuan yang diabadikan dalam penulisan manuskrip Melayu. Isi penulisannya lebih bercorak keagamaan menerangkan keindahan agama Islam seperti kepercayaan kepada Allah, menanamkan rasa cinta kepada rasulnya, cara-cara beribadat dan hal-hal lain yang bersangkutan dengan agama. 4  Pengaruh Islam juga begitu terserlah dalam aspek ilmu perubatan tradisional Melayu. Antara contoh yang ketara tentang pengaruh Islam ialah mengenai cara perubatannya lebih menekankan unsur-unsur Islam dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, selawat kepada Baginda s.a.w. sebagai salah satu medium perubatan, dan tidak kurang juga istilah serta bahan yang digunakan untuk berubat banyak mengunakan sebutan bahasa Arab dan disamping itu semua manuskrip perubatan Melayu tradisi ditulis dengan mengunakan tulisan Jawi. Makalah ini membincangkan mengenai perubatan Melayu tradisional dan  pengaruh Islam dalam pengamalan dan penggunaan herba sebagai usaha mengubati penyakit. Pengalaman perubatan Melayu dan pengaruh Islam itu dilihat dalam sebuah karya perubatan Melayu yang dikarang oleh seorang ulama Melayu  bernama Haji Ismail bin Haji Mustafa Pontianak. Beliau dilahirkan di Kampung Tembelan Pontianak, Kalimantan, Indonesia. Kitab karangan beliau ini diberi nama “Kitab al-Tibb” yang bermaksud “Buku Panduan Perubatan” kemudiannya ianya terkenal dengan nama “Kitab Tibb Pontianak” kerana menisbahkannya kepada tempat lahir pengarang. Kajian Lepas Kajian yang membincangkan mengenai isu perubatan tradisional sama ada diperingkat tempatan dan antarabangsa telah banyak diterokai oleh para sejarawan. Meskipun begitu, literatur yang memperincikan mengenai perubatan tradisional yang diaplikasikan melalui manuskrip-manuskrip nukilan para ulama di Tanah Melayu masih belum banyak dirintis. Penulisan para sejarawan terdahulu yang membincangkan aspek perubatan tradisional ini didapati melalui 2  Ismail Hussein (1984), Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 33. 3  Dr. Tengku Intan Marina Mohd Ali (2007), “Seminar Naskhah Melayu Memartabatkan Khazanah Melayu”, (Laporan Seminar 2007), http://klikweb.dbp.my/ pada 19hb. Ogos 2011. 4  Mohd. Taib Osman (1982),  Bunga Rampai Kebudayaan Melayu , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 182   Perubatan Melayu Tradisional: Kitab Tibb Pontianak 151  beberapa sumber antaranya melalui kajian H.C Ong 5  yang memberi maklumat tentang herba-herba tradisional yang terdapat di Gemencheh, Negeri Sembilan. Melalui penulisannya, beliau mengklasifikasikan sebanyak 54 jenis herba yang digunakan oleh penduduk setempat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ringan. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak memberi tumpuan khusus terhadap  perbincangan herba-herba yang dipraktikkan oleh para ulama terdahulu melalui manuskrip-manuskrip perubatan yang dihasilkan. Penemuan mengenai fakta yang menyebut mengenai kepentingan dan keperluan terhadap perubatan tradisional disebut secara mendalam di dalam kajian Ibrahim Jantan 6  di dalam artikel The Scientific Values of Malaysian Herbal Products. Melalui penulisannya, beliau mengulas secara mendalam mengenai nilai sebenar produk herba malaysia dalam aspek kualiti, keselamatan dan efikasi sebagai agen penyembuh penyakit. Beliau memperjelaskan mengenai pertumbuhan pasaran produk herba yang semakin menggalakkan di negara ini sehingga ia juga menjadi alternatif campuran di dalam menggabungkan terapi herba ke dalam amalan perubatan moden oleh ramai ahli  profesional kesihatan. 7  Meskipun kajian ini memberi maklumat mengenai kepentingan perubatan tradisional di dalam industri perubatan masa kini, tetapi ia tidak menyentuh mengenai kepentingan perubatan tradisional yang terdapat di dalam manuskrip-manuskrip lama karangan para ulama terdahulu. Kajian Marlise Ritcher  8  dalam karyanya Traditional Medicine and Traditional  Healers in South Africa  pula membuahkan hasil penulisan yang terperinci mengenai peranan penting pengamal perubatan tradisional di Afrika Selatan dalam membangunkan sistem kesihatan masyarakat setempat terhadap isu  perubatan HIV / AIDS. Melalui kajian ini, beliau membincangkan bahawa  penyembuhan HIV/AIDS melalui perubatan tradisional merupakan salah satu alternatif yang penting, sehingga pihak kerajaan di Afrika Selatan menjadikan  pengamal perubatan tradisional di negara terbabit sebagai agen utama di dalam menyembuhkan penyakit terbabit. 9  Meskipun makalah ini meletakkan amalan  penyembuhan penyakit HIV/AIDS di bawah tadbir pengamal perubatan Tradisional di Afrika Selatan sebagai agen terpenting, tetapi makalah ini tidak memperbincangkan amalan perubatan yang dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional negera lain khasnya di Tanah Melayu secara langsung di dalam alternatif perubatan tradisionalnya. Perubatan Melayu Tradisional Menyentuh mengenai definisi perubatan Islam, ahli perubatan Islam memberi  penjelasan mengenai pengertian perubatan dengan maksud “ilmu perubatan adalah suatu ilmu yang membicarakan mengenai tubuh manusia, samada dari 5  H.C Ong (et.al) (1994), “Malay Herbal Medicine In Gemencheh, Negri Sembilan, Malaysia”,  Fitoterapia , vol 1, issue 1, Feb 1994, h. 10-14. 6  Ibrahim Jantan (2006), “The Scientific Values of Malaysian Herbal Products”, Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, vol. 4, Jil. 1, 2006, h. 59-70. 7  Ibid., h. 63-65. 8  Marlise Ritcher (2003), “Traditional Medicines and Traditional Healers in South Africa”. www.tac.org.za/Documents/.../ Traditional  _  Medicine  _briefing.pdf     pada 12 September 2011. 9  Ibid., h.13-16.   Jurnal Al-Tamaddun Bil. 7(1) 2012, 149-162 152  segi kebaikan, keburukan, mengawal kesihatan dan menghilangkan kesakitan . 10  Perubatan atau ‘medication’   pula membawa maksud ‘the act or process of medication on treating with medicinal substance’.  Selain daripada pandangan itu,  berbeza pula pandangan tokoh perubatan islam yang antaranya Dr. Ali Mu’nis di dalam bukunya “Pengobatan   Cara Nabi”  mengatakan ia adalah mengenai  perubatan Rasulullah s.a.w. di mana Rasulullah pernah menyentuh mengenai salah satu bab perubatan yang bersabda: “sebaik-baik ubat ialah al-Quran ”. Ia adalah suatu perubatan untuk menyembuhkan segala penyakit yang dihidapi oleh manusia, yang mana merangkumi segala penyakit badani dan rohani. 11  Pandangan mengenai ilmu perubatan ini juga dapat dilihat pada pendapat Ibn Qayyim al-Jawzyyah yang bertajuk al-Tib al-Nabawi  di mana beliau menyebutkan bahawa di dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan al-Quran adalah sebagai  syifa atau “ubat yang menyembuhkan”. 12  Beliau juga menegaskan  bahawa perubatan menggunakan ayat al-Quran untuk mengubati sesuatu penyakit tidak dapat ditandingi oleh ubat yang lain. Penegasan beliau adalah dengan  berkata: “Bagaimanakah berbagai-bagai ubat itu dapat menandingi kalimah Allah, Tuhan seluruh bumi dan langit. Kalimah Allah  yang mana jika diturunkan di atas gunung maka akan dapat menghancurkannya dan jika diturunkan ke bumi nescaya akan dapat membelahnya. Tidak ada satu penyakit pun daripada berbagai-bagai penyakit rohaniah dan jasmaniah kecuali terdapat panduan dan petunjuk untuk pengubatan, sebab musabab dan penjagaannya di dalam al-Quran.. Begitulah halnya bagi sesiapa yang memperoleh kefahaman dan petunjuk oleh Allah dan kitab-Nya.” 13  Dari pendapat-pendapat di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa konsep  perubatan menurut Islam adalah adalah berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran yang merupakan ubat penyembuh yang lengkap untuk semua penyakit samada  penyakit rohaniah atau jasmaniah, penyakit dunia dan akhirat dan penggunaan ayat-ayat al-Quran untuk mengubati sesuatu penyakit tidaklah dapat ditandingi oleh sesuatu yang lain. Penggunaan herba di kalangan masyarakat Melayu merangkumi pelbagai gunaan  bermula dari ramuan dalam masakan hinggalah kepada pengubatan harian yang tidak dapat dipisahkan dari resam kehidupan orang Melayu. Sejak dari kecil anak-anak Melayu terutama anak-anak perempuan telah diajar bagaimana menggunakan rempah ratus. Perubatan Melayu Tradisional ini ditakrifkan melalui dua takrif, yang mana ‘perubatan’ berasal daripada perkataan ubat yang membawa 10  Ahmad Bin Mustafa (t.t),  Miftah al-Sa’adah Wa Misbah as-Siyadah , Kaherah: Dar al-Kutub al-Hadithah, h. 326 11  Ibn Kathir (1970), Tafsir Ibn Kathir  , Juz 4 cet 2, Beirut: Dar al-Fikr, h. 206 12  Ibn Qayyim (1982  ), al-Tibb al-Nabawi,  Beirut: Mua’ssasah al-Risalah. 13  Ibid
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x