amali 1

Pages 8
Views 124

Please download to get full document.

View again

of 8
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
kimia
Transcript
  1 Amali 1: Mengkaji tindak balas kimia hidrokarbon alifatik dan aromatik 6 march i. Tujuan Mengkaji tindak balas kimia hidrokarbo alifatik dan aromatik ii. Bahan dan Radas KA1: sikloheksana, KA2: sikloheksena, KA3: metilbenzena, larutan bromin, larutan kalum manganate (VII) berasid, piring kaca, tabung didih, tiub kaca, pemegang tabung uji, mancis dan kayu lidi. iii. Pengenalan Dalam kimia organik, sebatian organik bermaksud ia mengandungi karbon dan hidrogen yang bersambung sekali dalam rantai lurus, rantai bercabang dan gelang tidak aromatik. Sebatian rantai terbuka yang mengandungi tiada gegelang adalah alifatik, sama ada ia mengandungi ikatan tunggal, ganda dua, atau tiga. Dalam erti kata lain, ada sebatian yang tepu dan tidak tepu.  Aldehid dan keton terdiri daripada kumpulan berfungsi karbonil yang terdiri daripada atom karbon yang terikat dengan ikatan ganda dua kepada satu atom oksigen, C = O. Kumpulan berfungsi aldehid berikat dengan atom hidrogen manakala kumpulan berfungsi keton berikat kepada dua atom karbon (Bettelheim, Brown, Campbell, & Farrel, 2010). Sebagai contoh, aldehid ringkas mempunyai kumpulan berfungsi yang terikat dengan dua atom hidrogen. Keton yang paling ringkas ialah aseton. Aldehid dan keton biasanya terdapat dalam minyak cinnamon, minyak wangi, kacang vanilla dan minyak lemon (Bettelheim, Brown, Campbell, & Farrel, 2010). Struktur asas formula bagi aldehid ialah RCHO dan bagi keton pula ialah RCOR’.  Dalam amali ini, amali ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada suatu larutan itu ialah aldehid atau keton. Hal ini dapat dikenalpasti kerana perbezaan antara aldehid dan keton ialah R = alkil Aldehid R, R’ = alkil, aril  Keton  2 kehadiran atom hidrogen yang terikat kepada ikatan ganda dua karbon-oksigen dalam aldehid (Pearson, 2019). Keton tidak mempunyai hidrogen tersebut. Disebabkan kehadiran atom hidrogen tersebut, aldehid lebih mudah dioksidakan menyebabkan ia menjadi agen penurun. iv. Prosedur / Langkah Ujian menggunakan Reagen Brady 1. 1 ml larutan A dimasukkan ke dalam tabung uji dan dilabelkan. 2. 5 titik 2,4- Dinitrophenylhydrazine dimasukkan ke dalam larutan A sambil digoncang.  3. Pemerhatian direkodkan. 4. Ujian diuji dari langkah 1 hingga 4 dengan larutan B. Ujian Fehling 1. 2 ml larutan A diukur menggunakan silinder penyukat dan dimasukkan ke dalam tabung uji dan dilabelkan. 2. 2 ml larutan Fehling dimasukkan ke dalam tabung uji berisi larutan A. 3. Tabung uji digoncangkan secara perlahan. 4. Tabung uji tersebut diletakkan di mandian air mendidih selama 15- 20 minit. 5. Pemerhatian direkodkan 6. Langkah 1 hingga 5 diulang menggunakan larutan B. Ujian Tollen 1. 1 ml larutan A diukur menggunakan silinder penyukat dan dimasukkan ke dalam tabung uji yang telah dilabelkan. 2. 1 ml reagen Tollen dimasukkan ke dalam tabung uji berisi larutan A. 3. Tabung uji digoncangkan secara perlahan 4. Larutan dimasukkan ke dalam mandian air 70 0 C selama 5 minit. 5. Pemerhatian direkodkan 6. Langkah 1 hingga 5 diulang menggunakan larutan B.  3 Ujian Iodoform 1. 5 titik larutan A dimasukkan ke dalam tabung uji yang telah dilabelkan. 2. Air dimasukkan ke dalam larutan A sebanyak 2 ml. 3. 1 ml larutan kalium hidroksida dimasukkan dan larutan Iodin dimasukkan setitik demi setitik sambil digoncang sehingga warna gelap iodin berlanjutan ke dalam tabung uji  A. 4. Campuran tindak balas dibiarkan selama 2 minit. 5. Pemerhatian direkodkan. 6. Ujian diuji dari langkah 1 hingga 5 dengan larutan B. v. Keputusan Ujian Pemerhatian Larutan A Larutan B Ujian menggunakan reagen Brady mendakan jingga terbentuk mendakan kuning terbentuk Ujian Fehling berubah dari biru ke merah bata tiada perubahan Ujian Tollen menghasilkan cermin perak tiada perubahan Ujian iodoform menghasilkan mendakan kuning menghasilkan mendakan kuning  4 vi. Perbincangan Ujian Reagen Brady Ujian Reagen Brady menunjukkan keputusan positif kepada aldehid dan keton. Bagi ujian ini, Reagen Brady ialah reagen 2,4-dinitrofenilhidrazina yang digunakan untuk menguji kehadiran aldehid dan keton. Ia bertindak dengan aldehid dan keton kerana ia bertindakbalas dengan kumpulan karbonil, C=O dalam aldehid dan keton. Apabila reagen bertindakbalas dengan keton atau aldehid, ia akan menghasilkan 2,4-dinitrofenilhidrazon. Keputusan yang diperoleh ialah larutan A menghasilkan mendakan jingga manakala larutan B menghasilkan mendakan kuning. Hal ini demikian kerana kumpulan karbonil aldehid dan keton bertindak balas dengan reagen tersebut seperti di bawah. Hal ini terjadi seperti berikut. Ujian Fehling Keputusan ujian ini meunjukkan bahawa larutan A berubah daripada biru ke merah bata manakala tiada perubahan bagi larutan B. Aldehid dapat dioksidakan oleh larutan Fehling. Maka, larutan A ialah aldehid manakala larutan B adalah bukan aldehid. Hasil pengoksidaan aldehid alifatik adalah garam asid karboksilik dan mendakan merah bata iaitu kuprum (I) oksida (Kamaliah Mahmood & Noorsaadah Abd. Rahman, 2006). 2,4- dinitrofenilhidrazina Kumpulan karbonil 2,4-dinitrofenilhidrazon H2 dan O hilang membentuk air dan dua bahagian lain membentuk 2,4-dinitrofenilhidrazon
Advertisements
Related Documents

pengenalan-amali-1

Jul 30, 2018

Amali 1 Student

Jul 30, 2018

pj-amali 1

Jul 30, 2018

AMALI 1

Jul 31, 2018

Amali 1

Jul 31, 2018

Amali 1

Aug 1, 2018

AMALI 1

Aug 1, 2018

PENILAIAN AMALI 1

Aug 1, 2018

amali 1

Aug 4, 2018

AMALI 1 IYLA

Aug 5, 2018

amali 1

Aug 16, 2018
View more...
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x