AMALI 1

Pages 11
Views 215

Please download to get full document.

View again

of 11
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Description
biologi
Transcript
  AMALI 1 MENJALANKAN AMALI UNTUK MENGKAJI EKOSISTEM TANAH: BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN Tajuk : Ekosistem Tanah  –  Biota Tanah dan Siratan Makanan Tujuan : i. Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang berbeza. ii. Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah. Teori / Pengenalan : Gambar 1 Tanah adalah suatu ekosistem yang kaya; terdiri daripada bahan hidup (biotik) dan tidak hidup (abiotik) yang berinteraksi antara satu sama lain. Komponen biotik ialah semua hidupan dalam ekosistem iaitu haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. Sisa dari hidupan dan organisma mati juga termasuk dalam komponen biotik. Hidupan-hidupan ini bergantung dan berinteraksi antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan yang dapat dilihat dari rantaian atau siratan makanan. Komponen abiotik pula merupakan bahagian yang tidak hidup dalam ekosistem seperti batu, matahari, awan dan bahan kimia di dalam tanah. Gabungan kedua-dua persekitaran ini menghasilkan kawasan yang boleh digunakan sebagai habitat untuk beberapa spesies organisma seperti makrofauna dan mikrofauna tanah.  Makrofauna ialah kumpulan besar haiwan-haiwan tanah yang merupakan sebahagian daripada biodiversiti tanah yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan sifat fizikal, kimia dan biologi tanah. Dalam penguraian bahan organik, makrofauna tanah memainkan peranan yang besar dalam proses pemecahan dan menyediakan keadaan persekitaran yang baik untuk proses penguraian selanjutnya yang dijalankan oleh kumpulan mikrofauna tanah serta pelbagai jenis bakteria dan kulat. Dinamika populasi pelbagai jenis makrofauna tanah bergantung kepada faktor persekitaran yang menyokongnya sama ada dalam bentuk sumber makanan, pesaing, pemangsa dan keadaan persekitaran fizik-kimia.  Antara faktor-faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi aktiviti organisma tanah adalah iklim (hujan, suhu) , jenis tanah (suhu tanah, nutrien, kelembapan tanah, keasidan) , tumbuh-tumbuhan (hutan, padang, rumput)  dan matahari (keamatan cahaya) . Oleh itu, dalam eksperimen ini, kumpulan kami telah memilih dua lokasi yang berbeza di dalam kawasan IPG Kampus Sultan Mizan, Besut untuk mengambil sampel tanah. Lokasi yang pertama ialah di bawah pokok berhampiran dengan tapak semaian RBT dan lokasi yang kedua pula ialah di bawah pokok berhampiran kawasan asrama. Sebanyak 500 g tanah telah diambil dari setiap lokasi untuk dianalisis. Kami perlu membandingkan contoh sampel kandungan tanah yang mengandungi biota tanah antara dua lokasi yang berbeza ini.  Alatan / Radas : Serampang tiga mata, sudip tanah, dulang, beg plastik, bikar, mentol, corong Tullgren, corong turas, penapis, lidi, air, etanol. Prosedur: Water Tullgren Funnel Gambar rajah susunan radas  Langkah Berjaga-jaga : i. Sampel tanah diambil dengan menggunakan alat secara berhati-hati. ii. Organisma makrofauna yang dijumpai dikendalikan dengan berhati-hati supaya ia berada dalam keadaan yang asal untuk dianalisis ciri-ciri fizikalnya. Dapatan / Pemerhatian :   Ciri-ciri Lokasi 1 Lokasi 2 Jenis Tumbuh-tumbuhan Berpokok kayu Tanaman pokok kelapa dan mangga Tahap Keredupan Tinggi Tinggi Kelembapan Tanah Sederhana Lembap Kepadatan Tanah Sederhana Padat Tekstur Tanah Lembut Lembut Habitat Bawah pokok berdekatan tapak semaian RBT Bawah pokok berhampiran dengan kawasan asrama Jadual 1 : Ciri-ciri sampel tanah Makrofauna Lokasi 1 Isipadu Tanah : 0.5 kg Lokasi 2 Isipadu Tanah : 0.5 kg  Anai-anai Banyak -   Belalang 2 - Lipan 1 1 Labah-labah 2 - Cacing - 5
Advertisements
Related Documents

pengenalan-amali-1

Jul 30, 2018

Amali 1 Student

Jul 30, 2018

pj-amali 1

Jul 30, 2018

Amali 1

Jul 31, 2018

Amali Biologi 1

Jul 31, 2018

Amali 1

Aug 1, 2018

AMALI 1

Aug 1, 2018

PENILAIAN AMALI 1

Aug 1, 2018

amali 1

Aug 4, 2018

AMALI 1 IYLA

Aug 5, 2018

amali 1

Aug 16, 2018
View more...
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x