HBMT4203

Pages 17
Views 56

Please download to get full document.

View again

of 17
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
ABC
Transcript
    PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2017 KOD SUBJEK : HBMT4203_V2 NAMA SUBJEK : PENGAJARAN MATEMATIK MENENGAH ATAS BAHAGIAN I TUTOR : TAN MOOI YOKE NAMA : NORZAKIAH HAYATI BINTI MOHD IDRIS NO MATRIK : 820804085550001 NO K/P : 820804085550 NO.TEL : 0195298124 EMAIL : zafirahhuda@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO, RECSAM GELUGOR  1 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN 1.0 PENDAHULUAN 2 2.0 SOROTAN LITERATURE PENDEKATAN INDUKSI-DEDUKSI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3 3.0 RANCANGAN PENGAJARAN : PENDEKATAN INDUKSI DAN DEDUKSI 6 4.0 SALAH FAHAM PELAJAR DALAM MENJANA KESIMPULAN MENGGUNAKAN INDUKSI DAN DEDUKSI SERTA KAEDAH PENYELESAIANNYA. 11 5.0 PENUTUP 14 RUJUKAN 16  2 1.0   PENDAHULUAN Pendekatan pembelajaran merupakan cara atau kaedah yang digunakan guru untuk memudahkan proses pengajaran semasa mengajar di dalam kelas. Pendekatan pembelajaran digunakan sebagai pemudahcara bagi guru untuk menyampaikan isi pelajaran guru supaya  pelajar dapat menguasai dan memahami secara keseleruhan topik pembelajaran guru dengan mudah. Menurut Sagala (2010:68) menjelaskan bahawa ‘pendekatan pembelajaran merupakan proses yang perlu dilakukan oleh guru dalam mencapai tujuan atau objektif pengajaran’. Manakala menurut Wahjoedi (1999:121) menyatakan bahawa, “Pendekatan pembelajaran adalah cara mengelola kegiatan belajar dan tingkahlaku pelajar agar ia dapat aktif melakukan tugas  belajar sehingga dapat memperoleh hasil belajar secara optimum”.  Oleh kerana pembelajaran adalah satu proses untuk mengembangkan potensi-potensi yang ada pada setiap pelajar maka pendekatan yang sesuai perlu dipilih sewaktu proses  pembelajaran di dalam kelas. Guru sentiasa dituntut untuk sentiasa meningkatkan kualiti kaedah pembelajaran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu setiap hari. Terdapat  banyak kaedah pengajaran yang boleh dipilih mengikut potensi murid-murid. Tugasan kali ini akan membincangkan secara terperinci berkaitan pendekatan induksi dan deduktif yang digunapakai. Untuk itu, sebelum perbincangan lebih lanjut, kita perlu mengetahui maksud dan konsep bagi induksi dan deduksi secara ringkas. Maksud  Induksi   adalah penggunaan kuasa minda dengan memerhati peristiwa tertentu bagi menghasilkan sesuatu kesimpulan. Pendekatan induksi dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh seterusnya kepada sesuatu generalisasi ((J.M Kierzek dan W.Gibson, 1960). Ia melibatkan satu proses pembelajaran yang tinggi kerana melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, membuat generalisasi serta kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Di mana konsep induksi ini lebih kepada mempelajari sesuatu  berdasarkan sesuatu hukum. Induksi juga melibatkan proses menghasilkan fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum dan boleh disimpulkan sebagai membuat satu  penghuraian daripada khusus kepada umum. Manakala deduksi   pula adalah sesuatu pendekatan pembelajaran yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teori atau peraturan diikuti dengan aplikasinya  3 ke atas contoh-contoh yang dikhususkan. Pendekatan ini digunakan untuk menghasilkan satu kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teori yang telah diketahui. Pendekatan ini merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah mengajar yang kompleks. Melalui pendekatan pengajaran ini, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid harus dibimbing mengingati semula membuat generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang diutarakan. Pendekatan deduksi dapat disimpulkan sebagai satu proses pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik/konkrit. Daripada pengertian pendekatan pembelajaran yang dinyatakan dapat disimpulkan bahawa,  pendekatan pembelajaran merupakan cara kerja yang mempunyai sistem untuk memudahkan  pelaksanaan proses pembelajaran dan membolehkan pelajar mempraktikkannya seterusnya membantu mereka dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan guru. 2.0   SOROTAN LITERATURE PENDEKATAN INDUKSI-DEDUKSI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2.1   Artikel 1 : Aplikasi pendekatan dalam bilik darjah.(EDU 3103 Murid dan alam belajar) www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2012_10773_86f... · PDF file   Rujukan : https://www.scribd.com/doc/9606495/Pendekatan-Mengajar  Artikel ini menerangkan berkaitan kaedah perlaksanaan pendekatan induktif dan deduktif di dalam kelas. 2.1.1   Pendekatan induksi (induktif)    Guru memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk sesuatu konsep.    Guru boleh menggunakan kaedah penemuan inkuiri kerana melibatkan proses memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi.    Pendekatan ini sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran khususnya matematik, sains dan juga bahasa. 2.2.2 Pendekatan deduksi (deduktif)
Advertisements
Related Documents
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x