1 rph rbt 52

Pages 10
Views 14
of 10
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
rph
Transcript
  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI Mata pelajaran : Reka Bentuk Teknologi Sekolah Kebangsaan Tahun 5 Hari : Ahad Tarikh : 6 September 2015 Masa : 10.10 pagi  –  11.10 pagi Kelas : 5 Bakawali Bilangan murid : 22 orang murid Tajuk : 5.0 Teknologi Pertanian Standard kandungan : 5.1 Menanam benih di dalam bekas Standard Pembelajaran : 5.1.7 Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan kaedah yang betul. 5.1.8 Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan mengawal makhluk perosak. Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat : 1) Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dalam bekas semaian dengan kaedah yang betul. 2) Menyatakan aktiviti penjagaan semaian yang perlu dilakukan dengan betul. Ringkasan : Murid menjalankan kerja amali penyemaian biji benih halus atau biji benih asar mengikut kaedah yang betul. Pengetahuan tentang penjagaan semaian didedahkan kepada murid supaya mereka dapat menjalankannya mengikut keperluan semasa.  Kemahiran : 1. Melakukan kerja menyemai biji benih halus atau biji benih kasar. 2. Mengenal pasti aktiviti penjagaan semaian. Elemen Merentas : 1) EK 3  –  Berorientasikan pencapaian, tahu matlamat dan menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Kurikulum : 1) Nilai murni   Bijaksana, cermat, tekun, kerjasama dan bersemangat. Bahan bantu mengajar :   Sampul surat teka teki.   Bekas semaian yang telah diisi medium   Manual cara-cara menyemai biji benih   Biji benih sawi   Sudip tangan   Sarung tangan   Serampang tangan   Paparan slaid tentang aktiviti penjagaan semaian yang betul.   Komputer   Pemancar cahaya   Kertas maklumat   Kertas kosong   Pensil   Wisel Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat anak benih tumbuhan dan telah menjalankan amali menyediakan bekas semaian pada pembelajaran yang lepas. Kemahiran berfikir : Menganalisis, mengaplikasi, menghuraikan, menyusun ikut tertib dan menaakul  LANGKAH  / MASA   ISI PELAJARAN   AKTIVITI PDP   CATATAN  Set induksi (5 minit)   Sampul surat teka teki   Contoh teka teki yang diberikan :    Teka teki : 1. Saya berwarna merah. Kulit saya licin. Rasa saya pedas. 2. Bentuk saya bulat. Kulit saya berwarna hijau. Isi saya berwarna merah dan sedap rasanya. 3. Saya berwarna merah. Saya ada rambut. Isi saya berwarna putih. 4. kulit saya berwarna kuning. Isi saya  juga berwarna kuning. Saya sangat manis.    Jangkaan jawapan : 1. Lada atau cili 2. Tembikai 3. Rambutan 4. Mangga 1. Guru menyediakan beberapa sampul surat yang berisi teka-teki. 2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 3. Ketua kumpulan perlu mengambil sampul teka teki yang disediakan. 4. Murid perlu berbincang dalam kumpulan  jawapan kepada teka teki tersebut. 5. Murid memberikan jawapan kepada teka teki yang diberikan. 6. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pengajaran. BBM :   Sampul surat teka teki Kemahiran berfikir :   Menganalisis Strategi :   Berpusatkan bahan  Nilai murni :   Bijaksana  Langkah 1 (15 minit)   Amali penyemaian biji benih. 1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan. 2. Murid perlu mengambil bekas semaian yang telah diisi dengan medium semaian pada sesi pengajaran yang lepas. 3. Murid diberi manual cara-cara untuk menyemai biji benih. 4. Murid diterangkan cara-cara untuk menyemai biji benih. 5. Murid diberikan biji benih yang perlu disemai dan peralatan yang ingin digunakan. 6. Murid perlu membuat penyemaian biji benih dalam masa yang ditetapkan. Penilaian : Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dalam bekas semaian dengan kaedah yang betul. BBM :   Bekas semaian yang telah diisi medium   Manual cara-cara menyemai biji benih   Biji benih sawi   Sudip tangan   Sarung tangan   Serampang tangan Kemahiran berfikir :   Mengaplikasi Strategi :   Tunjuk cara
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks